Hai, Assalamualaikum semua yang baca confession Aku ni. Di sini Aku nak menyuarakan suara anak-anak teraniaya oleh keluarga mereka sendiri.
Aku tidak membela sorang anak menjadi derhaka tetapi faktor ibu bapa adalah punca yang kuat anak-anak mereka memberontak.
Ibu dan Ayah aku telah berpisah seusia aku dalam lingkungan 3-4 tahun macam tu. Tapi mereka bukan cerai secara rasmi, ditinggalkan secara ‘gantung tak bertali’ kata pepatah.
Selepas mereka berpisah ibu Aku balik kampung untuk tinggal bersama keluarganya. Di sini lah bermulanya detik parut Aku.
Ibu aku memiliki perilaku yang kasar kepada anak-anaknya, dan aku memiliki sedara mak cik pak cik yang toksik yang menguatkan lagi kerosakkan dalam kalangan ahli keluarga.
Seusia aku sekolah rendah, tidak dinafikan aku telah terdedah dengan perkataan makian dan cacian dari mulut ibuku sendiri dan keluarganya.
Aku selalu dibandingkan dengan sepupu-sepupuku dan anak kejiranan dalam pelajaran. Jika Aku mendapat result yang tidak cemerlang, Aku dikatakan ‘BODOH’ atau tidak pandai.
Oleh kerana itu, Aku jadi seorang yang pemarah untuk pertahankan diri aku kerana ibuku selalu mempermalukan atau meremehkan Aku dihadapan orang.
Di sekolah, Aku sering ditertawakan oleh rakan-rakan kerana tidak mempunyai ayah sehingga Darjah 4. Ayah aku mempunyai sikap menipu dan suka memberi alasan terhadap janjinya.
Dia meninggalkan aku tanpa memperdulikan tumbesaran, emosi, pelajaran Aku. Dia hanya akan pulang jika dia ingin.
Sewaktu Aku melonjak umur remaja, Aku dan ibuku selalu bergaduh sehingga sedara masuk campur. Pada ketika ini aku menjadi orang makin pendendam rasa, nak tahu kenapa???
Sewaktu Aku bergaduh dengan ibuku, dia akan menceritakan hal yang tidak betul kepada sedaranya dan aku dituduh anak yang jahat.
Maksud aku hal yang tidak betul ‘AKU PERTAHANKAN DIRI AKU DARI KATA-KATA IBUKU YANG KESAT DAN MENYAKITKAN HATI’ tetapi dia menceritakan apa dikatakan aku, Dan lindung apa Yang dikatanya sehingga membuat Aku marah dan melawannya.
Sepanjang tahun demi tahun Aku makan hati dengan sikap kebohongan ibuku demi menutup salahnya Dan akan menunding yang salah itu adalah Aku setiap kali berlaku pergaduhan.
Aku menelan dengan perkataan ‘Jahat’, herdikan Dan kutukan sedara mara seorang diri tanpa ada seorang yang memihak kepada aku, disebabkan mereka lebihkan percaya kata fitnah dari ibuku.
Selesai persekolahan, Aku dipaksa untuk belajar di universiti kerajaan tetapi keputusan aku tak melayakkan Aku. Aku berusaha mencari tempat belajar untuk penuhi hasrat aku untuk belajar.
Sewaktu itu Aku berfikir dengan kata guru kaunseling ‘Hanya dengan berjaya dapat menutup mulut orang dari berkata tidak baik soal Kita sebelum ini’.
Alhamdulillah Aku diterima kemasukan kolej swasta. Tapi ia tidak berakhir dengan bahagia, ibuku bilang ‘AKU TAK ADA DUIT, NAK DUIT PERGI MINTA PADA PAK HANG’.
Sejujurnya Aku tidak pernah melupakan KATA-KATA kasar ibuku, ‘AKU MENYESAL LAHIRKAN HANG’, kerana aku melawannya untuk pertahankan diri aku yang keseorangan.
Ibuku lebih memihak dan pilih kasih terhadap adik lelakiku. ‘PERANGANGAI HANG MACAM BAPAK HANG’, jika aku marah dan melawannya dia akan cakap begitu. Bila Aku dewasa Aku terfikir adakah Yang buruk hanya Ayahku Dan Baik hanya Dia.
Jika Aku menceritakan, tidak ada seorang pun yang percaya kerana mereka melihat ibuku yang bekerja dan menjaga Aku dan adikku. ‘I GREW UP IN A HOUSE NOT HOME ….’ Kalau yang membaca menilai dengan baik kau akan faham apa maksud isi hati Aku.
Bila aku dah belajar, dia jadikan Aku bahan untuk dia bercerita Dan banggakan kepada orang lain.
Ada satu masa aku terpaksa meminta duit lebih kerana kolej aku meminta batch aku menyewa masuk sem 3, ibuku menjaja cerita kepada sedara maranya.. ‘AKU NI MENGHABISKAN DUIT DAN BANYAK MAIN DUIT’.
Bila aku pulang, aku mendapat herdikkan dari sedara maranya. ‘HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI HATI AKU WAKTU ITU, MENANGIS DALAM DIAM’. Ibuku tidak mengetahui hidup belajar di tempat orang.
Makanan favourite Aku adalah meggi, nasi bujang Dan teh ais. Selepas tamat belajar Aku mengalami masalah penghadaman makanan Dan akku rahsiakan dari ibuku.
Selepas belajar, Aku mendapat tekanan dari ibuku untuk mencari kerja kerajaan. Aku menjadi sangat tertekan, dan aku mengalami sakit kepala yang teruk dan hampir pengsan di tempat kerja.
Untuk pengetahuan, Aku selepas belajar Aku menyewa sendiri dengan kawan kerja. Aku ambil cuti dan pergi ke klinik, sewaktu check doktor beritahu kesihatan Aku baik2 sahaja..
Dia merenung mata aku dan tanyakan soalan. ‘KAMU OKEY KE, ADA APA2 MASALAH YANG KAMU TEMGAH HADAPI SEKARANG’. Aku hanya mampu MENANGIS dan mengatakan ‘SAYA OK’.
Disini aku mahu mengatakan bahawa orang hanya tahu Aku senyum tertawa. Tapi bila aku berada di rumah adalah sebaliknya, termasuk orang sekeliling yang hanya mendengar cerita dari ibuku belum tentu semuanya benar.
Layanannya terhadap aku bukan seperti anak kandung. Anak emasnya hanya adikku. Setiap permasalahnya aku yang disalah dan perlu menanggung walaupun Aku tidak salah, untuk menutup kebenarannya.
Aku sentiasa berdoa ‘YA ALLAH APA AKU TIDAK LAYAK UNTUK BAHAGIA, SELAMATKAN AKU DARI APA YANG AKU LALUI SEKARANG’.
Dan ini yang mungkin belum tentu semua orang percaya dan dapat terima, ibuku sanggup memfitnah Aku dihadapan muka Aku sendri..
sebelum ni hanya dibelakang Aku. Tetapi masih sahaja sama,dia menyampaikan perkara yang tidak betul pada sedara mara Dan seperti biasa menyerang Aku Dan mengatakan Aku salah Dan jahat.
Kemudian, Aku membuat keputusan untuk membawa diri dari keluarga toxic itu dan tak pulang ke sana lagi.
‘BIARLAH ANAK EMASNYA MENJAGANYA’ kerana aku baik atau tak baik, berjaya atau tak berjaya..
Tempat aku hanyalah dianggap anak Yang tidak baik Dan memegang gelaran anak yang jahat atau lebih keras ‘ANAK DERHAKA’ dalam keluarga tersebut atau mungkin selepas Aku pergi, satu kampung dijajanya.
Dan Aku juga dapat penghinaan ‘BODY SHAMMING’ Dari ibuku sendiri mengatakan Aku ‘TENGOK DIA GEMOK’, ‘HANG INGAT BADAN HANG ElOK’tak Kira Di rumah atau di hadapan orang lain.
Alhamdulillah, dengan izin Allah Aku telah memgetahui ibuku juga telah melakukan hal Yang sama kepada ayahku untuk menutup kesalahan Dan keburukkannya. Apa yang Aku dengar dari mulutnya adalah fitnah semata-mata.
Kerana sewaktu Aku kecil, Aku diajar oleh ibuku untuk berkasar pada ayahku setiap kali dia pulang,Dan mengatakan kata-kata Yang diajar oleh ibuku untuk becakap pada ayah.
Sebelum Aku membawa diri Dari rumah, ayat ibuku masih masih ternyaring ditelinga ‘KENAPA ORANG LAIN MAK AYAH BERPISAH BOLEH JA DUDUK ELOK DENGAN MAK DIA’.
Aku ingin sekali cakapkan pada dia ‘ANAK MU INI HIDUP DENGAN KEBOHONGAN MU DEMI MENUTUP DUSTA MU’.
Aku telah meminta maaf pada ayah atas kelakuan ku padanya. Tetapi Aku tak dapat nafikan hubungan antara ayah dan anak perempuan tidak dapat dibentuk semula, kerana aku telah diabaikannya lebih dari 10 tahun.
Aku tidak memihak kepada ibuku atau pun ayahku. Bagiku keduanya Ada salah,
Seorang tidak menjadi ibu yang baik, seorang lagi menjadi ayah Yang melepaskan tanggungjawab kepada anak walaupun masalah itu hanya melibatkan antara ayahku Dan ibuku Dan tidak sepatutnya melibatkan anak-anak.
Dan… Aku tidak mengatakan aku bukan pendosa atau dijamin syurga, apa yang Aku tahu ‘JAUH DI DALAM SUDUT HATI AKU HANYA ALLAH YANG TAHU DAN HANYA ALLAH YANG DAPAT MENILAI DENGAN BAIK DARI MATA MANUSIA’.
AKU HANYA MAMPU BERDOA SATU HARI ALLAH AKAN MEMBUKA KEBENARANNYA, DAN DOA ORANG TERANIAYA INSYAALLAH DEDENGARI.
Aku ingin memesan pada diluarkan sana, setiap perkara jangan mudah percaya dan menilai tanpa mendengar kedua pihak.
IBU DAN AYAH PUN BOLEH MELAKUKAN DOSA PADA ANAK, Walupun tak didera fizikal tapi emosi Dan batin anak juga dikira didera.
BUKAN SEMUA ANAK RELA MENJADI ANAK DERHAKA KALAU BUKAN FAKTOR YANG MENJERUMUSKAN DIA KE ARAH TERSEBUT HANYA UNTUK PERTAHANAKAN DIRI.
JIKA ANAK MENEGUR IBU BAPA ATAS KESALAHANNYA DAN CUBA MENASIHATI UNTUK LEBIH BAIK DIKATA ‘ANAK TAK LAYAK MENASIHATI IBU BAPA’
SAYA INGIN MEMINTA SEMUA UNTUK MEMBUKA HATI, MATA DAN FIKIRAN TENTANG HAK SEORANG ANAK.
JANGAN HANYA JUDGE ORANG TU ‘ANAK DERHAKA’ TANPA KETAHUI CERITA SEBENAR’
Sekian Confession seorang ANAK…
– Zahra Han (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit