Ibuku Menjadi Pengasuh Cucu

Berdasarkan tajuk tu, ya.. Itulah layanan ibuku kepada abang aku & isterinya.

Abang aku bukanlah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Tapi disebabkan hanya abang aku saja anak lelaki yang tinggal dirumah bersama kami anak perempuan kerana 2 orang lagi abang aku membesar bersama keluarga sedara aku.

Masa aku hampir di tahun akhir pengajian, abang aku berkahwin dengan seorang yang bekerja sebagai kaki tangan hospital. Jadinya sudah pasti memerlukan kerja yang memerlukan shif. Dan kini aku juga bekerja di sektor kerajaan.

Abang aku adalah anak yang paling ibuku manjakan. Pujian bermacam pujian. Sedangkan hakikatnya tidak seindah pujian yang selalu sedara2 aku dengar dari mulut ibuku. Sedangkan kebun sendiri pun, ibuku dan adik aku yang perempuan banyak uruskan.

Apa abang aku buat adalah duduk di rumah dan banyak menghabiskan masa dengan telefon. Tapi pujian ibu aku menggunung untuk abang aku.

Menjaga ibuku sakit, menghantar ibuku ke sana sini. Bagus itu dan ini. Sedangkan 1 pinggan pun tak mampu di basuh. Setiap kali mandi baju kotor akan dibiarkan atas lantai.

Merungut masak makan malam lambat padahal jam baru pukul 5 petang. Makan hanya makanan yang sedap. Bila ada makanan sedap yang dimasak pasti akan dihabiskan dan kami memandang makanan yang dilahap abang aku dengan hati yang geram.

Abang ipar aku juga duduk bersama kami.. Tapi abang ipar aku jauh beza dengan abang aku. Adakala abang ipar aku memasak untuk kami. Baju kotor akan diletak dalam bakul.

Selalu abang ipar tengokkan kebun ibuku. Tapi hasil kebun kami, mak aku akan bagi lebih pada abang aku atas alasan itu kebun abang aku juga & abang aku yang belikan baja dan sebagainya.

Adik, kakak aku, abang ipar aku dapat sedikit sangat walaupun mereka yang banyak bekerja. Siap kata abang ipar aku pemalas dan tak ada pujian lansung.mungkin sebab abang ipar aku orang susah.

Apa yang membuat kami adik beradik perempuan menjadi semakin kurang selesa. Bila mak aku sentiasa marah pada kami kerana belum memasak sebelum menantu kesayangan ibuku pulang dari kerja.

Hari-hari kami dimarahi kerana ibuku tidak mahu menantu ibuku balik ke rumah sedangkan makanan tidak terhidang. Ibuku tidak mahu menantu kesayangannya penat. Baju pun ibuku ambil basuhkan.

Padahal belum setahun menjadi menantu. Pernah aku menjawab kata-kata ibuku kerana aku sudah tidak tahan dimarahi. “Sedangkan selama ni dia tak ada, kami boleh masak, kami boleh makan”.

Sejak daripada itu ibuku semakin menunjukan muka yang tak suka pada aku kerana aku selalu membela kakak2 aku dan abang ipar aku yang mak aku selalu berkata buruk.

MAkin menjadi marah ibuku kepada kami bila ibuku terpaksa menjaga anak abang aku. Mungkin ibuku stress & penat menjaga anak kecik sedangkan usia ibuku sudah 62 tahun. Ibuku sudah tidak cukup rehat.

Sebelum ada anak abang aku, kerap kali dia minta aku hantar berjalan ke sana sini. Dapat berehat dan tidur yang cukup. Tapi sejak ada anak abang aku, tidur ibuku sudah tak menentu.

Tambah lagi dia perlu duduk di rumah kerajaan menantu ibuku. Ibuku lah yang memasak, kemaskan rumah dan menjaga anak abang aku. Sedangkan abang aku hanya baring di depan tv, main telefon. Langsung tak pandai buat susu anak, mandikan anak, tukarkan pampers anak.

Aku sudah nasihatkan untuk upah pengasuh tpi ibuku kata takut kes dera dan sebagainya. Tapi aku tau sebabnya kerana kewangan abang & menantu ibuku. Sanggup ibuku bersusah payah.

Isteri abang aku pulak susah aku nak cakap.. Kadang2 kite sebagai perempuan atau menantu boleh berfikir sendiri. Anak abang aku tu dah mula makan bubur. Tapi isteri abang aku langsung tak buatkan air untuk sarapan pagi. Sekurang kurangnya tanak lah bubur untuk anak tu.

Tapi mak aku juga yang tanak kan bubur untuk cucu dia setiap Pukul 7 pagi.. Kalau dah tau tak sempat nak siap pergi kerja, bangun lah awal untuk siapkan keperluan anak.

Ini tak, pagi2 mak aku basuhkan semua botol susu. Sediakan air panas. Masakkan bubur sampailah anak buah aku dah umur hampir 2 tahun. Apa menantu ibuku buat cuma bangun tido dan siap pergi kerja.

Pada kami yang lain..?? Sentiasa ibuku mencari kesalahan kami. Aku yang bekerja baru belum cukup 4 tahun, sudah belikan barang kemas untuk mak aku. Belikan motor untuk kegunaan mak aku. Setiap bila duit belanja. Tapi ibuku cakap aku tak sara dia macam abang aku.

Aku jagakan mak aku sakit, belikan macam-macam ubat yang mak aku nak. Tapi mak aku cakap, abang aku seorang yang jaga masa dia sakit,belikan macam-macam untuk dia.

Pernah terjadi 1 hal, abang aku kesempitan duit untuk sesuatu projek. Ibuku call aku dan merayu untuk aku buatkan loan sebanyak puluh ribu ringgit.

Padahal aku dah berniat untuk membaiki rumah bila dah bekerja. Siap berkata, “kau anggaplah ini balas jasa abang kau”. Balas jasa.?? Abang aku cuma hantar dan ambil aku setiap habis sem. Itu pun aku mintak supaya jangan ambil kerana aku boleh balik naik bas.

Tapi mak aku mesti akan memaksa abang aku hantar dan ambil aku ke kolej untuk menunjuk2 pada sedara mara aku. Aku terpaksa kerana di paksa ibu sendiri. Tapi kini, aku yang menanggung hutang bank sendiri.

Pembelanjaan bulanan aku sudah tidak cukup. Alasan abang aku dia akan bayar bila dah ckup kumpul duit. Tapi sepanjang bulanan loan bank aku yang bermeninggal duniaan menanggung sendiri.

Berbalik pada hal mak aku. Banyak kali dia merungut sejak kebelakangan ini. Pernah dia berkata.. Beli lauk selalu menggunakan duit dia sebab abang aku dan menantu dia tak akan bagi duit selagi ibuku tak minta.

Kadang2 aku pelik setiap bulan duit yang aku kirimkan akan cepat habis. Selepas aku tanya adik aku baru aku tahu dia banyak menggunakan Pembelanjaan sendiri di rumah abang aku dan isterinya.

Pernah juga dia merungut menjaga anak abang aku setiap hari. Tapi isteri abang aku hanya pernah bagi Rm50 saja. Sedangkan menantu ibuku akan selalu berikan belanja RM1000 sebulan kepada ibu bapanya.

Sudah banyak kali aku memesan pada ibuku untuk meminta abang aku carikan pengasuh. Anak mereka semakin lasak sebab makin membesar.

Pernah sekali tolong menjaga, secara tak sengaja anak abang aku terhantuk dinding secara tak sengaja. Teruk aku dimarahi ibuku. Sejak daripada itu aku memang kurang dengan anak sedara aku sebab apa yang jadi akan dipersalahkan.

Sedangkan digigit nyamuk pun kami yang dipersalahkan. Sebab tu aku lebih manjakan anak kakak aku dan abang ipar.

Baru-baru ini, menantu ibuku gunakan motor yang aku beli setiap hari pergi kerja. Tapi aku yang bermeninggal duniaan membayar bulanan motor.

Aku ada minta bayarkan motor sebab menantu ibu aku yang guna. Tapi ibu aku memarahi aku. Sedangkan aku nak buat apa-apa semua tak boleh untuk aset masa akan datang. Bila aku minta baiki motor lama tu dikatakan aku berkira.

Kepada anak2 yang berumahtangga.. Kesian kan lah ibu y korang semakin berusia.. Mak kita dah penat besarkan kite dulu. Mengasuh cucu dan bermain dengan cucu tu berbeza. Masing-masing kenalah tahu peranan dalam rumah tangga.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *