Assalamualaikum, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Awal bicara saya mohon maaf andai ada terkasar bahasa(memang nak ada pun)
Berbicaranya saya disini bukan nak tunjuk yang saya ni pandai atau nak mengajar ibu² ayah² tapi mai rasa dihati ingin menegur bab hak anak² yakni bab bagi nikah.
Ibu² ayah², adakah berdosa dan adakah terlalu hina adaikata ada anak kita yang masih muda dan masih study(U) mai kat depan kita dia nyatakan hasrat hatinya “Mak abah, cek berkenan kat dia, cek sungguh² nak menikah”? Apakah sepatutnya tindakan si parents? Terus sound mengherdik, atau ajak bincang elok²?
Bertahun saya diluar negara untuk menuntut ilmu dan pulangnya saya ke tanah air dengan harapan hilanglah perangai sebegini, tapi sayangnya still duk ada jenis anti dengan nikah muda. Yang sedihnya ibu² ayah² yg penampilan depa ada ciri² beragama.
Apakah perlu sebagai ibu bapa, kita halang anak kita dari menikah dengan cara yg kasar tanpa berbicara? Masalah kita ialah, kita dengar untuk menjawab tapi kita tak belajar mendengar untuk memahami.
Tuan² anak kita manusia biasa, depa di stage umur yg mana nafsu depa naik kemuncak. Bila depa mai bgtau hasrat nak menikah sepatutnya kita ajak bincang elok2, memang la boleh kita kata kat dia “Takpayah lagi la.. hang muda lagi”, dia pun akan bagitau kita “Tapi cek takut cek tak dapat tahan nafsu(misalnya) cek nak jaga agama nak jaga maruah kluarga” . Tuan² boleh la depan kita, kita suruh dia janji “Abang/kakak, hang anak mak, janji jangan buat benda tak senonoh, kalau hang nak dia kerana Allah hang boleh tahan, tu nafsu ja semua..” Tudia, depan kita boleh la dia akur, belakang kita? Ada kita tau dia pi jumpak kekasih dia berdua²an atau sebagainya?
Tuan², kita pernah muda, kita besa lalui zaman lagu depa, ujian tu berat. Jangan duk sebut serupa kita nikah kita takdak nafsu dengan bini kita, kalau takdak nafsu takdak la depa(anak²), depa nak mai lagu mana.
Takkan nak tunggu depa berzina baru nak kalut nak halang?
Ibu² ayah² adakah lagi baguih depa berzina tiap masa daripada bagi izin depa menikah muda,? Ya, saya setuju, sumber kewangan, rumah, makan minum memang itu semua satu keperluan yg sangat² penting, tapi bagi depa menikah tu benda yg paling penting untuk waktu tu. Bagi depa menikah, selamatkan dulu dan elak punca masalah, rezeki, InshaaAllah Allah janji ada, maka ada. Kita sekeluarga, tugas kita saling bantu membantu.
Takkan nak tunggu anak dara kita balik rumah sambil dukung anak luar nikah(maafkn saya) baru lah kita nak mai serabut perut, mai kalut nak maki hamun nak cegah, baru mai nak tanya “Awat kak awat hang berzina?!”
Lepastu pakat adik beradik nak buang dia dari keluarga.. amboi banyak cantik, dia dah pujuk ampa dua dari mula2 lagi bagi izin dia menikah, ampa dua duk buat tak endah langsung padahal benda tu sangat² bahaya untuk masa depan dan maruah. Takkan masa benda dah berlaku baru nak mai kesedaran sivik anda wahai ibu² ayah²?
Jangan disebabkan anak kita pakai kopiah serban, tudung labuh, ada asas agama maka kita buat tak endah dalam hal ni, jangan!
Tuan² guru yang alim depa sedar hal ni, tu yang kalau kita tengok anak² orang² alim depa bagi anak² depa menikah muda (bila dah smpai waktu perlu anak dia menikah)
Jangan jadikan sijil diploma degree tu sebagai syarat nikah yg baru, jangan smpai nanti dia mai sua kt kita diploma dengan anak luar nikah depa sekali kt kita, baru kita bising hina dia nak halau dia dari keluarga. Jangan.
(benda ni berlaku pd kenalan² saya, keluarga² jiran terdekat saya)
Takut dengar mulut² busuk duk mengata kalau anak kita nikah awai?
Tuan², anak kita nikah awai ka lambat ka tak menikah ka depa tetap akan mengata smpai kiamat.. mulut syaitan kita payah nak katup(tutup).
Anak kita elok depa puji ka kutuk ka, menikah depa mngata ka puji ka pun biarlah, awatnya, kalau anak kita kena tangkap basah misalnya, ada depa nak tolong, mulut capui busuk ni ada nak mai tolong? Takdak punya, depa blah, lagi tutuh mengata kita lagi duk ada.
Dan tak perlu jadi terlalu anti dengan isu ni, sampaikan bila ada orang muda yg menikah tu nak bercerai kita ni pula sampai nak bersorak gembira, hat ni satu perangai yang tak elok.
Bercerai kot, hat tu benda musibah. Apa punya perangai sampai seronok.. Sikit punya tak elok perangai.
Kita sepatutnya bantu depa jadi elok ni kita mai perangai duk syok depa nak bercerai.. La haula wa la quwata illa billah.. Mengucap, mengucap banyak². Pintu taubat masih terbuka.
Dan..dah tau bakal menantu kita tu tak berapa berduit, hantaran tu mintak la bagi masuk akai, takdak duit buat cara takdak duit, yg penting barokah, orang mengata lantak pi janji keluarga kita selamat dari api neraka. Jangan menyusahkan depa.
Salah silap saya mintak ampun mintak maaf, ada silap mintak betulkan saya.
TGU Y.M.
– TGU Y.M.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit