Ibubapa, Malaikat atau Iblis?

Kenapa aku buat tajuk ini? First of all, jangan salah faham sebelum nak judge aku sila baca posting aku sehingga habis.

Aku bersyukur, kerana dilahirkan dari keluarga yang mencurahkan kasih sayang seperti tatang minyak yang penuh dan aku yakin korang juga bernasib baik mempunyai ibu bapa yang sentiasa berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka untuk korang, Betullah kata “pujangga kasih ibu bapa membawa ke Syurga”.

Tetapi kalian sedar atau tidak disebalik kita semua yang bernasib baik ada juga golongan yang tidak bernasib baik.

Mari kita lihat, kisah pembuangan bayi di jamban, campak bayi dari tingkat 3 bangunan, Dan yang paling teruk adalah membuang bayi di tong sampah sehingga di kerumun oleh semut api! Sangat memalukan!!

Dan inilah yang kita lihat dari mata kasar kita melalui FB, Newspaper dan lain2.

Akan tetapi perkara yang tidak di highlight dari media aku yakin ramai yang tidak tahu kecuali mereka yang selalu buat program bersama anak-anak di Malaysia.

Pengalaman aku bersama rakan-rakan menyantuni rumah kebajikan di Batang Kali membuatkan aku sedar bahawa masyarakat kita masa kini tersangatlah tenat, Kenapa aku katakan begitu?

Kerana sewaktu aku melawati anak-anak syurga ini, pelbagai kisah latar belakang mereka yang aku dengar? Mak dan ayah Drug addicted hingga kena tahanan penjara, Ayah hampir jual anak, Ayah dan mak bercerai, dan berkawin dengan pasangan lain, namun pasangan tersebut tidak mahu anak tersebut lalu ibu bapa kandung decide untuk tinggalkan mereka di rumah kebajikan tersebut, Ada juga anak yang tak sah taraf, ibu bapa bercerai dan larikan anak-anak try convert kan mereka kepada religion lain dan sebagainya.

Ibu bapa seperti ini ibarat cuba menghapuskan kisah mereka atau kenangan pahit mereka tetapi yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak yang tidak berdosa ini!

Kanak-kanak ini adalah ibarat selembar kain putih yang tidak berdosa, sebagai ibu bapa yang melahirkan anak –anak ini, anda yang perlu mencorakkan mereka, memberikan mereka pelukan , ciuman dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi, bukan dengan tindakan realistik membuang mereka atau menjahanamkan mereka hanya kerana pengalaman hitam korang.

Jangan hanya kerana kesilapan hitam yang korang buat, menjadikan anak-anak ini sebagai mangsa!

Hmm, berbalik cerita anak – anak syurga yang aku ziarahi minggu lalu, sebelum pulang aku memeluk mereka dan cium mereka dan aku berjanji pada mereka akan datang lagi ziarahi mereka dalam beberapa minggu lagi untuk bersama diorang.

Salah seorang dari anak syurga tu cakap pada aku, “Akak boleh tak saya panggil akak ummi?” aku cakap boleh, “akak saya nak peluk dan cium akak boleh?”

Aku pun jawab “boleh..” Ntah kenapa hati aku terus melekat dengan mereka sehingga hari ini. Sebelum kami berangkat pulang 1 Rumah panggil aku dengan panggilan ummi, Peluk dan cium dan lari ke kereta kami.

Wallahi, Berat sungguh berat aku nak tinggalkan anak-anak syurga ini,air mata aku mencurah-curah bila bayang mereka tiada lagi depan aku, sedangkan aku sebagai orang asing pun seperti tersiat-siat hati bila berpisah dengan mereka, bagaimana pula tegarnya korang yang jerih perih mengandung 9 bulan terus decide nak buang mereka.

Kalau sesiapa yang membaca tulisan aku, sebenarnya bukanlah niat aku untuk mengecam korang, tetapi ingatlah “ jika ada yang berniat nak buang anak atau nak campakan anak-anak ni di rumah kebajikan” cuba tanya balik pada diri korang, Kenapa lahirkan mereka jika dengan niat membuang mereka? Kenapa melakukan persetubuhan jika tidak mahu menanggung risiko mengandung?

Tanya pada diri, mereka ini anak syurga, pupuklah mereka dengan sifat kasih sayang, bukan memupuk dengan kebencian, kelak mereka dewasa korang sendiri yang akan menyesal.

Sekian…

– Miss F

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *