Ibu vs Produk Overclaim

Thank you admin

Aku merupakan seorang graduan di sebuah IPTA.
Oleh kerana aku tengah menganggur sekarang, jadi aku rajin baca post doktor dalam mukabuku yang berjuang untuk menyedarkan masyarakat mengenai supplement dan produk yang boleh memudaratkan kesihatan. Dengan ilmu yang aku ada sekarang dan keupayaan menulis yang dah berkarat, setakat ini, aku hanya mampu bersetuju dengan doktor- doktor ini dalam hati dan hanya mampu mendidik ahli keluarga aku yang terdekat.

Bercakap mengenai ubat/produk2 yang pelik dan overclaim boleh sembuh semua penyakit ini , kedua ibu bapa aku sendiri pernah membeli produk2 tersebut, pada mulanya aku just feign ignorance toward this matter, tapi lama-kelamaan bila aku mulai sedar yang parents aku tak makan ubat yang diberi doctor, aku jadi takut. So aku cuba nasihat mereka , tapi memandangkan our motto in the family, that parents always right jadi nasihat aku bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sedar akan masalah ini, aku cuba cari jadi penyelesaian secepat mungkin, ini kerana, semasa aku masih lagi pelajar, aku meyaksikan sendiri bagaimana produk yang tak diluluskan kkm ini the main culprit penyebab kegagalan buah pinggan. so, bila aku dekat university dulu aku selalu call tanya ibu “dah makan ubat hari ni? sihat tak? Makan ubat apa?” deep in my heart aku bersyukur kerana aku tahu serba sedikit mengenai penyakit dan ubat2 nya. Ibu aku ada kencing manis dan darah tinggi, sekarang beliau berumur hampir 60 tahun, manakala bapa aku masih sihat tanpa sebarang penyakit.

Bercakap mengenai penyelesaian, apa yang aku cuba buat adalah perbincangan secara diplomatik dengan kedua ibu bapa aku especially bila diorang tengah lepak2 kat rumah. Aku biasanya akan sediakan sumber2 yang boleh dipercayai dan read beforehand sebelum bercakap mengenai produk2 kesihatan ini. Bila diorang beli sesuatu produk, benda pertama yang aku check adalah bahan2 yang ada dalam produk ini, sama ada berbahaya atau pun tidak. Tapi biasa aku buat double check, tak adalah baca kat botol je, confirm kat internet jugak (jangan check kat website yg jual benda alah ni sudah!!sbb biasa diorang pun tak tahu -_-). so, bila aku bercakap dengan my parents biasanya aku akan keluarkan hujah berdasarkan benda yang aku baca. Bila aku dirumah, aku juga selalu spotcheck both of my parents phones, aku tapis apa yang diorang follow kat facebook and whatsapp. Bila aku jumpa produk2 suspicious ada kat wall diorang aku akan immediately delete or untagged/unfollow without consent. :D

Alhamdullilah, lama-kelamaan mereka mulai percaya cakap aku. Aku nasihatkan mereka bukan sehari dua, tapi aku ambil masa hampir tiga tahun (masa aku tengah belajar lagi) untuk mereka akhirnya percaya kat anak diorang dari penjual entah apa2. Kadang2 ibu ada keluarkan hujah mengenai ada ubat yang doctor bagi boleh merosakkan buah pinggang. Apa yang buat adalah, aku cari pasal ubat tersebut dan bacakan kepada ibu mengenai real side effects yang ubat tu ada. Apa yang aku nak tekankan kat sini adalah, kita semua duduk sibuk cakap maklumat ada dekat hujung jari, tapi adakah kita guna teknologi untuk cari benda betul. Mungkin lagi satu aku ada banyak masa kat rumah sekarang, jadi aku banyak masa untuk observe sama ada ibu makan ubat ke tak dan prevent mereka dari beli produk bukan2.

Aku sebagai anak, harapan aku cuma dapat tengok ibu dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi. aku percaya dengan ubat doctor bagi sebabnya, biasanya ubat ini sebelum dikeluarkan dan diberikan kepada pesakit2 di hospital, Ubat-ubatan ini melalui pelbagai jenis peringkat tapisan yang complicated dan kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun untuk memastikan ianya selamat digunakan. So, logiknya jika dibandingkan penjual produk entah apa2 (yg kadang2 tidak ada lulusan dari kkm) dengan ubat-ubatan yang diberikan doctor. I think I prefer ubat yang diberikan oleh doktor yang bertauliah.

Sekarang, kat rumah aku tak ada dah produk pelik2 . Tapi ibu aku sekarang tanam macam2 pokok (misai kucing, belalai gajah..etc..). Apa yang aku cakap kat ibu, as long as ibu makan ubat hospital, ibu boleh makan apa2 herba pun. Haha. nasihat aku yang terakhir kat kawan2 kt luar sana, kalau kita yang tak cakna urusan ibu bapa siapa lagi yang nak buat. Xpela jadi busybody pun as long as we can see their smile. “Jangan terhantuk baru terngadah”. Know your diseases and the purpose of medications. Most importantly, prevention is always better than cure.

– Missy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit