Ibubapa: Takut atau Hormat?

Ibu bapa macam mana sekali pun mereka tetap mak ayah kita. Darah daging kita . Saya ada baca satu website ni . Ustaz tu cakap hak ibu bapa lebih besar daripada hak anak anak. Jadi andai kata ibu bapa itu menyakitkan hati anak anak , anak anak tak boleh ! Dan tak sepatutnya balas kembali , kerana pengorbanan mereka terlalu besar dan tak boleh kita pertikaikan.

Lepastu saya baca komen komen dekat bawah. Rata rata yang komen semua sedang kecewa , marah dan menyesal dengan sikap ibu bapa masing-masing.

sebagai ibu bapa, itu bukanlah jadi wadah untuk kita lukakan hati anak . Memang pada hakikat mata ibu bapa anak harus diajar seandainya tak betul di mata kita.Tapi itu tak bermakna yang kita boleh memaki hamun anak kita, mengherdik, mendera atau sumpah seranah anak kita. Ini akan develop satu perasaan kepada anak kita rasa takut bukan hormat.
Kalau anak takut dengan kita itu yang bawa kepada masalah akan datang . Masalah sosial dan masa depan anak yang tak pasti molek atau tidak.
Bila anak takut, lagi lagi kalau dari kecil asyik ibu bapa mengherdik anak dan memukul, sampai satu tahap nanti anak akan melawan balik . Itu yang jadi anak derhaka bila ibu bapa dah tua. Hantar ibu bapa ke pusat jagaan. Rasa takut mereka yang kita bina waktu kecil itu telah menjadikan mereka tiada rasa hormat terhadap kita. Dan menjadikan mereka hilang rasa sayang . Lagi lagi anak anak yang sedang bercinta. Mereka mendapat kasih dari orang lain dan merasakan ibu bapa ini hanyalah satu kisah silam yang menyakitkan.

Apabila herdik, perli atau memaki anak anak yang sedang meningkat remaja umur belasan tahun atau 20 an , (yang mana dalam fasa mengenali diri dan fasa nak memberontak) mungkin ada anak anak akan balas kembali dengan mengherdik kita kembali . Itu tak apa lah sekurang kurangnya dia tunjuk balik perasaan dia kepada kita dan itu boleh membuatkan anak anak akan menyesal suatu hari dan datang minta maaf kembali. Seandainya mereka sedar .

Yang jadi masalah kalau yang tak buat ada perasaan , lepas ibu bapa marah herdik tengking perli dll dia buat tak tahu je. Percayalah mereka anak anak ini sedang berlawan dengan perasaan mereka . Mereka tahu yang berdosa seandainya mereka marah kembali, mereka tahu yang ibu bapa lakukan itu untuk ‘didik mereka’ .
Tapi ini akan develop satu tekanan yang mana anak akan sampai satu tahap merasakan mereka tidak diperlukan oleh ibu bapa dan seandainya mereka tiada itu lebih baik daripada ada. Ni jadi kes lari dari rumah, habis belajar tak nak balik, kalau kes lagi teruk bunuh diri.

Trust me , manusia yang mana mana tiba tiba menjadi senyap , mereka semua ada masalah . Mereka perlukan seseorang untuk mereka luahkan rasa.

Tapi, anak anak kalau dah jadi senyap ,tak nak share apa apa cerita dengan kita, mereka lebih selesa bercerita kepada kawan dan berjauhan dengan kita . It show that they do not trust you . You will never have real talk with them.

Jadi lepas ni kalau anak anak tiba cakap
“ibu, nak tanya boleh?”
“Ayah , adik nak cerita ni ?”

Janganlah buat tak endah , jangan marah mereka, jangan potong bila mereka bercerita.mereka tetap manusia macam kita yang tak suka bila orang menyampuk . Just dengar . Dan bila habis dia bercerita , bagi komen dulu lepastu barulah cerita pasal kita pula.

Bila dah macam ni barulah anak anak akan rasa hormat dan selesa dengan kita. Mereka tak merasakan yang kita ni orang luar bila kita tanya perihal peribadi mereka.

Point saya dekat sini , saya mohon ibu bapa didik anak dengan harapan mereka hormat terhadap kita bukan takut dengan kita. Tak perlu sentiasa sinis dengan anak,
Jangan jadi bos kepada anak, tapi jadi pemimpin.
Kalau dah rasa anak anak dah ada simptom simptom no feeling bila kita marah , bila kita cakap buat tak tahu je, tak nak cakap dengan kita. Mohon ubah diri kita jadi ibu bapa yang lebih baik .

Jangan kita sebagai ibu bapa je harapkan anak datang minta maaf dekat kita, tapi kita tak nak minta maaf dengan anak anak.

Dan anak anak jangan terlalu keras hati dengan ibu bapa bila dimarah atau diherdik. Banyakkan bersabar dan berdoa agar dilembutkan hati ibu bapa dan kita.

Sekian

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit