Assalamualaikum kepada Semua pembaca. Tajuk pun korang dah tahu rasanya.
Awalnya ibuku tidak begitu sukakan kucing. Bagaimana pun, setelah usia 60an, bermula dari 4 tahun lalu, ada anak kucing sesat, yang masih menyusu, di tinggalkan emaknya, meraung-meraung (mengiau) kelaparan.
Ibuku telah mengambil, menjaganya, menyusui sehingga ia membesar dengan gemuknya. Kami namakan Putih.
Putih keseorangan (ayat apa… kebinatangan… tak kene pula) di dalam cage, adik ku telah memasukkan Hitam yang hampir sebaya dengan putih dalam sangkar. Mereka happy walaupun dalam sangkar, kedua-duanya jantan.
Satu hari ada seekor baby kucing sampah (warnanya hitam/ putih / kuning… ku fikir warna sampah), telah masuk kedalam enjin ayah ku. Dengan rasa belas kasihan, ibuku telah memasukkan 3 ekor dalam sangkar. Kucing sampah ini ku namakan Pah.
Penuh dah sangkar, jadi kami renovate rumah kucing. Ayah ku membelikan sangkar 3 tingkat untuk 3 ekor kucing.. Aku cantumkan 2 tingkat yang kecil ke 3 tingkat.
Nampak happy ke 3 ekor kucing di dalam tu. Sangkaan ku sahaja. Rupanya putih merana. Ku lihat putih menahan kencingnya dan keluar darah.
Jadi kami ke vetenary untuk membuat check-up. Rupanya si putih tidak suka bercampur dengan kucing lain, frust, vetenary menyuruh sama ada mengasingkan tandasnya atau mengasingkan cage.
Jadi lebihan cage, kami masukkan si putih, badan dah gemuk satu sangkar 2 tingkat, pada ku kecil. Walaubagaimana pun si putih alhamdulillah sihat.
Aku dah menyuarakan kepada ibubapa ku supaya melepaskan ke tiga-tiga ekor kucing, tetapi mereka risau kucing-kucing mereka tidak dapat adapt/ menyesuaikan diri dengan kucing lain.
Takut dilanggar kereta. 4 tahun putih dalam sangkar. Kadang kala apabila aku datang ke rumah ibuku, mereka, ku lepaskan keluar dalam rumah. Kesian pun ada.
Tapi yang membela mereka adalah ibuku, manakala ayah ku tiada masalah kewangan untuk membelikan makanan yang mahal-mahal untuk kucing-kucingnya.
Suami ku menyuarakan rasa tidak puas kerana kucing-kucing tersebut dalam sangkar, beliau kesian dengan kucing kerana tidak seperti kucing lain, bebas, mencari makanan sendiri.
Aku hanya datang hujung minggu untuk membasuhkan najis, bubuh wangi-wangian. Main-main Bersama si gemuk bertiga.
Ibu ku menukarkan pasir sekadarnya kerana beliau pun tak larat. Oleh kerana putih, hitam dan pah tidak dilepaskan, mereka menjadi gemuk dan comel… hehehe…
Dari segi pemakanan, ibubapa ku menjaga dengan baik, perubatan juga, kucing sangkar ni lebih cerewet, senang sakit. Tapi aku macam pernah dengar yang tidak boleh mengurung haiwan.
Apa pendapat tuan-tuan, sekiranya aku nak suruh ibuku membebaskan kucing-kucingnya. Mungkin juga tiada anak-anak duduk bersama, ibuku mengalihkan tumpuan kepada kucingnya.
Di usia-usia emas ni, anak-anak sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing, jadi ibu jaga kucing. Walau bagaimana pun, aku pun suka kucing. Tapi masa menyekat untuk aku adopt kucing.
Ibu ku hanya memberikan makanan sahaja, melepaskan untuk bermain-main dalam rumah, beliau tidak larat kerana kucing-kucing tersebut gemuk.
Peah suka kucing – stray cat je… bukan kucing mahal.
– Peah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit