Assalamu’alaykum dan salam sejahtera. Aku terpanggil untuk berkongsi kisah, pendapat dan luahan rasa. Ianya berkenaan dengan kehidupan setelah berkahwin.
Kadang-kadang aku kagum bagaimana ibubapa mampu jaga 4, 5, 10 orang anak tetapi kita yang baru anak 2,3 pun perlukan pembantu rumah malahan minta ibu (terutamanya) dan bapa untuk jaga anak-anak kita.
Tidak sedikit aku dengar luahan rasa mak cik-mak cik mengadu sakit belakang dan tidak cukup rehat menjaga cucu di rumah.
Bagi aku kalau anak itu doktor atau tinggal serumah dengan ibubapa dan mertua bukanlah alasan meletakkan anak-anak di bawah jagaan ibumu. Itu bukan tanggungjawab nya. Itu tanggungjawab anaknya.
Namun sebab kasih seorang ibu, dia relakan sahaja anak menghantar cucu ke rumahnya untuk dijaga.
Alasan yang lain kerana tidak percaya anak dijaga oleh pengasuh namun aku fikir jika ibumu terpaksa berkorban lagi dan ‘menderita’ sakit pinggang, tidak cukup rehat kerana menjaga anakmu adakah ianya berbaloi?
Paling kurang gajikan ibumu. Bayar sebagaimana kalian bayar semasa menghantar anak-anak ke taska dan pusat asuhan kanak-kanak.
Tidak sedikit masa ibumu digunakan menjaga cucu yang aktif sedangkn umur ibumu sudah tua. Menjaga bukan sekadar menemaninya bermain..
Malah membasuh pakaiannya, masak makanan yang dimakan oleh anakmu, memberikan susu pada beberapa waktu, memujuknya jika yang kerap menangis, mendodoikan kalau mahu tidur.. yang jenis susah tidur pun satu hal kemudian basuh berak dan kencingnya.
Berusahalah sekuat yang mampu untuk gajikan pembantu rumah separuh hari daripada menyusahkan ibumu. Cukuplah ibu ayah menjaga kita dan adik beradik dahulu.
Ada yang buat PhD pun masih hantar anak-anak ke rumah orang tua. Itu anak-anakmu, kalian lah yang perlu didik dan kawal anak sendiri kerana ianya anak kita sendiri bukan anak kepada mak ayah kita.
Ianya sudah jadi trend generasi sekarang di beberapa kawasan ibubapa mengasuh cucu. Ada alasan mahu jimat duit jadi minta ibu atau ayah menjaga anak kita.
Jika ibu dan ayah yang meminta tidaklah mengapa tetapi jika anak-anak yang meminta masakan ibu ayah tergamak nak menolaknya!
Tolong ada common sense ya. Aku sedih apabila pengaduan ini sampai ke telingaku.
Sampaikan mereka nak berehat dan uruskan diri pun sukar di kala usia menua masih perlu menjaga budak, cucu yang dihantar daripada anak sendiri.
Kepada generasi muda jangan terlalu manja. Jadilah lasak.
Atur sendiri anakmu kerana ia anakmu bukan anak orang lain. Ianya nampak sukar namun jika betul-betul mahu anak itu tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Struggle itu biasa.
Bukan zaman ini sahaja ibubapa struggle jaga anak-anak but they can do it, why not us?
Jika sebelum ini generasi lama mampu menjaga 2, 3, 5, 10 seorang diri anak takkan anak seorang dua dengan banyak teknologi dan keindahan masih mencari emak di kampung untuk mengasuh?
Jika kita yang tinggal di luar negara beranak pinak tiada yang menolong, kita boleh pula berdikari.. please don’t take advantage on other people unless they asked for it ya.
Hidup kita tidaklah terlalu sibuk untuk menjaga 2 anak sendiri. Is just about your willingness, your priority, how you arrange your time, cooperate with your spouse especially anda memang tidak bekerja..
Jika bekerja sekalipun bukan bebankan ibubapamu sendiri ya. Even kalau PJJ ada anak, tidak bermakna ibubapa yang perlu dikorbankan.
Honestly aku dengar pengaduan seorang bapa yang berusia 60 tahun lebih masih lagi travel ke tempat lain bergilir-gilir menjaga cucu kerana anaknya terlalu sibuk bekerja.
Alasannya kerana mahu ibu ayah didik anak mereka belajar agama. Ya Allah, kesibukan apakah ini.
Ayahnya travel ke rumahnya dan tinggal di rumahnya 3-6 bulan untuk menjaga cucu. Cukup 6 bulan ibunya pula travel ke rumahnya.
Suami isteri ini bergilir-gilir travel untuk menjaga cucu sehingga masa untuk berehat dan bersama-sama keluarga sendiri di usia tua menjadi singkat.
Apakah perkara yang terlalu sibuk buat ibubapa zaman sekarang atau apakah lemah dan manjanya ibubapa zaman sekarang?
There are more option available at least bukan hari-hari ibubapa perlu jaga anak kita dari pagi sampai malam especially klau tinggal serumah.
Jaga hari-hari pagi sehingga petang sudah cukup melelahkan. Cukuplah menjaga anak kita 1-2 hari seminggu. Berilah mereka pula berehat di usia tua mereka.
Kalau tak kehendak serbu dalih kalau mahu seribu cara.
Sekadar nasihat dan peringatan untuk diri sendiri juga.
– Cuba yang terbaik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit