Assalamuaalaikum. Aku Siti, 27 tahun tanpa aku sendiri sedar dah nak 30an.
Ogos ni genap lah usia perkahwinan aku 2 tahun. Anak aku pula cukup setahun. Moga Allah panjangkan usia dan hubungan kami.
Anak aku tu, Wedok (perempuan). Sekarang baru 9 bulan.
MasyaAllah akal dan tenaga nya di luar jangkaan aku. Penat aku kehulu hilir kejar dia, berat aku tak susut pula, makin naik dengan jayanya.
Aku ni jenis kategori kepala angin sejak dari sekolah rendah rasanya. Ada saja yang aku amukkan. Sampai lah dah kahwin dan ada anak.
Allah tu adil. Dia hadiahkan aku suami yang tahap sabar nya tak tahu setinggi apa. Sampai orang body shaming dia pun dia mampu senyum.
Aku yang panas hati. Aku ada diploma. Dia pula SPM sahaja. Dia penjaga keamanan sekolah (pengawal keselamatan), suka aku gelar macam tu bila orang tanya. Dan aku pula suri rumah.
Aku penat dengan manusia sekeliling aku. “sayangnya belajar pandai tak kerja”, “suami guard ye, cukup makan tak nanti tu?”.
Aku tahu Allah tentukan yang terbaik dengan letak aku dalam situasi sekarang. Alhamdulillah seberapa gaji nya, segitulah kami corakkan kehidupan.
Jangan takut, Allah yang bagi rezeki. Masa aku bujang, ada duit sendiri, aku boros. Sekarang pandai pula berjimat sentiasa. Terima kasih Allah.
Tentang anak, macam mana ya orang yang beranak setahun satu. MasyaAllah hebat kalian. Aku baru sorang ni pun macam hilang akal sekejap.
Pernah sekali aku memang hilang akal terlepas ayat yang tak sepatutnya. Sampai suami aku bahasakan aku sepatah dua.
Gagal nya aku sebagai ibu, gagal untuk kawal emosi. Sedangkan aku ni ibu. Setiap ayat tu doa. Maafkan ibu, Maafkan aku Ya Allah.
Sejak tu, setiap kali bangun pagi,aku niat sunggguh sungguh, Ya Allah hari ni aku tak nak marah anak aku, semoga kesabaran aku ini terbayar dengan manisnya syurga Mu kelak.
Kau bayangkan, anak aku kecik lagi kesian dapat ibu yang tak boleh faham anak sendiri.
Allah dah kirimkan dia sebagai amanah. Anak ni pinjaman sementara. Kalau tadi siang dia melasak main sana sini, malam tidur nyenyak, esok Allah dah jemput dia semula macam mana? Itu yang aku fikir. Sebak dada.
Doakan aku jadi ibu yang terbaik utk anak aku. Doakan aku jadi ibu yang penyayang dan penyabar. Aku sayang anak aku.
Semoga kalian juga jadi ibu bapa yang terbaik. Dan aku doakan kalian pejuang garis dua, semoga Allah rahmati dan berkati usaha kalian, janji Allah itu pasti.
Kalau ada insyaAllah Allah bagi cuma cepat atau lambat sahaja. Kalau memang takdirnya tiada, pasti Allah beri disyurga nanti. Aamiin Ya Mujib.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit