Ibubapa Melayu, Tapi Anak ‘Speaking’

Assalamualaikum. Aku Siti. Aku belajar sampai degree dan pernah bekerja dengan gaji yang agak banyak untuk fresh grad pada masa itu. Sekarang, aku seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa. Aku tak tahu. Mungkin aku bakal dikecam dan mungkin ada yang sependapat.

Aku tergerak hati bercerita di sini sebab aku agak triggered bila baca beberapa komen di media sosial seorang artis yang anaknya tak pandai berbahasa melayu. Anaknya berumur bawah 5 tahun dan fasih berbahasa inggeris.

Sebelum itu, di dalam confession aku, aku guna perkataan ‘speaking’ bagi menggantikan perkataan ‘speak english’ atau ‘bercakap di dalam bahasa inggeris’.

Komen komen seperti,

“Mak bapak melayu, tak payah nak speaking sangat la.”

“Kita melayu, kenapa nak agungkan bahasa lain? Tengok korea, jepun, diorang maju dengan bahasa diorang.”

“Kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa kita, siapa lagi?”

“Menyampah aku dengar orang melayu tak pandai cakap melayu.”

Dan macam macam lagi.

Yes. Anak aku pun salah seorang yang tak pandai cakap melayu. Sumpah aku langsung tak bangga. Aku dengan suami asli melayu.

Ada sebab kenapa aku mahu anak aku fasih berbahasa inggeris dan memilih bahasa inggeris sebagai bahasa pertama yang dia belajar. Kenapa bukan melayu atau ada juga orang cakap baik belajar arab kan bahasa quran?

Aku berasal dari kampung. Masa sekolah rendah, english aku selalu gagal. Masuk sekolah menengah, dapat la C. Sampai teacher cuma target B untuk spm aku. Itu pun susah untuk aku.

Masuk alam universiti, agak struggle untuk aku belajar, lagi lagi semua dalam english. Aku tahu benda tu senang tapi sebab english, aku susah nak faham. Lecturer pun speaking. Habis belajar, aku kerja.

Oh ya, sepanjang umur aku dari kecil sampai universiti, boleh dikatakan aku tak dapat langsung berbahasa inggeris.

Kalau membaca atau menulis, boleh la. Tapi kalau dengar memang aku tak faham. Apatah lagi kalau bercakap. MUET aku band 2 sahaja. Untuk listening dengan speaking aku sangat rendah.

Ok. Sambung, masuk alam kerja, semua pekerjaan dalam bidang yang aku belajar memerlukan bahasa inggeris.

Nak interview? Mestilah speaking jugak. Cubalah tengok jobstreet atau apa apa website untuk kerja kosong, majoriti mesti mahukan bahasa inggeris.

Sebab aku sangat tak yakin, aku apply kerja sebagai cikgu tadika tetapi di tadika yang sepenuhnya berinteraksi di dalam bahasa inggeris. Kenapa?

Sebab aku nak belajar. Jadi aku ke sana untuk belajar dan mengajar. Masa interview, sumpah teruk gila. Tapi interviewer tu baik. Dia paksa aku speaking masa interview sambil memperbetulkan ayat ayat aku.

Lepas tu dia tanya aku nak belajar english tak? Kalau nak belajar, dia terima aku kerja. Jadi, aku kerja la kat situ.

Pada umur aku 24tahun, baru aku tahu phonics, sounding semua tu. Di tadika tu,nak tak nak aku terpaksa speaking sebab peraturan tadika. Lagipun ibubapa yang hantar anak ke sini memang mahu anak dia speaking.

Jadi, kalau anak mereka mengadu aku cakap melayu ke, habis la aku. Tapi budak budak ni bagus. Diorang jujur, bila aku salah cakap, diorang cuba faham dan betulkan aku. Hahaha.

Walaupun aku tak pandai speaking, tak ada masalah pun untuk aku mengajar sebab aku cuma ikut silibus yang disediakan.

Tapi sebenarnya ramai student aku kat situ, dengan kawan kawan mereka speaking tapi bila dengan teacher selamba je cakap melayu. Mungkin sebab broken sangat kot english teacher mereka. Hahaha. Jadi, tak semestinya budak yang cair speaking tak tahu cakap melayu.

Beberapa bulan di tadika, aku mula yakin dan berani memohon kerja di syarikat besar yang memerlukan aku berinteraksi dengan customer dari dalam dan luar negara. Jadi, semestinya keutamaan adalah bahasa inggeris.

Pada awalnya aku cuma mahu mencuba nasib dan cuma mahu tahu sejauh mana diri aku yakin untuk berbahasa inggeris, tetapi alhamdulillah, rezeki berpihak kepada aku dan aku diterima bekerja.

Masa tu, barulah aku anggap aku boleh speaking. Selama aku bekerja, memang aku pernah berurusan dengan customer luar negara.

Sewaktu pertama kali aku dapat customer luar negara, memang cuak sangat sebab risau tak faham. Tapi alhamdulillah aku faham dan boleh berurusan dengan baik walaupun aku tahu english aku masih broken. Hahaha. Confident tu penting. Jadi, penting tak bahasa asing ini di negara kita?

Maaf kerana setakat ni cerita tidak berkaitan dengan tajuk. Tetapi, dari situlah aku mahu anak aku boleh berbahasa inggeris. Lagipun, aku suri rumah je.

Untuk memahirkan penggunaan satu satu bahasa, kita kena guna bahasa tu. Sia sia usaha aku untuk menguasai bahasa inggeris jika akhirnya aku lupa. Untuk aku tidak sia siakan kemahiran yang aku usaha selama berbulan bulan tu, aku speaking dengan anak tetapi tidak dengan suami.

Jadi, anak aku masih mendengar bahasa melayu dalam rumah ni. Kenapa aku tak ajar anak aku bahasa melayu dulu kemudian baru bahasa inggeris?

Sebab bagi aku lagi senang jika dia belajar bahasa inggeris dulu. Nanti dia mula sekolah, berkawan, secara tidak langsung dia akan belajar bahasa melayu.

Aku bukannya nak hantar dia sekolah antarabangsa pun nanti. Aku hantar sekolah kebangsaan juga. Dulu, anak aku langsung tak faham melayu. Sekarang, dia dah faham. Aku tahu,nanti dia akan boleh cakap melayu. Sekarang pun memang aku tengah ajar dia bahasa melayu.

Ada komen yang cakap, dari ajar anak english, baik ajar anak agama, quran, aurat. Iye. Aku setuju. Tapi kalau aku pilih semua tu tak boleh ke? Anak aku speaking tetapi umur 5 tahun dah mula minta nak pakai tudung, tahu solat. Ajar anak speaking tak semestinya dia tinggal agama.

Kenapa tak ajar arab? Macam mana nak ajar, aku sendiri tak pandai. Aku belajar english pun sambil aku jadi cikgu tadika. Mana ada tadika kat malaysia yang sepenuhnya berbahasa arab.

Nak pergi tusyen, masalah duit pulak. Betul, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Aku belajar english dan ajar anak aku english sebab english penting untuk kita survive dalam kebanyakan pekerjaan di malaysia.

Bukan tak belajar arab tak dapat faham quran. Quran ada terjemahan dia kan? Orang yang kondem sangat tu rajin tak baca terjemahan?

Apabila anda bandingkan negara kita dengan jepun dan korea, tahukah anda bahawa untuk bekerja di sana, anda perlu mahir menggunakan bahasa mereka? Adakah malaysia begitu?

Jika malaysia juga begitu, yang mana bahasa melayu menjadi syarat utama di dalam sektor pekerjaan, percayalah, tak ramai orang bersungguh mahu belajar english.

Ada juga komen yang aku baca berpendapat bila anak tak tahu cakap melayu, susah untuk dia berkawan. Nanti bila sekolah dia disisihkan sebab kawan tak faham dia.

Yang ini, ibubapa perlulah bijak. Jika anda dah bentuk anak anda macam tu, tak tahu langsung cakap melayu, janganlah masukkan dia ke tadika yang hanya menggunakan bahasa melayu.

Kesian budak tu. Banyak kan tadika di malaysia ni yang menggunakan dwibahasa. Jika persekitaran anda memang tidak menggunakan bahasa english, pastikan anak anda tahu cakap melayu sebelum dia sekolah.

Untuk anak aku, tiada masalah. Kami tinggal di ibu kota. Dia peramah, suka tegur orang. Dia pergi playground, kedai buku, jalan jalan kat mana mana, asal jumpa budak, dia akan tegur.

Setakat ni semua yang dia tegur mesti layan dia sembang sebab sama sama boleh speaking. Dan percaya atau tidak, anak aku speaking lagi advance dari aku. Banyak perkataan dan pronunciation dia cuma belajar dari tv. Aku pulak yang buka kamus bila dia cakap.

Tetapi, faktor faktor yang menyebab kecaman ni, aku tak salahkan netizen juga. Sebab aku pernah juga baca seorang ibu, dia ajar anak dia speaking sebab tak nak anak dia nampak bodoh.

Apooooo…… Dia cakap omputih tu bahasa je. Sama je dengan cakap melayu. Anak kamu speaking tak menunjukkan dia seorang yang pandai pun.

Dia cuma pandai speaking jelah. Tak ada benda nak bangga pun dengan anak boleh speaking, bagi aku lah.

Aku nak post video anak aku bercakap pun hati hati sebab kat ig dan fb aku ramai la jugak yang mindset budak speaking ni tak ada jati diri melayu. Tapi tu ig dan fb aku kan. Aku private lagi. Siapa tak suka, boleh je unfollow.

Wahai rakyat malaysia sekalian. Bahasa inggeris juga ilmu yang harus untuk kita pelajari. Bukalah minda dan mata anda bahawa di Malaysia bahasa inggeris sangat penting.

Bukan aku ketepikan bahasa melayu atau tidak bangga sebagai orang melayu, tetapi aku pilih untuk tidak mahu anak aku struggle seperti aku.

Aku nak dia fasih at least 2 bahasa terutama melayu dan english. Tetapi, nanti dia besar, cita cita aku mahu dia belajar di negara lain yang memerlukan dia belajar bahasa lain pula.

Adakah itu bermakna aku malu berbangsa melayu? Adakah bila dia keluar dan belajar bahasa lain, dia lupa bahasa melayu?

Kesimpulannya, tak perlulah bitter sangat sampai cakap bukan bukan bila tengok budak yang speaking dan tak tahu cakap melayu. Iya aku bitter sekarang. Aku bitter bila baca komen komen kasar anda terhadap ibubapa yang anaknya pandai speaking.

Tetapi kenapa anda perlu bitter terhadap cara didikan mereka terhadap anaknya sendiri? Budak tu tak masuk sekolah rendah pun lagi. Awal sangat nak judge. Bagi aku, selagi dia kat Malaysia, lambat laun tahu juga cakap melayu. Bahasa inggeris juga salah satu ilmu.

Tak berdosa pun ibubapanya nak ajar dia speaking pada usia muda. Memang bahasa inggeris penting pun di malaysia. Kita bukan kat jepun, korea atau china. Agama pula bidang lain. Tak semestinya dia speaking tapi tak diajar agama. Bukannya dia ajar anak dia bukan bukan pun.

Tak perlu bitter dengan cara didikan orang lain terhadap anaknya sendiri. Coraklah, bentuklah anak anda mengikut apa yang anda rasa terbaik. Lihat anak anda, dah cukup ke didikan untuk anak anda sebelum anda sibuk dengan cara didikan ibubapa lain terhadap anak anak mereka?

Bagi yang belum kahwin dan belum mempunyai anak, aku harap, tiada dari kalian yang komen sebegitu. Aku cuma doakan jodoh kalian cepat dan cepat dapat rezeki anak untuk kalian bentuk dan corak anak anak kalian sendiri.

Akhir kata, aku minta maaf jika apa yang aku cakap, pendapat aku, tak sama dengan kalian. Aku cuma meluahkan. Aku harap dah tak perlu kecam bila tengok budak yang pandai speaking sedangkan ibubapanya melayu tulen.

Lagi satu buat kaki kecam, kaki maki dan kaki carut, jika apa yang kita nak taip atau cakap bakal buat orang lain terasa hati, berhenti dari cakap atau taip.

Aku tak maksudkan untuk confession aku ni, tetapi aku bagitahu secara umum untuk apa apa saja yang anda jumpa, lihat dan baca. Jika perlu menegur, tegurlah secara berhemah. Sekali lagi aku minta maaf. Assalamualaikum.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bangangnya bangsa melayu ni ya, patutlah jadi bangsa yg mundur. Bila bangsa lain warganegara malaysia x fasih bhs melayu kemain korg kutuk, tapi diri sendiri pun x nak ajar anak sendiri bhs melayu. Dgn harapan “selagi dia duduk malaysia, pndi lah tu nnt bhs melayu”.

    Sbb tu ramai ank melayu yg dah remaja dah kerja pun msh x reti cakap bhs melayu. Alasan sbb anak yg blm masuk tadika tu nk belajar kt luar negara?? Hahahaha…aku belajar kt jepun, umur 18 baru belajar bhs jepun, ok je hidup kt negara mentari terbit tu. Yg bkn2 je org melayu zaman now ni punya pemikiran. Hakk tuihh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *