Assalamualaikum semua. Nama saya Cg Izara, merupakan seorang pendidik di ibu kota. Ada kisah pelajar yang ingin saya kongsikan untuk kesedaran ibu bapa. Pelajar saya berusia 17 tahun, berasal daripada keluarga golongan T20. Ayahnya merupakan seorang Jurutera dan emaknya seorang peguam yang hebat. Pelajar saya ni adalah kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Kita straight to the point, pelajar saya ni ada masalah pembelajaran yang kritikal atau lebih tepat LEMBAM. Masalah yang timbul apabila parents pelajar terbabit tidak mahu mengakui yang anak mereka lembam. Semasa masuk ke tingkatan 4 saya mencadangkan kepada parents tersebut untuk menempatkan anaknya di kelas PPKi iaitu kelas program pendidikan khas. Tetapi ibu bapa berkenaan tak mahu kerana mahukan anak mereka belajar seperti orang biasa.
Apa yang berlaku sepanjang pembelajaran anak2nya selama lebih setahun, anaknya tidak boleh belajar langsung dan setiap kali peperikasaan anaknya akan mendapat keputusan almost gred G. Saya tidak putus asa untuk memberitahu ibu bapanya tetapi mereka mengatakan bahawa anak mereka hanya disleksia. NO! Anak mereka tulis semua huruf dengan betul. Tidak ada satu pun yang terbalik.
Saya kesian sangat pada pelajar saya dapat parents yang boleh saya katakan selfish. Mereka berjaya dalam akademik tak bermakna anak2 akan mengikut jejak mereka. Mereka kena fikir apa yang jadi jika lepas SPM mereka mendapat keputusan gagal. Sijil SPM tidak akan dikeluarkan untuk anak mereka. Jadi ke mana hala tuju mereka selepas spm???
Saya lihat banyak kelebihan duduk di kelas PPKi. Setiap hari ada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sdri contohnya membuat pastri, bancuh air soya dari proses merebus kacang sampai la tapis, buat manisan dan kuih muih, dan semua yang mereka buat itu akan dijual kepada guru2 sekolah. Di samping aktiviti tersebut, pelajar juga dapat pengalaman berniaga. Ada kalanya guru2 pendidikan khas membawa pelajar ke restoran untuk memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman bekerja sebagai waiter, pembancuh air dan tukang basuh pinggan. Anda rasa pengalaman ini dapat dekat pelajar aliran biasa? TAK.
Sekurang-kurangnya mereka mampu bekerja selepas SPM walaupun tiada pendidikan yang baik. Tapi apa akan jadi pada pelajar yang tidak boleh belajar tetapo berada di dalam aliran berkenaan? Saya tak tahu apa parents pelajar saya tu nak pada anaknya. Adakah dia nak anaknya jadi doktor?? Engineer?? Tidak semestinya berapa di aliran pendidikan khas anak2 tidak boleh berjaya. Kita tengok pada atlet paralimpik, Ziyad. Walaupun dia seorang yang lembam tetapi dia telah dipandang tinggi di mata rakyat Malaysia. Malah dah jadi jutawan segera tau.
Nasihat saya pada parents pelajar tersebut, masih belum terlambat. Selepas SPM nanti masukkan anak ke program kemahiran seperti baking, welding, repairing dll supaya mereka mempunyai ilmu yang bermakna yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Tuan dan puan banyak duit kan, apa salahnya laburkan kepada anak, bina satu perniagaan untuk mereka berdasarkan kemahiran yang mereka ada.
Usah lah memaksa anak berjaya dalam akademik jika mereka tidak mampu. Binalah peluang untuk mereka mencari pendapatan sendiri kelak. Guide mereka bagaimana untuk uruskan perniagaan, guide mereka cara menguruskan kewangan. InsyaaAllah anak tuan dan puan akan berjaya.
Sekian…
– Cg Izara
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit