Ibu Yang Terlalu Melebihkan Orang Luar

Assalamualaikum semua. Pertama sekali maaf kalau cerita ini bosan atau cliche bagi sesetengah orang.

Aku dah tak tahu mana nak cerita lagi. Orang yang rapat dengan aku sebenarnya dah sampai tak larat dah nak dengar cerita ini sebab yang berulang-ulang-ulang-ulang kali jadi.

Aku ni anak yang boleh dikatakan bukan anak favorite. Paham-paham jelah anak ke berapa. Dalam adik beradik aku je belum kahwin lagi. Yang lain-lain hidup dengan pasangan masing-masing di negeri berbeza dengan aku.

Aku duduk dengan mak aku tapi untuk keselamatan aku, aku ade menyewa tempat lain. Mesti korang pelik kan ape yang tak selamat? Bukan dera fizikal tapi pada aku lebih kepada deraan mental.

Sedikit pengenalan tentang mak aku ni dia anak manja masa kecil. Dia jaga penampilan dan sangat penting bagi dia orang nampak dia sempurna. Semua nak sempurna la. Pandai masak, pandai kemas rumah, anak-anak behave dan dia mak yang penyayang.

Malangnya penyayang tu lebih kepada anak orang lain bukan anak dia sendiri. Meh aku bagi contoh. Bila dengan anak dia (especially aku la) dia tiba-tiba je jadi banyak songeh. Benda ini takmau makan benda tu serba tak kena dengan selera dia.

Tapi kan kalau orang lain atau anak-anak angkat dia (kalau tak silap aku dah nak makan bermak kot anak angkat dia) semua serba baik je. Walaupun tempat tu anak sendiri pernah bawak dulu tapi tiba-tiba anak orang lain belanja, dan-dan paling sedap.

Pernah satu ketika dulu aku teringin sangat nak makan specific hidangan yang dia masak. Sampai la ke bulan puasa dia langsung tak pedulikkan aku. Kenapa aku tekan kan bulan puasa? Sebab masa bulan puasa aku tak boleh makan hidangan tu boleh gastrik.

Tapi korang tahu tahap dia sanggup buat untuk anak angkat dia? Pernah sekali ade anak angkat dia bawak berjalan jauh. Balik je walaupun penat dia sanggup buat pulut kuning yang renyeh demi anak kesayangan dia.

Aku sebenarnya baru je rasa kecewa dengan dia. Selama-lama ni banyak lagi kekecewaan aku pada dia dari masa aku kecil (aku selalu di anak-tirikan dari adik beradik aku oleh mak kandung sendiri) sampai la aku besar tapi aku rasa yang hari ni macam dah kemuncak aku.

Ada seorang perempuan ni, aku betul-betul berharap dan berdoa pada Allah agar boleh putarkan masa supaya aku dan keluarga aku takkan pernah jumpa atau kenal dia ni. Dia kenal keluarga aku dari salah seorang adik beradik aku. Mak aku macam biasa terus angkat dia jadi anak la.

Satu benda yang takde orang dalam keluarga aku pernah tahu, masa aku membesar dulu dia ni suka sangat kutuk-kutuk aku. Aku ada satu rahsia hitam yang hanya ahli keluarga dan kawan terdekat je tahu. Dia selalu sound aku pasal benda tu dan up diri sendiri dengan aku.

Bila dia asyik kondem aku dan siap compare kami, tiba-tiba bila da tua ni aku tengok dia sendiri pon diri tak betul aku rasa meluat. Entah kenapa tiap kali aku nampak dia aku akan teringat setiap patah perkataan dia cakap kat aku. Aku rasa aku hampir anxiety tiap kali nampak dia.

Dah lah perangai mak aku ni biar anak kerja bagai nak rak asalkan orang nampak mcm dia ajar anak dia bagus. Jadi selalu aku kena hadap muka bodoh perempuan tu dan kena hadap perangai anak-anak dia yang sikit lagi macam budak takde akal.

Masa aku masih duduk dengan mak aku, no choice lah aku kena hadap je. Tapi bila aku dah boleh berdiri di kaki sendiri aku pilih untuk menjauhi perempuan jahat tu. Aku sampai cakap kat mak aku kalau dia datang aku balik bilik sewa aku.

Banyak kali terjadi aku sampai kena balik rumah tengah malam sebab dia perguna kan mak aku untuk jaga anak dia sampi lewat malam. Jangan tanya mana dia pergi sebab alasan yang dia bagi kat mak aku tu sikit pon aku tak percaya. Yang dia boleh bodoh-bodohkan mak aku je.

Masalah terjadi bila mak aku over caring dia sampai tak peduli sikit pon perasaan aku yang anak kandung dia ni sendiri. Bukan aku tak bagitahu kenapa aku tak nak tengok perempuan itu tapi tulah.

Kan aku dah bagitahu tadi mak aku lebih sayangkan anak orang lain berbanding aku, jadi perasaan aku ni sikit pon tak penting untuk dia.

Si perempuan ni kengkonon kena buatan orang sampai asik sakit-sakit, mak aku yang terlampau sayangkan dia ni sanggup la meredah jalan malam-malam untuk bawak dia ke klinik.

Bukan aku tak kesian okay aku siap bagi mak aku guna kereta aku walaupon aku separuh sudi untuk kasi dia naik kereta aku tu tapi everything has a limit. Diulang. Everything has a limit. Patutnya lepas dah hantar dia ke klinik mak aku ni hantar la dia balik rumah balik hendaknya.

Oh.. Tidak. Demi menunjukkan betapa dia sayang dengan perempuan bodoh tu dia suruh perempuan tu angkut anak-anak sekali tidur di rumah. Aku bila terjaga sebab nak pergi tandas ternampak dorang, Allahuakhbar dada rasa nak meletop. Aku kejut mak dan confront dia.

Tau ape jawapan dia? Emergency katanya. Aku tak tahu la aku memang tak cukup baik ke, atau memang mak aku ni tak reti nak bersederhana melayan orang sampai menyakitkan hati anak sendiri.

Maka walaupun awal pagi tu aku tetap bersiap balik bilik aku sendiri. Kalau korang macam terfikir kenapa aku tak stay je terus kat bilik aku, sebabnya ialah mak aku ni kan anak manja,

Jadi karang kalau aku tak balik dia jadi manja tiba-tiba tak boleh buat itu ini, siap pernah sound aku suruh duduk dengan dia je selagi dia ada.

Jadi aku masih fikirkan dia mak, aku sanggup banyak masa di rumah dia berbanding di bilik sewa aku yang aku bayar tiap-tiap bulan without failed tu.

Ada beberapa kali aku terfikir nak terus duduk full time kat bilik tapi bila dia, tanpa perempuan jahat tu, aku jatuh kesian dan sanggup tinggal dengan dia walaupun dia ni, tak pernah kesiankan aku.

Kerja aku ni selalunya aku keluar rumah lepas subuh, matahari pon tak keluar lagi. Balik lewat petang. Sepanjang di tempat kerja aku bukan boleh duduk je aku banyak berjalan.

Tapi bila balik dia mesti rasa perlu untuk aku hantar ke sana sini, buat benda yang pada aku dia boleh sebenarnya buat sendiri tapi takkkk dia tunggu aku yang kerja ni, balik kerja untuk buat demi dia.

Mak aku dia orang pencen dia duduk rumah je. Tapi somehow aku yang buat 2 kerja (aku ada kerja part time) jugak kena buat benda-benda tu bila balik rumah

Tu belum aku masuk kisah mak aku tak pernah adil dengan aku dan adik beradik aku lagi. Kalau dengan adik aku mak aku bukan main lagi.

Pantang adik aku buat benda simple je, pujinya sampai ke bulan. Tapi kalau aku, buat benda tu dia tak nampak. Kalau aku tak buat baru dia tiba-tiba nampak

Andai kata mak aku terbaca ni dan tahu luahan ni untuk dia, tolonglah faham sikit anak dia yang memang terlalu menderita dengan ketidak-adilan dia selama ini. Kalau dia baca dan tak terasa apa-apa, memang aku redho saja la dapat mak macam ni.

Bukan aku tak pernah layan kehendak dia tapi macam aku cakapla, kalau aku buat dia tak nampak, kalau aku tak buat baru dia hebah satu dunia

Maaf kalau cerita kucar kacir hati memang sakit dan fikiran bercelaru sangat.

– Anak mak tak sayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *