Saya telah berkahwin dengan seorang duda anak 3. Sebelum berkahwin, suami saya telah pun beritahu yang dia tidak mampu memberi apa2 kemewahan buat saya. Gajinya hanya cukup-cukup makan kerana terpaksa membayar nafkah anak dengan isteri terdahulu.
Dia tidak paksa saya berkahwin dengannya, terpulang pada saya jika sanggup susah senang bersama. Ibu saya merestui perkahwinan kami pada awalnya. Ibu saya seorang yang waraq sejak kematian ayah, saya sangka ibu dah betul-betul berubah. Namun, setelah berkawin, perangai lama ibu datang kembali.
Ibu saya sering menyiasat gaji suami, perbelanjaan rumahtangga dan anak-anak seolah-olah dia ingin mengawal gaji dan perbelanjaan saya. Setiap kali ditanya, saya hanya senyum dan jawab, “kenapa mak nak tahu? kami baik-baik sahaja,tidak ada yang kurang”.
Selalu juga ibu saya hulurkan duit terutamanya bila hari raya atau bila dia datang ke rumah saya. Mungkin dia anggap saya susah, kerana suami tak mampu beli rumah, kereta, dan kami hanya menyewa.
Tapi setiap kali dia bagi duit sepertinya tidak ikhlas. Ibu akan ‘moody’ bila nampak saya dan suami keluar makan di kedai dan beli makan di kedai.
Ibu juga menegur kenapa tidak masak dan makan di rumah saja. Seolah-olah duit yang diberinya kami joli.
Saya berpendidikan tinggi, mempunyai ijazah lanjutan dan mempunyai kerjaya yang bagus. Ada ketikanya saya penat bekerja dan tapau dahulu makan sebelum pulang ke rumah. Saya juga tidak kisah berkongsi rezeki dengan suami.
Untuk pengetahuan pembaca, adik beradik saya semuanya berjaya dalam hidup dan mempunyai jawatan yang tinggi serta bergaji besar. Mereka sering dibanding-bandingkan dengan saya oleh ibu.
Pernah ibu saya menuduh suami menghabiskan duit saya gara-gara saya meminjam wang dari kakak suatu ketika dulu.
Bukan saya kesempitan wang, tapi waktu itu saya dalam kecemasan dan perlu wang dengan segera. Takkan saya nak beratur di bank dan keluarkan ASB pada bulan Oktober? Sebulan kemudian bila dah gaji, saya bayar kembali hutang saya pada kakak.
Tuduhan ibu sangat membuat suami saya terasa hati. Walaupun suami bergaji kecil, dia tetap hulur wang belanja dapur, bil elektrik dan air RM1000 sebulan.
Suami tidak pernah komplen apa yang saya masak, semuanya sedap bagi dia. Telor goreng dan ikan masin setiap hari pun dia tak kisah. Suami juga sangat ringan tulang, selalu tolong saya mengemas, mencuci baju dan menguruskan apa sahaja urusan yang rumit bagi saya.
Nak dijadikan cerita, suatu hari ibu saya sakit dan tak dapat berjalan. Semua anak-anak menantunya yang disanjungnya mengelak. Macam-macam alasan diberi.
Suami saya tanpa banyak cakap, ajak saya balik jemput ibu datang ke rumah. Ibu tanpa segan silu datang seolah-olah tidak pernah buat salah pada suami saya.
Sepanjang berada di rumah saya, ibu tak banyak cakap. Mungkin sebab kakinya sakit. Suami saya pun ok, tiap-tiap pagi belikan sarapan buat ibu. Kaki ibu pun beransur sembuh.
Sebaik sahaja kakinya sembuh, mulalah balik perangai lama ibu. Dia dah mula perli-perli suami saya dengan ungkapan yang mengguris hati. Sampai saya tidak sengaja bergaduh dengan ibu gara-gara sikapnya terhadap suami.
Keesokannya ibu kemas barang-barangnya dan minta dihantar ke kampung. Saya dengan berat hati menghantar ibu pulang dan suami lansung tidak bersalaman dengan ibu selepas itu.
Sedih juga dengan apa yang berlaku. Namun saya sebagai seorang anak tersepit antara ke dua-dua insan yang saya sayangi.
– rina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit