Assalamualaikum semua. Saya ingin berterima kasih kepada admin kalau kisah hidup saya ini disiarkan.
Saya dah lama pendam sendirian dan saya rasa saya patut menceritakan kisah hidup saya supaya menjadi pengajaran kepada yang membaca.
Saya anak sulung perempuan dalam keluarga saya dan ingin berkahwin tahun hadapan.
Tetapi hajat saya untuk berkahwin mungkin tak dapat ditunaikan sekiranya mak ayah saya masih bersikap materialistik.
Sepatutnya mereka memudahkan urusan saya untuk berkahwin tetapi mereka menyusahkan saya.
Bakal tunang saya dah beberapa kali datang ke rumah untuk menyampaikan hajatnya untuk berkahwin dengan saya, tetapi ayah saya berkata untuk tunggu dua tahun lagi sebab saya baru mula bekerja.
Tu semua alasan sebab mereka nakkan duit saya untuk menampung keluarga.
Setiap bulan saya akan bagi duit kepada ibu, tetapi tak boleh dalam jumlah yang sedikit.
Nilai RM300 untuk ibu adalah sikit, dan jika tak beri lebih dari RM300, saya akan dicop sebagai anak derhaka dan tak sedar diri.
Saya dah cuba nasihat dan berbincang sebaiknya, untuk mengurangkan duit belanja yang saya beri setiap bulan, tapi ditentang, dan berkata saya ni hanya fikirkan diri sendiri, fikir kahwin, dan tak fikirkan keluarga.
Dah setahun lebih bekerja tetapi duit simpanan saya masih lagi RM0. Saya pernah cuba untuk menyimpan, tapi dimarahi oleh ibu sebab kedekut dengan keluarga.
Setiap kali keluar, semuanya guna duit saya sampai tak boleh nak menyimpan. Dan setiap bulan saya akan didesak untuk membuat kad kredit untuk diberikan kepada ibu.
Berbalik kepada perkahwinan. Saya dah slow talk dengan mereka, tetapi mereka inginkan hantaran sampai RM20k kalau nak kahwin awal.
Duit hantaran tu mereka nak pegang sebab nak carikan rumah yang dekat dengan mereka, dan nak belikan perabot rumah semua siap2. Semuanya mereka yang tentukan.
RM20k adalah nilai yang sangat besar bagi saya dan bakal tunang.
Dan mereka dah pesan juga biar bakal tunang sahaja yang kumpul duit, dan saya tak perlu kumpul apa2. Sebab apa? sebab mereka inginkan duit saya.
Bakal tunang saya pun selalu dikutuk dari belakang, sebab dia bukanlah orang yang senang dan sebolehnya menyuruh saya dalam diam untuk meninggalkan dia sebab tak menepati ciri2 yang mereka mahukan which is ‘kaya’.
Mak ayah saya anggap anak sebagai tempat untuk invest duit dan bukan amanah.
Jika perkara ni berterusan, sampai bila2 pun saya takkan kahwin.
Saya buntu dan rasa nak kerja jauh2 dan lari sahaja dari rumah. Saya tak mampu nak hadap lagi semua ni.
Terima kasih sudi membaca.
– Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit