Assalamualaikum…
Video tema:
Raya 2006: Plastic Bowl
CNY 2006: My Son
Deepavali 2013: Our Deepavali
Aku dah lama nak confess pasal tindakan anak-anak zaman sekarang yang meninggalkan ibu-bapa mereka di rumah orang tua semasa musim perayaan.
Tetapi, aku menangguhkan niat ini kerana aku tak nak confession ini disiarkan semasa dekat dengan mana-mana perayaan, kang nanti mulut2 yang tiada insurans ni, sedap je petik kaum tertentu. Maklumlah, aku ni menghargai semangat 1 Malaysia.. kah2.
Dan, confession ini terpakai (baca: applicable) untuk semua kaum. Untuk pengenalan, aku merupakan volunteer di sebuah rumah orang tua.
Tahukah anda, disebalik anggapan bahawa penghuni rumah orang tua akan pulang beraya semasa musim perayaan, ianya adalah anggapan yang salah?
Sewaktu musim perayaanlah penghuni rumah orang tua meningkat kerana anak-anak ini merasakan bahawa sukar untuk membawa ibu-bapa untuk turut serta dalam aktiviti jalan-jalan.
Atmosfera di persekitaran rumah orang tua yang aku volunteer ni, sebijik macam yang dalam video-video yang aku petik di atas. Waktu kecil, aku tak faham kenapa la iklan-iklan perayaan di Malaysia dok siarkan adegan-adegan sedih.
Waktu musim perayaan, patutnya iklan gembira-gembira la, jalan-jalan dan makan kuih raya. Tetapi, pengalaman aku disini, mendewasakan aku.
Baru sekarang sel-sel otak bersambung kenapa la iklan-iklan musim perayaan memaparkan adegan anak-anak tak ingat ibu-bapa. Satu lagi, orang-orang tua di sini, mereka tidak mempamerkan kesedihan mereka di wajah. Diorang jeruk hati je.
Kadang-kadang, rumah orang tua ini akan ditutup semasa musim perayaan kerana ramai pekerja yang bercuti. Cuba teka, anak-anak ini akan hantar ibu-bapanya ke mana pula? Diorang akan hantar ke hospital kerajaan!!!
Taktiknya mudah je.. pura-pura call kata ibu atau bapanya sesah nafas, mudah-mudah dapat masukkan ke Paliatif Wad. Aku ada kawan kat Paliatif Wad yang bagitau kebiasaannya, katil-katil di Paliatif Wad akan sold-out seawal 2 minggu sebelum perayaan.
Ye Tuan-Tuan, dan Puan-Puan, bukan sahaja baju raya/cheongsam/sari kena tempah awal, katil di hospital juga begitu. Kenapa 2 minggu? Sebab kalau hantarnya dah dekat dengan musim perayaan, kantoi laaa korang nak campak ibu-bapa kat hospital.
Kawan aku cakap, kesalahfahaman orang awam yang menganggap Paliatif Wad sebagai pusat penjagaan orang tua (baca: daily care) adalah berpunca daripada kurangnya membaca dan tabiat orang Malaysia (baca: orang Malaysia = orang Kita) mengambil mudah.
Maka, selepas ini, korang bolehlah Bing apa itu Paliatif Wad dan forward maklumat tu ke whatsapp group keluarga dan jiran..haha
Sewaktu peringkat awal aku jadi volunteer kat rumah orang tua, ada terbit rasa marah dalam hati aku bila tengok anak-anak yang tak datang singgah/bawa keluar ibu-bapa mereka semasa musim perayaan. Tetapi, lama-kelamaan, perasaan aku beralih daripada marah kepada kasihan.
Aku kasihan kepada ibu-bapa yang ditinggalkan itu. Lagi-lagi kalau yang jenis pandai media sosial. Sedihnya tak boleh cakap la bila tengok mimik muka diorang semasa tengok anak-anak mereka yang sedang berjalan-jalan dalam dan luar- negara di Insta mahupun Facebook.
Kadang-kadang, aku sampai tegur kawan-kawan yang terlajak baik hati pi ajar orang tua kat sini cara nak cari akaun facebook anak-anak diorang.
Tujuan confession aku bukanlah untuk menyeru kepada para pembaca untuk menyerang atau memalukan anak-anak yang menghantar ibu-bapa ke pusat jagaan orang tua semasa musim perayaan.
Kerana selaku orang yang berada di dalam industri ini, aku faham bahawa setiap manusia mempunyai masalah yang tersendiri. Ingatlah kata pujangga;
Siapalah kau untuk menilai orang lain.
Yang aku harapkan ialah agar sekiranya ada anak-anak yang mungkin sebelum ini belum sedar (baca: sel-sel otak tak bersambung) dan mempunyai kemampuan, bahagiakanlah ibu-bapa anda.
Aku faham korang busy bekerja, sebabtu korang hantar ibu-bapa ke rumah orang tua agar mereka dapat dibantu/pantau dengan baik, tetapi, sewaktu musim perayaan yang di mana korang berjalan-jalan dan bergembira, usahakanlah dengan bersungguh-sungguh untuk membawa ibu-bapa anda bersama.
Akhir kalam, Mat Ri Ya untuk semua perayaan yang anda semua sambut.
– Insyallah, Abu Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit