Ibubapa Mata Duitan

Assalamualaikum semua. Saya berterima kasih kepada admin jika cerita saya disiarkan. Maaf kepada para pembaca, jika cerita saya kurang menarik.

Ibubapa saya memang mata duitan, dalam seharian kalau tak bercakap pasal duit atau bergaduh pasal duit memang tidak sah. Dari saya kecil sampai saya besar, duit tak penah cukup. Walhal saya tengok keluarga orang lain jauh lebih miskin dari keluarga kami, tapi hidup mereka jauh lebih bahagia.

Baju apa yang ada, pakai. Makanan apa yang ada, makan. Kami tidak, keluarga asyik bergaduh. Emak pula, kalau bab duit dia memang laju. Kalau boleh, semua duit ayah kerja dia pegang. Dia mahu beli emas je.

Tetapi dia amat berkira kalau anak-anak minta duit untuk perbelanjaan sekolah. Kadang-kadang kami terpaksa menyimpan duit belanja sekolah untuk beli sesuatu kelengkapan sekolah.

Saya masih ingat, jikalau guru ingin membeli buku latihan atau buku rujukan, saya terpaksa berlapar untuk menyimpan untuk membeli buku.

Berbalik kepada cerita tadi, kini kami adik beradik sudah membesar dan bekerja di Kuala Lumpur. Tidak lupa kami menghantar duit kepada ibubapa setiap bulan. Itupun masih dikata tidak cukup oleh ibubapa.

Kami, adik beradik perempuan berkongsi simpanan dan membesarkan rumah di kampung dan membeli peralatan untuk kegunaan dikampung. Tetapi emak selalu melebih-lebih, mahu barangan yang mahal-mahal.

Setiap hari emak dan ayah akan menghantar mesej kepada kami adik beradik, dan tidak lain tidak bukan bercakap berkaitan duit. Mereka tidak pula bertanya, adakah kami sihat ke atau cukup makan ke hidup di bandar. Fikiran mereka hanya ada duit.

Selang beberapa bulan lagi, adik perempuan saya akan berkahwin. Dia cuma kerja biasa-biasa saja. Tetapi, emak dan ayah sudah menetapkan 1000 undangan nanti.

Duit mesti cukup pada masanya dan dia akan minta. Kami adik beradik ada juga memberitahu emak dan ayah supaya kurangkan jemputan undangan kalau tidak mampu. Tetapi mereka tidak mempedulikan kami.

Duit majlis dari adik pun dia mahu, duit salam kaut pun dia mahu. Kami faham, urusan perkahwinan memang senang, kalau semua tolong, tapi kehidupan masing-masing cukup untuk sara kehidupan sendiri je.

Adik sudah tertekan sejak beberapa bulan yang lalu, banyak duit yang dikeluarkan untuk persiapan majlis, tetapi emak masih meminta. Kehidupan selepas berkahwin juga memerlukan duit.

Jikalau simpanan dikeluarkan untuk bahagiakan keluarga, hantaran digunakan untuk majlis kahwin dan duit salam kaut di ambil ibu bapa. Apa pendapat anda jikalau ada ibubapa sebegini.

Kenapa anak berdosa langgar cakap ibu bapa? Padahal ibubapa sendiri, kadang-kadang tidak mengikut syariat islam. Memudahkan itu lebih baik kan?

Terima kasih sudi membaca ye. :(

– Lia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *