Ibu Yang Panas Baran

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, saya tergerak hati untuk hantar confession setelah baca artikel “PASANGAN PANAS BARAN” dari Encik K (https://iiumc.com/pasangan-panas-baran/).

Tujuan saya juga seperti beliau, sekadar meluahkan dan mencari pendapat bukan membuka aib. Saya anak ke 4 dari 4 beradik. Sering menjadi mangsa “cooling war” dari ibu.

Memandangkan saya satu satunya anak perempuan, tanggungjawab dalam menjaga rumah amatlah besar.

Saya selalu buat kerja-kerja rumah sebelum dan setelah pulang kerja juga pada hari cuti (jumaat sahaja) niat mahu bantu ibu.

Tetapi jika saya terlalu penat dah tertinggal hanya satu kerja rumah seperti menyidai baju disitulah akan mulanya”cooling war”.

Ibu akan mula salahkan saya, kata saya malas, buang masa, asyik main media sosial sahaja.

Mula marah-marah dan diam tidak endahkan saya beberapa hari. Perkara kecil pon sering diperbalahkan dan dipanjangkan.

Kadang- kadang pada hari cuti saya hanya mahu berehat. Tidak mahu lakukan apa-apa. Bangun tidur lewat sedikit dari hari biasa. Terus ibu marah-marah kata pemalas dan tak pernah bantu apa-apa.

Saya juga sering disuruh untuk selesaikan hal- hal abang, seperti tolong pergi bayar bill, beli barang dan sebagainya. Sedangkan mereka bercuti dua hari.

Saya tidak boleh melawan untuk mengelakkan kan “cooling war” dari ibu.

Duit bulanan saya ada bagi, tidak banyak RM50 sahaja. Itulah kemampuan saya. Barang runcit kering dan basah saya belikan. Bill api air saya bayarkan.

Nak makan luar sedap-sedap saya bawa. Tetapi sering dibandingkan kemampuan dengan anak-anak perempuan kawan-kawan yang lain.

Sifat saya bukan seorang yang suka argue, banyak diamkan dan iyakan. Sama ada salah saya, atau saya yang dipersalahkan. Saya diamkan saya. Demi mengelakkan “cooling war” dari ibu.

Terlalu banyak yang saya pendamkan dan lama kelamaan saya makin “sakit”.

Saya sering menangis ke tempat kerja, pulang dari kerja dan ketika mandi. Kerap stress dan ada perasaan ingin bunuh diri yang kerap. Saya juga ada berpikiran “alangkah baiknya kalau kemalangan” ketika memandu.

Saya cuba kuatkan diri dengan teguhkan iman saya. Solat awal waktu, banyakkan istighfar, apabila terlalu sedih saya akan bersedekah dan berdoa agar Allah hilangkan kesedihan saya. Hanya itu cara untuk saya bertenang.

Saya ada terpikir untuk mencari kerja jauh, dinegeri lain. Tetapi risau susah hati pikirkan ibu, takut tak ada yang akan bantu dia.

Saya buntu, mahu buat apa. Tetapi selagi saya kuat saya hadap saja.

Terima Kasih yang membaca.

– MISS F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *