Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca. First saya nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya confession saya ini disiarkan. Post kali ini bukanlah confession sangat, tapi lebih kepada pendapat dari saya mengenai sikap segelintir masyarakat kita.
Kebanyakan ibu bapa masih memilih dalam mencari bakal menantu, especially menantu lelaki.
Ramai ibu bapa yang mengimpikan bakal menantu mereka mempunyai taraf pendidikan yang bagus, kerjaya yang elok, datang dari keturunan yang disegani, mempunyai rupa paras yang elok dan sebagainya.
Tetapi masih ada sesetengah ibu bapa yang tidak menilai seseorang berdasarkan pangkat dan harta. Jadi, aku nak beri pendapat aku berkenaan ibu bapa yang sangat choosy dalam memilih menantu.
Sememangnya dalam Islam, kita diajar untuk mencari calon suami/ isteri berdasarkan 4 aspek. Andai ditakdirkan kita dipertemukan dengan seseorang yang memenuhi kriteria tersebut, Alhamdulillah.
Tetapi bagaimana jikalau anak kita menyukai seseorang yang tidak mempunyai kerjaya yang bagus?? Adakah kita sudi menerima seseorang itu menjadi salah seorang ahli keluarga kita?
Ada satu kisah, kawan baik aku ni aku panggil dia Ayu. Dia lepasan sarjana muda, bekerja di sektor pembankan dan masih bujang. Semasa zaman persekolahan. Ayu seperti gadis lain. Ayu ada cinta monyet, senior ayu masa sekolah dulu. Lelaki ni aku panggil dia Megat.
Megat dulu seorang yang nakal, malas belajar (kiranya budak nakal dan degil lah masa sekolah dulu). Mereka menjalinkan hubungan selama beberapa tahun sehingga hubungan mereka diketahui oleh keluarga Ayu.
Disebabkan faktor umur masing-masing yang masih mentah, keluarga Ayu memaksa Ayu memutuskan hubungan dengan Megat. Ayu seorang anak yang baik, dia dengar nasihat ibu bapanya.
Handphone Ayu dirampas oleh keluarga sebab mereka takut Ayu masih berhubungan dengan Megat. Ayu menjalani kehidupan seperti biasa. Namun,jauh disudut hati Ayu, dia sangat merindui Megat.
Selepas tamat persekolahan, Ayu melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda. Megat ketika itu juga sedang belajar di sebuah institusi lain. Walaupun tidak berhubungan, tetapi Ayu masih menyayangi Megat.
Satu hari, Megat menghantar rombongan keluarganya untuk merisik Ayu. Ayu bahagia sebab ini menandakan Megat bersungguh-sungguh menginginkan Ayu. Akan tetapi, lamaran Megat ditolak mentah-mentah oleh keluarga Ayu. Ayu mempunyai 4 sisters dan 3 brothers.
Abang-abang Ayu tidak membantah isu ini, lamaran Megat tidak diterima oleh kakak-kakak Ayu dan kedua ibu bapa Ayu. Akur dengan keputusan keluarga, Ayu menerima keputusan mereka untuk menolak lamaran Megat. Alasan yang diberi adalah Megat masih belajar dan tidak bekerja.
Keluarga Ayu mahukan seseorang yang mampu menjaga Ayu dengan baik. Sejak daripada itu, setiap tingkah laku Ayu diperhati oleh keluarga. Sehabis boleh, mereka tak nak Ayu berhubungan dengan Megat.
Ayu menghabiskan pelajaran dan mendapat pekerjaan. Umur Ayu makin meningkat tahun demi tahun. Walau bagaimanapun, hati Ayu masih tidak boleh menerima lelaki lain dalam hidupnya. Banyak lamaran yang diterima, akan tetapi Ayu menolak.
Ibu bapa Ayu mula mencari calon untuk Ayu. Ramai kenalan yang dipertemukan untuk mencari calon yang sesuai dengan mereka, akan tetapi lamaran akan ditolak atas sebab-sebab tertentu (sama ada Ayu yang tolak atau ibu bapa tak berkenan akhirnya).
Disebabkan Ayu berasal dari kampung, jadi penduduk sekitar mula mengata akan status Ayu yang dilabel sebagai ANDARTU. Ibu bapa Ayu makin rungsing sebab masyarakat kampung mula mengeta mengenai Ayu.
Tahun berganti tahun, lamaran yang diterima ditolak dan Ayu masih tidak menjumpai calon yang sesuai untuknya.
Satu hari, setelah bertahun-tahun tidak mendengar khabar berita, pakcik Ayu datang ke rumah dan memberitahu yang Megat menghubungi dirinya supaya pakcik Ayu boleh tolong sampaikan hasrat dia untuk meminang Ayu.
Disebabkan kisah lamaran ditolak, jadi Megat memulakan langkah dengan bertanya kesudian keluarga Ayu menerima dirinya sebelum dia menghantar rombongan meminang.
Kalini Megat sudah mula bekerja, tapi bekerja sebagai pembantu admin. Bukanlah doktor atau jurutera yang diidamkan oleh ibu bapa Ayu. Ketika Megat menyampaikan hasratnya untuk memperisterikan Ayu, Ayu sudah berhenti kerja atas sebab peribadi.
Ketika ibu bapa Ayu menerima hasrat (lamaran) Megat, mereka tidak terlalu gembira atas sebab-sebab lamaran Megat pernah ditolak ketika dahulu, jadi orang kampung akan mula mengata (bagai menjilat semula ludah sendiri).
Masyarakat kampung akan mula mengata yang mereka desperate menerima Megat hanya sebab Ayu makin meningkat usia. Sebab seterusnya adalah sebab Megat tidak mempunyai kerja yang bagus.
Megat mungkin tidak mampu memberikan yang terbaik untuk Ayu jika mereka berkahwin. Kakak-kakak Ayu tidak bersetuju akan hal ini disebabkan Megat ketika dulu popular dengan perangainya yang nakal dan degil dan juga malas belajar.
Tambahan pula, Megat hanyalah lepasan diploma sedangkan Ayu mempunyai sijil sarjana muda. Mereka mula merasakan Megat tidak setaraf dengan Ayu.
Mereka mahukan seseorang yang mempunyai pendapatan yang stabil, kehidupan yang stabil tanpa Ayu bersusah payah bekerja keras menanggung keluarga setelah berkahwin.
Abang-abang dan sanak saudara Ayu menasihati ibu bapa Ayu supaya jangan menjadikan harta dan kerjaya sebagai kayu pengukur untuk mereka menolak lamaran Megat kali ini. Megat sudah buktikan yang dia mampu mendapat pekerjaan dan masih ingin memperisterikan Ayu.
Ayu bersetuju untuk menerima lamaran Megat akan tetapi keluarga Ayu masih berbelah bahagi untuk menerima lamaran tersebut atau menolak. Walau pelbagai alasan diberikan keluarga, Ayu masih menyukai Megat dan dia menerima Megat seadanya.
Hasil pujukan dari ramai orang, akhirnya Ayu dan Megat disatukan walaupun Megat bukanlah calon yang mereka idamkan selama ini.
Pendapat aku untuk kes Ayu, ibu bapa berhak untuk memilih siapa yang akan menjadi suami kepada anak perempuan mereka. Tapi, biarlah alasan itu munasabah. Jangan jadikan harta dan pangkat sebagai ukuran. Rezeki dari Tuhan, tiada siapa boleh sangka dan manusia perlu berusaha.
Ramai pasangan yang aku lihat sekeliling aku, saat awal perkahwinan, masing-masing struggle untuk stabilkan kehidupan. Tetapi selepas berusaha, ramai yang berjaya meningkatkan kualiti kehidupan masing-masing.
Kita diuji dalam pelbagai aspek. Ada orang yang ada harta dan pangkat, tapi masih tidak bahagia.
Aku mendoakan sahabatku Ayu sentiasa bahagia disamping suami tercinta. Semoga kehidupan rumahtangga mereka diberkati dan dilimpahkan rezeki.
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit