Aku D. Apa yang bakal aku luahkan ini adalah dari sisi pandangan mata aku dan dari akal fikiran aku sendiri. Jika bertentangan dengan pandangan anda, saya hormati itu. Namun ini adalah pandangan peribadi saya.
Aku bekerja. Tinggal dengan mak ayah aku dirumah. Suatu hari, tengah minum petang di luar rumah yang dilengkapi kerusi meja, ayah aku suruh aku lihat kejadian depan mata aku ketika itu.
Kejadian yang berlaku dihadapan rumah kami.
Seorang lelaki tua (orang dekat kawasan perumahan aku jugak.) yang menunggang motosikal bersama cucunya. Aku kira cucunya lah sebab lelaki itu terlalu tua untuk memiliki anak yang semuda itu. Lelaki itu seperti baru mengambil cucunya dari sekolah. Dan aku tak nampak apa yang menarik disitu. Aku tanya ayah aku.
“Kenapa ayah?”
“Tengok tu. Sekarang ramai ibu yang melahirlan tuannya.”
Aku tak faham sangat. Lepas tu ayah aku sambung.
“Tu patutnya tugas mak ayah budak tu ambil hantar anak ke sekolah. Tugas kami sebagai mak ayah bila dah tua ni habiskan sisa-sisa umur dengan bermain dengan cucu cicit pulak. Tugas hantar ambil anak kesekolah dah habis. Tengok tu, mana mak ayah budak tu? Mak Ayah dia ada tu. Cari duit. Sampai tak ingat tugas.”
Ayah aku diam.
Aku pun diam.
Lepas kejadian tu aku google apa yang dikatakan ayah aku yang ibu melahirkan tuannya. Then aku terjumpa hadis ni:
Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab
“Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya” Kemudian Jibril berkata lagi. “Kalau begitu khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi”
(HR : Muslim)
Panjang penerangan hadis ni. Dan aku mula faham. Mungkin korang boleg juga google untuk meluaskan ilmu didada.
Jadi maksud ayah aku tu aku faham. Bila kita ada keluarga atau anak-anak better uruskan sendiri anak-anak kita walau susah macam mana sekali pun. Dulu pun mak ayah kita struggle nak hantar ambil kita dari sekolah. Dengan kerja lagi. Kalau anak sorang mungkin ok. Kalau anak-anak ramai? Dulu pun mak ayah kita susah payah besarkan kita. Pegi kenduri dengan anak kecil. Pergi kursus kadang-kadang angkut keluarga sekali sebab itu saje peluang untuk bawak family travel.
Kalau dulu ayah kerja kampung, sampai timbul urat dawai dia. Sampai bertukar warna kulit dia dari cerah sampai gelap demi keluarga dan anak-anak dirumah. Sampai tidur ternganga sebab kepenatan dengan kerja-kerja seharian.
Betul juga apa yang dikatakan ayah aku tu. Tugas dorang kalau ikut fasa umur memang selayaknya dorang bermain dengan cucu cicit. Bukan tugas hantar ambil cucu kesekolah dah.
Mungkin sesetengan mak ayah tak kisah nak ambil cucu dari sekolah. Aku hormati itu. Tapi kita yang ada anak ni kalau boleh usahalah sebaik mungkin untuk uruskan anak keluarga kita. Melainkan jika ada kekangan tertentu dengan kerelaan mak ayah untuk jagakan anak kita, itu lain ceritalah.
Nak dijadikan cerita, aku dapat transfer ke tempat kerja baru di utara tanah air. Jadi aku tinggal sementara dengan atuk dan nenek saudara aku sementara nak cari rumah sewa yang lebih dekat dengan tempat kerja.
Minggu pertama aku dirumah atuk dan nenek saudara berjalan seperti biasa. Tak ada apa yang lain. Biasa saja. Diaorang pun layan aku sekadarnya. Diaorang pun dah warga emas kan. Diaorang pun buat kerja-kerja kampung. Aku pulak pagi dah keluar kerja, petang baru balik.
Cuma bila dah hampir dua minggu aku di rumah atuk dan nenek saudara aku ni, aku perasan sesuatu. Atuk saudara aku ni selalu hantar cucu dia ke sekolah setiap pagi. Kalau tak atuk ni pergi ambil cucu dia, cucu dia datang rumah minta hantarkan. Bukan sorang, 2 3 orang cucu atuk ni. Naik la motor skuter 3 4 beranak. Untuk pengetahuan rumah anak-anak atuk dan nenek saudara aku ni selang dua tiga buah rumah saja. Dekat sangat. Kawasan perkampungan kan.
Bila aku ada dirumah pada hari-hari biasa, kadang tu aku nampak atuk saudara aku ni siap ambil cucu dia dari sekolah bila tengah hari. Bila masuk jam dua petang cucu dia panggil suruh hantar ke kelas agama pulak petang. Sedangkan aku tengok atuk ni baru nak lelap sekejap buat hilang penat. Dah kena bangun untuk hantar cucu dia.
Kadang tu atuk saudara aku ni sakit-sakit pun boleh lagi hantar ambil cucu-cucu dia dari sekolah. Kadang tu hujan lebat pun redah sebab nak hantar ambil cucu dari sekolah. Sampai demam. Kesian.
Aku bukanlah sekadar jadi pemerhati tanpa hulur bantuan, ada ketika aku tolong juga kalau hari yang aku ada dirumah dan waktu hujan. Sebab aku ada kereta. Bayangkan sebelum aku tumpang tinggal dengan atuk nenek saudara aku ni..macam mana strugglenya atuk ni nak ambil cucu dia dari sekolah. Hujan panas sakit demam diredahnya untuk ambil cucu dari sekolah.
Mana anak-anak atuk ni? Bukankah diaorang mak ayah pada budak-budak ni?
Satu hari aku dengar atuk ni seolah mengadu pada bini dia. Nenek saudara aku tu.
“Pah tu marahkan pekerja dia pagi-pagi lagi.” -Nenek
“Hah! Marahkan pekerja sampai tak mahu lansung hantar anak kesekolah!” -Atuk
Aku tak tahu hujung pangkal sebab aku dengar pun sayup-sayup saja sebelum gerak ke tempat kerja. Mungkin Atuk tu dah penat kot hantar ambil cucu dia dari sekolah.
Aku tengok anak-anak atuk dan nenek saudara aku tu kerja siang malam. Bab anak aku perati diaorang tak kisah sangat. Kadang-kadang aku tanya salah sorang cucu atuk saudara aku tu.
“Man, ibu masak apa dirumah?”-aku
“Ibu tak buat apa pun.” -Man.
Kesian jugak budak-budak tu aku tengok sebab kadang-kadang diaorang datang makan dekat rumah atuk dan nenek saudara aku ni. Kadang-kadang aku ada juga belikan diaorang aiskrim atau apa-apa sahaja untuk suka-suka. Merapatkan silaturrahim gitu. Hehe.
Aku pun bukanlah rapat sangan dengan saudara aku ni. Kalau jumpa pun waktu kenduri kendara dan raya. Kali ni lama sikit aku stay dengan diaorang dalam sebulan macam tu. Jadi aku boleh nampak macam mana kehidupan atuk dan nenek ni.
Lepas sebulan, aku pun pindah ke rumah sewa. Bila dirumah sewa aku teringat atuk saudara aku ni. Mesti waktu pagi dia hantar cucu dia ke sekolah. Tengah hari ambil cucu dia. Pukul dua hantar cucu ke kelas agama. Pukul lima lebih ambil cucu dari kelas agama. Dengan buat kerja kampung lagi. Penat atuk tu. Nenek pulak duduk dirumah sahaja. Dia pun sakit lutut.
Selama aku menumpang di rumah atuk dan nenek saudara aku tu aku perati je. Yelah, aku ni dah la menumpang, tak tahu sangat cara rutin dirumah atuk dan nenek ni. Jadi perati je la. Ada masa aku borak-borak jugak dengan saudara-saudara aku tu. Yelah dah rumah dekat-dekat kan.
Walaupun aku dirumah sewa aku sekarang ni. Bila cuti aku melawat jugak atuk dan nenek saudara aku tu kalau aku tak balik ru.ah parents aku. Yelah, dulu kan diaorang bagi tumpang rumah diaorang. Buat makan lagi kat aku ni kadang-kadang. Jadi aku pum berbahasa la jenguk-jenguk diaorang. Lagipun saudara sendiri kan.
Jadi itulah yang aku nak kongsikan berdasarkan penglihatan aku. Bila kita ada keluarga sendiri, baiklah uruskan keluarga sendiri tanpa mengharap pada mak ayah kita lagi. Fasa diaorang dah lepas dalam membesarkan anak-anak. Biarlah diaorang berehat dan bermain dengan cucu cicit diaorang. Kita ni, yang sihat, cubalah sedayanya untuk uruskan keluarga kita sendiri walau susah macam mana sekalipun. Pengalaman untuk kita jugak kan.
Aku pun bukanlah pandai mana. Tapi itulah apa yang aku nampak.
– D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit