Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih admin jikalau cerita saya terpilih untuk dipublish. Nama aku Nana. Umur 19, masih belajar.
Aku ni pengasuh tanpa bayaran. Kiranya aku ni boleh lah katakan sebagai pengasuh free. Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab aku dari umur 10 tahun lagi dah kena jaga budak kecil and baby. Aku rasa umur aku menjadi pengasuh ni agak muda tapi tak tahu lah dengan pandangan orang lain. Ceritanya macam ni.
Aku yang umur 10 tahun dulu amatlah sukakan budak². Bagilah aku 10 orang kanak² + baby sekalipun, aku akan jaga dengan gembiranya.
Masa ni badan aku agak besar dari kanak² biasa so nampak macam bolehlah diharap untuk menjaga budak. Start aku umur 10 tahun sampailah 15 tahun, kakak sepupu aku,
Kak Mimi selalu hantar anak² dia kat aku. Anak dia time tu ada 3 so dia hantar 2 adik saudara aku tu kat rumah setiap sabtu dan ahad.
Aku tak ada masalah langsung masa tu. Sukalah sebab ada kawan nak bermain kan. Masing² 4 tahun dan 2 tahun. Ketika itu aku langsung takde rasa rimas atau penat nak menjaga.
Walaupun aku sibuk dengan kerja sekolah dari hari isnin-jumaat ditambah dengan aktiviti kokum.
Mak aku pun pelik juga lah kenapa nak jaga anak orang juga dengan kerja sekolah aku yang berlambak. Padahal kakak sepupu aku tu suri rumah sepenuh masa.
Tapi aku start rasa macam dipergunakan lepas aku mencapai 16 tahun. Aku rasa aku ni dah jadi macam kuli nak jaga anak diorang.
Pernah sekali tu, ada kenduri kesyukuran kat rumah atuk aku. Ketika itu lah, semua kanak² akan ada. Anak² Kak Mimi, abang sepupu, makcik aku kat sana.
Dalam 8 orang jugalah aku kena jaga semuanya. Sendiri. Sepupu sebaya aku yang lain mana nak jaga budak² tu, tau main fon je.
Sepanjang kenduri tu, aku tak ada peluang nak makan langsung. Dari pagi aku tolong masak, lepas tu kena jaga budak² lagi hinggalah malam.
Nak minum air pun susah, takda seorang pun yang kisahkan aku dah makan ke belum. Kakak Mimi semua bersuka ria, bersembang tak hirau pun anak diorang langsung. Betul² harapkan aku yang jaga.
Aku dah bagitau diorang yang aku nak makan dulu, tapi diorang cakap “pergi je lah makan, apa susah,”. Aku terkejut. Habis siapa nak jaga anak²?
Budak² semua tu dahlah susah nak kawal, melompat, berlari sana sini lagi. Mereka terhantuk kepala di dinding, termakan benda kotor di lantai, bergaduh sangat biasa kalau anak² tu ditinggalkan bersendirian.
Nak tidurkan pun payah. Aku dapat makan selepas jam 10 malam time mereka semua dah nak balik dengan anak² diorang dah tidur.
Bukan peristiwa ini saja aku rasa aku dijadikan kuli, asal sahaja ada kenduri di rumah saudara, mesti aku yang kena jaga semua budak². Aku sorang je. Mak² diorang bersembang, main kad terup, main fon dan macam² lagi lah.
Diorang tahu menyuruh je, “Nana, mandikan si Mayang tu” “Nana, suapkan si Danish tu” “Nana, tengokkan si Ica tu, nanti terhantuk pula lagi”.
Itulah ayat suruhan yang aku dah start rasa muak nak dengar. Ketika itu, dah mula timbul perasaan dalam hati yang aku tak suka budak².
Aku mula rasa tak ikhlas nak jaga anak² diorang. Lagi aku hairan kenapa setiap kali cuti sekolah dan hujung minggu, Kak Mimi akan hantar anak² dia kat rumah sedangkan dia tu suri rumah sepenuh masa.
Apa dia buat kat rumah kalau tak jaga anak? Suami dia pun biar je hantar anak² kat sini. Kenapa aku yang kena jaga anak diorang? Aku sibuk dengan hal sekolah, aktiviti kelab, kokum dan pelajaran lagi.
Kenapa nak ganggu aku? Bukan senang nak jaga budak², kalau terlepas pandang sikit sahaja, mesti benjol kepala anak² tu.
Aku pernah juga tanya kenapa diorang nak hantar anak sini, diorang cakap hari sabtu ahad diorang nak hiking. Habis kenapa nak susahkan aku? Aku nak kena pergi sekolah hari sabtu ahad nak study group dan kerja lain lagi.
Perkara ni jadi lebih teruk bila abang sepupu, aku panggil abang Rashid pindah ke kawasan perumahan aku. Dia ni adik kakak sepupu aku, Kak Mimi.
Kak Mimi dah berhenti hantar anak² dia kat aku. Mungkin nak bagi ruang kat aku untuk jaga anak abang Rashid kot. Abang Rashid ni pun sama perangai macam kakak dia. Dia ni takda kerja tapi isteri dia bekerja.
Ketika tu aku jadi lepasan SPM, dia selalu hantar anak² dia kat rumah aku sebab dia tahu aku tak pergi sekolah lagi. Dia pula pergi melepak dengan kawan² dia kat warung entah mana.
Anak² dia, Masyaallah, lebih ganas daripada anak² kak Mimi. Semua barang rumah diorang baling², pecahkan pasu kaktus aku, tarik² langsir dan lompat² kat sofa.
Bukan tu sahaja, diorang langsung tak hormat aku. Diorang cakap benda tak baik kat aku dan cuba nak ugut aku kalau aku tak benarkan main² kat luar.
Selama aku menjaga budak², tak pernah aku rasa meluat macam ni. Time tu lah, aku betul² benci dengan budak².
Korang mesti rasa pelik kenapa aku tak tolak je permintaan Kak Mimi dan abang Rashid nak hantar anak diorang kat sini?
Sebenarnya, aku banyak kali dah buat alasan yang aku ada kerja nak buat, tapi diorang tak percaya dan cakap sengaja tak nak jaga anak diorang.
Diorang pun selalu ungkit pasal diorang dah jaga aku dari kecil sampai besar. Ketika kecil, memang diorang yang jaga aku sampai lah 7 tahun. Lepas 7 tahun, diorang berkahwin dan ada anak. Kira macam nak balas budi la nak jaga anak diorang tu.
Tapi walaupun diorang jaga aku time kecil, mak bapak aku memang akan bagi upah kat mereka. Dalam RM500 seorang dalam sebulan.
Aku ni jaga anak diorang betul² free of charge. Bukan nak mengharapkan balasan duit, tapi aku tak tahan dengan perangai mereka yang tak bertimbang rasa dengan aku langsung.
Mak aku pun dah cakap tak payah lah nak jaga lagi anak² diorang tu. Bukan bagi untung dengan aku pun. Penat adalah.
Kata mak aku, dia akan berbincang dengan mereka tapi hasil tetap sama. Tapi aku cakap kat mak, tak payahlah nak pergi bercakap dengan mereka lagi. Aku tak nak fikiran mak terbeban dengan masalah aku.
Sekarang ni, aku rasa macam aku ni orang jahat sebab tak suka kat budak². Aku tak tahulah kenapa. Aku rasa budak² takda salah apa² pun kat aku tapi aku benci diorang tanpa sebab.
Bila jalan di mana pun, bila nampak budak², aku mula rasa tak senang. Aku rasa sangat berdosa. Adakah aku ni jahat?
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit