Assalamualaikum semua, aku ada baca confession pasal ibu tiri yang pada awalnya ada kesukaran nak rapat dgn anak tiri dia, but then lama kelamaan hubungan dia dgn anak2 tiri dia semakin baik. Jujur, bila aku baca confession tu, rasa terharu sgt. Sebagai perempuan, susahnya dia nak ubah persepsi “Ibu Tiri” yang bila mana kita tengok dalam TV mostly yg jahat-jahat semua.
Bila aku baca confession tu, aku teringat kat mak aku. Mak aku juga mak tiri kepada anak2 bapak aku. Aku pun taktau kenapa bapak aku bercerai dgn isteri pertama dia, apa yg aku tau cuma lepas bercerai tu adik beradik tiri aku semua taknak dijaga oleh mak kandung diorang. Tak silap aku, diorang tinggal dgn nenek aku kt kampung. Kalau macam abang aku pulak, masa aku lahir (tahun 1995), baru dia mula duduk dengan family aku.Ok apa yg aku nak ceritakan ni sebenarnya, pasal mak aku, yg mana “Ibu Tiri” kpd abg tiri aku tu. Jujur, sejak aku lahir, aku dah terbiasa seolah-olah aku ni memang ada abang kandung walaupun sebenarnya mak aku cuma lahirkan 3 org anak perempuan (aku yg kedua). Bagi aku, takde istilah “abang tiri” or “stranger” pada diri dia. You know why ? by the way my mom treat him.
Mak selalu cerita, masa aku kecik-kecik dulu, bila mak aku tengah sibuk dengan kerja dia, abang aku yang jaga aku. Kalau aku nangis, abang aku yg bawak aku pusing2 area taman semata -mata nak diamkan aku. Bila dia balik kerja(dia kerja start umur 16+ macam tu laa), dia mesti belikan aku jajan. Nampak sgt sayang dia tu kat aku. Tapi, macam mana sayang abg aku kt aku, itu tak cukup gambarkan lagi betapa besar syg mak aku kt dia, walaupun abg aku tu tak lahir dari rahim dia sendiri.
Apa yg aku nampak, mak aku ni sygkan sgt semua anak2 dia. Tak kiralah kami yg anak kandung dia, mahupun abg aku sendiri. Masa mula2 dulu kami belum ada mesin basuh, mak lah yg basuhkan baju kerja dia. Pagi2 sebelum abg aku pergi kerja, mesti mak aku buatkan minum untuk dia. Kadang2 tu mmg lah jeles, sebab mak tak buatkan aku, but then aku rilex jee. Haha. Bukan setakat itu je, setiap kali pegi beli ikan kt pasar, mak takkan lupa belikan ikan fevret abg (abg suka sgt kt ikan tongkol masak singgang). Apa yg aku nampak, syg mak kt abg tu sama mcm mak syg kt kami. Apa yg aku gambarkan pasal “Ibu Tiri” dgn apa yg ada dalam TV tu semua lain sgt2 dgn cara mak layan dan syg kt abg. Pernah dulu abg eksiden, masa tu mak tgh sarat mengandung adik aku. Mak punya terkejut tu mmg takboleh kata. Naik pitam mak aku bila dgar abg eksiden. Eksiden teruk jugaklah abg masa tu, sikit je lagi kaki di nak patah. Luka dia tu sampai berbulan-bulan. Teruk sangat sampai makan nak bersuap. Yg jaga abg masa tu, mak sorg je, sebab kami adik beradik masih sekolah time tu. Bapak pulak kerja driver teksi, jadi mmg jarang sgt bapak kt rumah. Dengan sarat mengandung tu mak gagahkan jugak jaga abg siang malam :(
Itulah kenangan kami masa kecik2 dulu. Skrg ni,kami tinggal dekat rumah pembelian abg aku tu. Aku rasa bangga sgt bila abg belikan mak&bapak rumah. Perasaan dia takdapat aku gambarkan. Tapi itulah, aku dapat rasakan betapa rindunya mak dekat abg. Skrg abg dah tak tinggal dgn kami, dia pun dah kawin, dah ada anak. Aku perati je mak tunggu abang aku telefon dia setiap hari. Pantang bila abg ckp nak bermalam kt rumah, Satu rumah dia mop. Buakn dalam rumah je, mozek kt luar pun mak mop sebab cucu dia baru pandai berjalan. Excited lah katakan. Haha. Bukan itu je,semua perabot mak lap (taknak ada habuk la katakan, nanti cucu sakit pulak kena habuk. Haha) Bukan itu je, pagi2 lagi dah bangun sebab nak sambut anak cucu dia dtg rumah.
Bilamana aku tgok layanan mak pada abang, dari situ aku belajar. Biarlah dia cuma Mak Tiri, tapi syg dia pada anak2 dia semua sama rata. Terima kasih mak, sebab sedikit banyak aku belajar, bahawa “Ibu Tiri” tu tak sejahat yg org sangka :)
– Adik Abang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit