Ibu Yang Malas II

Assalamualaikum. Aku Sarah, yang menulis confession ‘Ibu Yang Malas’. Kalau nak baca confession pertama aku boleh baca di sini, (https://iiumc.com/ibu-yang-malas/).

Aku baca kebanyakan komen, dan terima kasih atas komen yang baik-baik. Mungkin aku menulis sebab aku kan suri rumah, asyik tengok dinding je (tapi aku taklah begitu), boleh berinteraksi dengan orang macam ini pun best kan? Berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing.

Ada komen yang cakap rumah aku macam tadika, ya, ada betul juga. Sebelah sini ada blackboard whiteboard, sebelahnya ada troli arts and craft untuk diorang tolak tolak bila ada aktiviti, sebelah sana pula ada trampoline dengan troli nak main jual jual, ada dapur pretend play.

Dekat luar rumah ada rumput tipu (rumah aku takde tanah langsung), slide, basikal, skuter, mainan macam sukaneka haha. Aku suka reka mainan anak-anak aku sendiri.

Anak aku nak kedai jual-jual, aku carikan kotak peti ais, potong atas dan buat bumbung dan lubang nak hulurkan makanan (dia nak buka kedai makan haha). Dia nak pergi pantai tapi ayah dia tak ada so aku tak berani bawa ramai-ramai. Apa aku buat?

Bila aku free aku pergi ambil pasir di pantai, balik rumah aku buatkan sandpit supaya anak-anak aku boleh main sandcastle. Kalau aku tak boleh bawa anak aku ke pantai, aku akan bawa balik ‘pantai’ ke rumah.

Nak jadikan anak aku kreatif, aku belikan magnetic tiles, nanti sambung sambung jadi macam macam benda yang diorang imagine, bawa balik kotak, nanti jadi keretalah, trainlah, khemahlah, jadi cangkerang kura-kura dan macam-macamlah. Boleh juga buat playdough sendiri, senang je.

Aku tak belajar pun dalam bidang perkembangan kanak-kanak ni, tapi aku suka sangat membaca banyak berkaitan ilmu parenting dari banyak influencers macam Aishah Kassim ke, maryamjamadi ke (Instagram), bondaumirahtaib, adlilrajiah ke dan banyak lagilah.

Aku banyak membaca dan apply kaedah mana yang sesuai dengan anak-anak aku, tak sesuai aku akan tukar. Aku ajar anak-anak dengan bermacam cara. Anak sulung aku, aku rasa dia punya learning style auditory, dia dengar apa apa cepat je dia ingat.

Anak kedua tak duduk diam, jenis kinesthetic, kalau nak mengajar dia kena lompat, meniarap, tergedik-gedik sekali haha. Kalau aku observe anak aku tak suka cara itu, aku akan tukar cara lain.

Anak aku bosan belajar dalam rumah? Aku keluarkan whiteboard ke luar rumah, bentangkan tikar dan mengajar kat luar rumah sambil main.

Kadang-kadang bawa buku ke playground sambil main sambil baca. Kadang-kadang bawa anak-anak ke public library. Muzium pun aku suka untuk bawa anak-anak haha.

Anak aku bosan belajar lama-lama? Aku guna timer, belajar 10 mins then stop tengok TV 10 mins, lepas itu belajar balik 10 mins ulang-ulang sampai habis waktu screen time. So far anak sulung Ayyash okay dengan cara ini, sebab aku bagi dia screen time yang dia suka juga.

Aku juga guna kaedah ajar guna worksheets. Mungkin anak -anak kita meluat tengok buku, jadi aku bagi kerja dalam kertas sehelai sehelai, yang warna warni ke bunga bunga ke.

Bila waktu aku sibuk, aku akan lekatkan worksheets dekat magnet peti ais, dia akan siapkan kemudian dia lekat balik di situ. Bila aku free aku check dan ajar dia semula apa yang dia salah.

Kadang worksheets pula bukan semata-mata benda pelajaran je, boleh bagi kertas buat game sudoku yang mudah ke, word search ke, cari differences dalam gambar ke, colouring by numbers ke, apa apalah yang best bagi kanak-kanak, semua ni boleh Google je.

Ayyash suka sangat buat worksheets, maybe dia happy tgk kertas sehelai dua je berbanding buku yang banyak helai haha, rasa macam cepat siap boleh sambung main, camtulah kot aku rasa.

Ada yang tanya macam mana ajar sukukata secara flashcard? Baik, anak kita ini macam-macam jenis. Ada yang boleh fokus lama sikit, ada yang tak.

Aku ceritakan macam mana aku buat dengan anak sulunglah sebab dia dah lepas semua fasa alhamdulillah, adiknya masih di fasa merangkak lagi. Haritu aku cakap aku ajar flashcards lekat di dinding. Bukan tu je, banyak sebenarnya aktiviti boleh buat dengan anak-anak.

Contohnya flashcards sukukata tu susun di lantai dan suruh anak lompat dari sukukata ke sukukata yang lain untuk bentukkan perkataan macam ‘baju’, ‘buku’ dan semualah.

Aktiviti lain, aku sediakan flashcard gambar buah/ haiwan/ sayur yang sukukata pendek pendek dan letak flashcard suku kata dalam timbunan pasir. So anak aku cuba cari sukukata yang ada kena mengena dengan gambar yang aku pegang tu. Kalau betul dapat candy, kalau salah cuba lagi.

Macam-macamlah aktiviti yang kita boleh buat, kita cuma perlu jadi ibu yang kreatif je. Ada komen cakap tak rajin buat flashcards. Iye betul tak payah buat, beli je kat kedai buku dan Shopee pun banyak.

Ada juga soalan tentang cara potty train anak, macam biasa saja. Anak pertama aku stop diaper pada usia 2 tahun 5 bulan dan anak kedua 1 tahun 11 bulan, tapi yang ni bila ayah dia balik ayah dia kerap pakaikan diapers sebab ayah dia nak senang kerja haha.

Sediakan sama ada toilet kecik yang bowl tu atau tangga kecik utk potty train tu. Anak sulung aku guna kedua-dua tapi yang kedua guna tangga terus tak guna bowl sebab dia geli dengan najis dia sendiri haha. Kenapa aku ajar anak awal stop diaper?

Tujuannya supaya elaun diaper dari suami aku tetap berjalan tapi masuk poket aku haha, begitulah cara aku scam suami aku. Minggu yang aku nak ajar anak aku potty train, aku sediakan timer siap siap. Setiap 15 mins timer berbunyi ajak ke toilet.

Kalau rasa 15 mins kejap sangat try 30 mins or 45 mins pulak, kemudian sejam dan so on sampai dia biasa. Waktu tidur aku pakaikan cadar yang waterproof tu.

Kuncinya adalah sabar, dan sabar hehe. Begitu juga dengan susu, aku sedang usaha stopkan susu formula anak aku supaya duit susu masuk poket aku lagi (takdelah gurau je sebenarnya aku sayang dengan kebaikan susu badan tu).

Suami aku sarankan bagi dua-dua susu badan dan formula supaya senang bagi aku tak payah bangun malam malam dan dia saja bangun uruskan anak. Aku malas juga nak pump susu setiap dua tiga jam, walaupun ada handsfree pump tu.

Ada yang tanya macam mana dengan waktu tidur anak? Okey, pukul 8.30 aku tutup semua lampu utama dan buka lampu tidur sahaja. Aku tak marah anak-anak aku nak main ke nak lompat ke apa ke tapi buatlah semua tu dalam gelap.

Mula-mula diorang protes sebab diorang takut la main dalam gelap dan membataskan pergerakan diorang, lama-lama diorang redha jela.

Bertumbuk lima minit, bergaduh kejap, lompat-lompat dalam trampoline kejap, bersembang atau bedtime stories kejap kemudian masing-masing senyap la haha. Selalunya setengah jam ke sejam masa untuk betul-betul pejam, so kira okaylah aku tutup lampu pukul 8.30 tu.

Tapi make sure sebelum 8.30 tu anak-anak dah siapkan semuanya, I mean macam homework ke, dah dinner kenyang apa semua, kalau yang jenis mak mandikan air suam sebelum tidur tu ha mandikan siap-siap bagi selesa apa semua, baru tutup lampu.

Aku sentuh sikit berkaitan doa. Kita ni seorang ibu, please percaya yang doa seorang ibu itu sangat-sangat mustajab dan powerful. Anak bergaduh? Doa banyak-banyak, sebut nama setiap sorang, minta pada Allah secara spesifik.

Nak anak jadi orang yang sabar, yang hafaz Al-Quran, nak anak suara merdu, nak anak pandai melukis, nak anak jadi orang hebat serba serbi, nak anak yang bermanfaat sampai kita meninggal dunia, doa, doa dan doa secara spesifik.

Aku nak bagi contoh tapi situasi lain sikit, aku nak doakan jodoh dulu, aku memang nak suami yang soleh, tapi itu umum, aku nak soleh yang macam mana?

Ya Allah kurniakan aku seorang suami yang soleh yang solatnya dijaga, yang bersifat ihsan pada seorang isteri, yang tidak merokok, yang memberi nafkah secukupnya bla bla bla, begitulah spesifiknya doa aku,

Dan alhamdulillah aku dapat kesemua yang aku doakan, Allah Maha Mendengar dan memakbulkan doa. Samalah dengan doa kepada anak-anak, jangan malu dan malas berdoa sebagai seorang ibu.

Aku juga sangat-sangat percaya apa yang anak-anak kita buat semuanya bermula dengan apa yang kita tunjuk di rumah. Kalau kita jenis belek phone je manjang, takkan kita expect anak kita nak baca buku setiap masa? Dia pun naklah main phone nak tengok TV.

Dekat rumah aku ni, yang paling banyak tunjuk contoh sebenarnya suami aku dan bukan aku haha. Aku tak paksa anak sulung aku Ayyash untuk buat semua untuk adik-adik dia, tapi aku rasa sebab dia ada empati yang tinggi dan ayah dia tunjukkan perbuatan yang sama depan dia jadi dia mudah ikut.

Yang paling kerap anak sulung dan kedua buat ialah bila aku menyusukan anak bongsu aku, diorang selalu datang bawakan segelas air sebab katanya Ibu dahaga. Benda yang sama suami aku buat bila aku menyusukan anak.

Selain itu, Ayyash siapkan barang adik dia bila nak mandi, dan tolong jagakan adik dia bila aku sibuk. “Takpe Ibu, I can help you to take care of Aman.”

Dia selalu datang urut aku bila aku menyusukan anak, cepat-cepat ambilkan selipar aku bila dia nampak aku tak pakai selipar dalam rumah, pakaikan socks bila aku nak tidur, pusingkan kasut ke luar supaya senang nak pakai bila keluar rumah.

Sebenarnya aku bukan penat dengan perangai anak-anak aku, buat sepah atau terlompat terkinja sana sini aku tak kisah, mengajar anak 24 jam pun aku tak kisah, tapi aduhai pening ya dengan mulut anak-anak aku yang tak berhenti bercakap itu ini Subhanallah, tak berhenti sampailah ke waktu tidur.

Ada saja yang nak ditanyakan kenapa, ada saja yang nak dikomen dan dibebelkan walaupun semua lelaki haha. Soalan-soalan yang diorang tanya Subhanallah, menguji sungguh kadang-kadang. Anak aku yang sulung pernah tanya,

“Berapa eh sebenarnya mata yang Allah ada sampai sempat tengok kita yang ramai-ramai ni setiap masa?” Aku ada ajarkan dia tentang animals dan panggilan untuk anak animals, contoh cow and cub, duck and duckling, cat and kitten.

Lepas itu soalan yang datang pulak, “Kita panggil anak snail apa eh Ibu?” “Anak ulat apa eh?” “Kenapa kita tak pangggil anak horse tu horseling eh?” Aku macam hmm, aku kena Google pulak anak siput babi tu panggil apa. Yang number dua pula ada saja yang dijawabnya kalau kita bercakap.

Satu hari mak aku bagi dia makan gula-gula Mentos dan dia terus masukkan dalam mulut dia. Mak aku pun tegurlah, “Eh tak baca Bismillah nanti makan dengan syaitan.”

Tahu apa yang dia jawab? “Takkan syaitan makan Mentos.” Hmmm. Selagi tak tidur, ada saja yang, “Ibu, nak cakap”, “Ibu, nak tanya sekejap”, “Ibu, tengok adik sekejap nak tunjuk ni.” Tak adalah aku tak bersyukur haha, tapi gitulah hidup aku, bercakap dan menjawab soalan tak berhenti.

Aku selama ni ingat anak lelaki ni jenis takdelah mulut potpet setiap masa, lah rupanya lagi teruk dari mulut aku haha.

Tapi aku memang jenis bercakap dengan anak-anak sejak lahir, bercakap macam cakap dengan kawan-kawan, aku bercerita itu ini dengan anak yang baru berusia 3 bulan supaya diorang boleh tangkap semua vocabs tu dan keluarkan bila diorang dah bersedia nanti,

Dan anak-anak memang cepat bercakap, 8 9 bulan macam itu dah berbunyi word itu ini.  Ibu-ibu semua trylah bersembang macam-macam dengan baby walaupun kadang rasa macam gila je bercakap sorang anak bukan faham lagi, tapi percayalah akan kesannya, aku dah try dengan semua anak, serius haha.

Sekarang ni anak sulung aku pula ambil alih bercakap dengan adik bongsu dia yang 3 bulan tu. Balik sekolah je mulalah, ‘Aman, hari ni kan abang main game baru dengan kawan abg, abg ada perarakan dekat padang, abang makan bubur ayam”,

Ada je benda yang nak dicerita kat adik dia, adik pun termenung sambil hmm hmm je bunyinya dengar abang bercakap.

Okey, aku nak berhenti menulis dah, jumpa lagi. Assalamualaikum.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *