Ibu Yang Tidak Diiktiraf Mertua

Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya artikel ni disiarkan. Aku Hana, anak kedua dari tujuh adik beradik. Aku merupakan anak perempuan sulung dan merupakan anak yang paling ibuku harapkan dalam bidang akademik juga dalam hal rumah tangga.

Dalam keluarga belah abah, aku merupakan cucu kelima. Dulu-dulu aku pernah tanya ibu kenapa aku sorang yang ada nama panggilan buruk yang ibu saudara dan sepupu – sepupuku panggil. Dari kecil, aku selalu dibuli oleh sepupu2 dan abangku sendiri dan aku selalu bertanya pada ibu, kenapa ibu tak pernah marah sepupu dan abangku.

Dari kecil, aku sudah tidak mempunyai keyakinan diri bila berada dalam kalangan keluarga abah aku. Aku ibarat bisu bila berdepan dengan keluarga abah. Berbeza bila aku dengan keluarga ibu. Kalau kat rumah nenek belah ibu, akulah yang paling becok. Bukanlah sebab aku paling disayangi, tapi disana, tiada buli tiada nama panggilan buruk. Semua kena ajar dengan cara yang sama, kena marah cara yang sama.

Berbalik kepada soalan-soalan yang aku tanya pada ibu, ibu selalu balas,” ibu minta maaf Hana, masa tu ibu takde kuasa. Itu je yang ibu boleh cakap”. Aku yang masih kecil/remaja ketika itu tak dapat memahami maksud disebalik ayat itu.

Sehinggalah dua tahun lepas, aku berusia 25 tahun, nenek belah abah mula jatuh sakit. Mula-mula sikit lama – lama, sakitnya terlalu berat dan juga kelihatan agak pelik. Lama-lama, benda cliche, badan nenek yang kurus kering tapi makannya sangat banyak setiap hari. Dengan dirinya yang bergilir tak tidur 3 hari lepas tu tidur 3 hari. Selama lebih setahun. Pelik bukan?

Selama nenek sakit, nenek selalu panggil nama ibu, “Huda, mari duduk dekat mak.” Selalu! Ibuku turutkan, jaga macam biasa. Ibuku, seingatku memang merupakan menantu yang baik. Tak pernah tertinggal seharipun jaga nenek, bergilir dengan ibu saudaraku yang merupakan kakak abah. Hari terakhir nenekku, nenekku membisikkan maaf pada ibuku. Ibuku balas dengan “Huda dah lama maafkan mak.” Saat tu jugalah nenek nazak dan pergi tinggalkan kami.

Seminggu lepastu, aku dalam kereta dengan ibu. Aku ambil kesempatan itu untuk tanya ibu, kenapa nenek minta maaf dengan ibu je. Ibu aku lambat-lambat bagitahu, “sebenarnya ibu pernah tak disukai nenek.” Aku terkejutlah bila dengar ayat tu. Seingat aku, nenek selama ni okay je dengan ibu. Ibu pun nampak rapat dengan nenek.

Ibu cerita lagi, nenek ada calon dia sendiri untuk abah masa tu. Abah pernah bercinta dengan orang tu, tapi dia tinggalkan abah bila dia tahu abah nak jadi cikgu. Dia taknak suami cikgu. MASA TU! Bila kena tinggal, abah bawa diri, kerja sungguh-sungguh lepastu dipertemukan dengan ibu masa masing-masing berumur 30an. Nenek tak suka ibu tapi ayah berkeras juga kahwin dengan ibu. Ibu tak dipedulikan oleh nenek, kakak dan adik abah. Bayangkan, ibu datang berhijrah dari jauh ke kampung abah, tapi orang-orang kampung abah gelar ibu perampas.

Ada sekalitu, nenek saudara ibu ( nenek Ayu) datang ke kampung abah untuk kenduri. Ada seorang makcik ni, bila dia tahu nenek Ayu sekampung dengan ibu, dia cakap “ada jugak orang kampung tu datang duduk sini, rampas laki orang” . Menangis meraunglah nenek ibu aku bila nenek Ayu balik report dekat kampung.

Lepas dapat abang, bekas kekasih abah hantar surat dekat abah, cakap yang dia sanggup jadi yang kedua dan sanggup tunggu abah. Dan dia bagitahu nenek sekali. Nenek bila tahu pasal tu, memang hari-harilah pujuk abah untuk kahwin lagi sekali. Ugut berdosa abah kalau tak dengar cakap nenek. Tapi abah keraskan jugak taknak kahwin.

Long story short, nenek aku masih paksa abah aku kahwin lagi sekali masa ibu aku hamilkan adik aku yang keempat. Ibu bagi tahu, masa dapat abang hingga adik no.4, merupakan masa yang paling susah untuk ibu. Masih lagi dipinggirkan, abah balik rumah selalu cerita yang nenek paksa kahwin sebab abah jenis yang tak boleh simpan rahsia dari ibu, nak je cerita semua. Abah pun menderita jugak sebenarnya. Yalah, antara ibu dan isteri.

Lepas dapat adik no.4, nenek aku macam dah tone down sikit, lepas tu jadi makin baik makin baik dan makin baik. Aku sebagai cucu, aku tak boleh bayang pun sebenarnya rupa nenek aku masa dia tak approve ibu, sebab dalam kotak memori aku, nenek ni seorang yang sangat lemah lembut, suka tolong orang even sepupu aku belah ibu yang dalam kesusahan.

Bila ibu cerita tu, aku macam boleh recall, patutlah ibu dengan kakak2 ibu, sepupu2 ibu pernah bergurau sesama diorang ” Nak buat macam mana, kau tu menantu tak diiktiraf” sambil gelak2. Masatu, aku pun tak pasti siapa menantu tidak diiktiraf tu. Ibu bagitahu lagi, ibu aku baru mula berkenalan dengan sepupu-sepupu abah bila adik bongsu aku lahir. Diorang datang rumah.

Lepastu diorang cerita, mak ayah diorang dah racun diorang yang ibu tu perampas. Cuma disebabkan seorang bapa saudara abah yang sama tua dengan abah ni, dialah yang tak putus asa ubah mentaliti diorang. Alhamdulillah, bulan 3 2002, aku berumur 10 tahun, ibu aku dah mula diterima keluarga besar abah aku. Keluarga besar : Makcik pakcik abah, sepupu2 abah.

So, lepas tu, aku dah mula boleh recall jawapan2 ibu aku masa aku kecik. Aku dah faham kenapa ibu aku takde kuasa nak marah sepupu2. Mungkin disebabkan aku dan abang yang selalu dibawa abah kerumah nenek untuk ambil hati nenek. Aku dibuli oleh kakak abah dan sepupu-sepupu. Dan abangku yang bengap tu ikut sama buli sebab ingat sepupu hanya bergurau. Abang aku, dah jadi bapak budak pun masih terbawa-bawa perangai menyakat aku. Aku je! hmph.

Sekarang, aku macam dah pulih dari jadi bisu dengan keluarga abah sebab nenek belah ibu ajar tak baik tak tegur sapa nenek dan makcik tu blablabla. Dan sebab bila aku umur 10 tahun, sepupu2 aku dah masuk sekolah berasrama, so naturally buli tu berkurangan.

Sebenarnya, aku tulis ni sebab nak balas artikel Isteri Yang Tidak Diiktiraf tu. Boleh baca di sini artikel berkenaan (https://iiumc.com/isteri-yang-tidak-diiktiraf/). Bila aku baca artikel dia, macam ssuupp masuk dalam hati aku.

Cerita ni, aku je yang tahu dalam kalangan adik-beradik aku. Masih lagi tersimpan rapi dan insyaAllah akan dibawa bersama ke akhir hayat. Biarlah mereka ingat yang indah-indah saja pasal nenek ku. Aku pun tak benci nenekku, cumanya bila aku tengok ibu dan abah aku sekarang, aku rasa macam, they deserve this happy life they’re living now.

Ibu abah aku sampai sekarang jalan pegang tangan lagi, seingat aku tak pernah gaduh, at least depan aku dan adik-beradik. Naik jatuhnya ada, tapi alhamdulillah, akhirnya berakhir dengan gelak2 saja. Cuma diuji dengan anak-anak yang tak berapa mendengar kata je lah, haha.

Akak Nur, you’re so gonna be Isteri Yang Diiktiraf one fine day. It’ll probably take time, but insyaAllah it will be. Hopefully it wont be long for you. Dont give up and be strong. Be each other’s strength and pray for the best for each other, both you and your husband. Wishing you all the best!

– Anak Huda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *