Ibu Yang Tersiksa

1) Biodata

Pelajar asasi sains , 19 tahun, impian juruterbang, zodiak leo, kidal, minat Westlife, anak-2 dari sembilan adik-beradik.

2) Sejarah perkahwinan ibubapa

Berkahwin ketika ibu (19 tahun), ayah (33 tahun), lepasan Ipg, tidak bekerja, lemah-lembut, hamba-abdi ayah.

Anak-1 (23), anak-2 (19), 3-(18), 4-(17), 5-(15), 6-(13), 7-(11), 8-(9), 9-(3)

3) Emosi ibu

Pra-perkahwinan ibu dikurung bagaikan hamba kerana masih muda dan jelita. Ibu tinggal bersama ayah di hotel selama hampir setahun.

Setiap hari, ibu hanya dimaki hamun jika sedikit kesilapan dilakukan. Lambat buka pintu bilik, “celakanya kau”.

Ayat “bodoh, bangang, tak berkat, bengong,” seperti zikir harian daripada ayah buat ibu. Ayat “tidak berkat” sungguh buat aku hilang hormat terhadap ayah.

Apakah berkat semudah itu ditentukan oleh suami. Bila tiada duit di hujung bulan, semuanya ditunding kepada ibu aku, “bodoh, aku dah cakap dah, kurang berkat, taknak dengar cakap aku”!

Inilah ucapan bakal penghuni syurga yang aku dengari daripada kecil hinggalah aku mengenali dunia.

Persoalannya apa yang ibu aku lakukan? Hanya mengemis tinggal bersama suami, diberi makan apa yang tinggal, baju semuanya dipilih si suami, tidak pernah minta dibelikan apa-apa.

Rendahnya martabat seorang isteri diperlakukan, “makian, cacian, hinaan” semuanya ditabur kepada ibu aku.

Apakah perjuangannya melahirkan aku dan adik-beradik yang lain hanya sampah?

Aku tak menafikan, ayah berjuang mencari nafkah buat menyara kami, namun, adakah itu pakej untuk dia memaki hamun ibu. Keturunan serta dirinya, semuanya dicaci dan dihina ayah.

Perkataan “penzina” turut pernah dilemparkan kepada ibu. Adik aku yang keempat dituduh sebagai anak luar nikah hasil hubungan dengan abang iparnya.

Kata-kata apa lagi yang harus ibu aku ucapkan, tuduhan li’an terhadap ibuku, sungguh keji perbuatanmu wahai ayah.

Pertarungan nyawanya hanya untuk dituduh sebagai penzina adalah keterlaluan.

Perasaan aku sebagai anak, dan isteri pada masa hadapan, sungguh sadis hatik aku, mengapa begitu jahat ayah kepada ibu, mengapa seorang yang baik perlu diperlakukan begitu.

Aku tahu perasaan ibu yang ketakutan dan tertekan dari awal perkahwinannya.

Emosi yang tidak terurus menyumbang tekanan emosi yang agak teruk kepada adik-adik aku. Ketika aku dan abang kecil, ibu seorang yang sangat lembut dan prihatin.

Zaman kecil aku yang agak bahagia bersama ibu walaupon ayah yang seperti tidak wujud. Berbeza pula, bagi adik-adik aku yang melalui zaman kecil yang sedih kerna ibu yang agak tertekan dari sudut emosinya.

Ketika memandu, ibu seringkali mengugut ingin memandu sehingga kemalangan atau membawa kami mati.

Adik-adik aku menjadi sangat agresif, mudah memberonatak, murung, dan tidak pandai belajar, aku tahu inilah kesan keretakan rumah tangga.

Aku pernah berkata kepada ibu, mengapa tidak bercerai saja, sudah pasti adik-beradiknya mampu dari segi keewangan, menerima dan menjaganya serta kami.

Memang hakikat bercerai itu bukan mudah, tanggungan, keewangan, tanggungjawab, hak penjagaan dan semuanya, namun daripada tersiksa lebih baik berpisah.

Ibu hanya berkata “dia malu kerana sikapnya dulu yang beria mahukan ayah sedangkan keluarga tidak menerima ayah, namun keluarganya menerima ayah dengan baik selepas berkhawin”

Mentaliti ayah bahawa isteri hanya layak dipijak, dihambakan, disuruh dan diarahkan, tempat melepaskan perasaan, sungguh aku tak dapat terima.

Dalam adik-beradik, hanya aku yang diberi sedikit kekuatan untuk menepis makian ayah terhadap ibu, namun hadiahnya kepada aku hanyalah “kurang ajar”.

Akhir, sikap ayah yang suka melihat wanita dan munafik. Kalau menonton televisyen, matanya sudah seperti dirasuk hantu, pujian “lawa, cantik, putih, gebu” semuanya keluar dari mulutnya di hadapan ibu.

Kejian seperti “sudah tua, macam makcik dan bibik” itu lumrah buat ibuku.

Sedangkan ibu tidak dibenarkan bersiap seperti wanita seusianya kerna ayah bimbang dikacau lelaki. Sungguh adakah ayah aku tidak dikurniakan medula oblongta atau memang terlampau jahil?

Di luar, jika terjumpa wanita yang muda dan sedikit lawa, suara ganas terhadap ibu boleh bertukar semerdu dan seromantik leonardo dicaprio.

4) Perubatan

Aku dalam fasa memujuk ibu untuk mendapatkan rawatan mental, dan perkara ini bukan mudah kerna ibu takut jika ayah mengetahuinya.

Adik-adik aku yang masih kecil dan ibu, mereka sangat memerlukannya untuk pulih dari trauma dan meneruskan hidup. Tambahan, aku masih tiada lesen kereta jadi agak payah untuk aku bawa mereka keluar.

5)Pendapat

Kepada pembaca lelaki, tak perlu kahwin jika tak mampu kawal emosi, tak perlu kahwin jika tak mampu susah apabila di hujung bulan, tak perlu kahwin jika hanya menyiksa wanita.

Perkahwinan tak perlu sempurna namun cukup jika anda mempunyai ilmu, ilmu sebagai ketua keluarga.

Kahwin semua orang boleh lakukan, tapi tanggungjawab bukannya semua mampu pikulkan. Jika tidak, tak perlu berkahwin, tak perlu fikir masalah keluarga dan nikmatilah hidup bujang dengan bahagia.

Carilah ilmu, kerna dengan ilmu sungguhnya kamu takkan sesat, sesat dalam mendidik, membentuk serta menyayangi keluargamu.

Isteri itu sebagai nadi rumah tangga, dialah yang menjadi penggerak utama di dalam rumah. Jika hancur emosi seorang isteri, maka semuanya akan hanyut dan karam dalam sesebuah rumah tangga itu

– Rania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *