Ibuku Sayang

Hai assalamualaikum. Sedikit pengenalan, saya anak tengah dari 6 adik beradik.

Ayah sudah meninggal dunia kerana serangan jantung dan secara mengejut.

Jadi ibu adalah satu-satunya yang sangat merasai kehilangan, kesedihan yang melampau kerana hilang teman kemana-mana.

Ibu adalah seorang yang tidak ada kawan, tidak berminat untuk join mana2 persatuan. Yang dia suka kemas rumah.

Hanya suka keluar dengan anak2 sahaja. Tetapi hanya dengan anak 3 atas sahaja. Jadi setiap hujung minggu anak 3 atas ni kena pasti balik ke rumah dia.

Tidak boleh ada alasan nak pegi rumah mak mertua atau jalan2 dengan keluarga kecil. Kalau tidak sepanjang minggu akan masam, tak nak angkat call, tak nak bercakap.

Yang 3 atas tinggal rumah sendiri yang jauhnya dalam 1 jam perjalanan.

Yang menjadi tanda tanya, wujud kah ibu macam ni?

Bila mana kehendak dia tidak dipenuhi, dia akan mendoakan yang tidak baik pada anak2.

Tapi anak 3 bawah ditatang bagai minyak yang penuh, boleh keluar dengan kawan sampai lewat malam pun tidak apa.

Walau mereka masih bujang. Duit di labur boleh beli apa sahaja walau harga ribu2.

Sedangkan yang 3 atas kalau mengadu duit tak ada pun dimarahi kerana pilih suami miskin.

Walhal menantu yang 3 atas ni lah yang selalu ikut sahaja kemana dia nak pergi, beli apa saja apa yang dia minta tanpa membangkang.

Balik rumah ketika cuti, tv tidak dibenarkan pasang. Kipas bawah disorok, hanya benar guna kipas atas.

Bilik anak2 bujang yang lain tidak dibenarkan masuk kecuali untuk solat.

Jadi bagaimana nak rasa gembira bila pulang rumah ibu kalau menantu dilayan macam hamba.

Tapi bila ibu mendoakan yang tidak baik pada anak2, cucu2 dan menantu.

Saya hanya berdoa semoga Allah SWT akan berikan kegembiraan, ketenangan dan kemurahan rezeki buat ibu.

Walau ada niat juga ingin melawan sebab apa yang dilemparkan tidak benar, contoh kami melebihkan suami dari dia, tidak ingin pulang melawat dia (kadang ada hujung minggu tidak dapat balik), tidak ikhlas melayan dia (hurm), tapi saya diam.

Tidak mahu selisih faham dengan ibu kerana dia sudah tua.

Tetapi sejujurnya dia ibu yang hebat tetapi mungkin sedikit kesunyian selepas ayah pergi, jadi ada banyak masa terluang memikir yang negatif untuk anak menantu.

Ditambah pula ibu mertua ibu yang banyak meninggalkan kesan trauma pada ibu. Selalu di fitnah.

Bila minta dia luangkan masa yang banyak utk belajar mengaji atau belajar agama, dia bagi tahu malu sebab dia lemah agama, tidak ada sesiapa nak hantar (walau dirumah ada lagi adik bujang).

Saya berharap sedikit pandangan dan nasihat anda semua.

Terima kasih sudi baca.

– Uda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *