Bila makin besar, makin ku kenal sejarah ibuku yang agak sadis dan ibuku memang seorang yang kuat. Ibu sendiri ada background family yang menyedihkan lagi2 ibu anak sulung, tanggungkawab ibu lebih dari adik beradik ibu yang lain. Ibu belajar sampai tingkatan 5 dan terus kahwin dgn ayah tanpa kenal satu sama lain.
Sepanjang kahwin ayah layan ibu macam kuli.. Makanan takde mengamuk, apa2 yang tak kena nanti keluarlah perangai ayah.. Semua kerja ibu yang buat.. Duit susah sangat nak bagi. Menyakitkan hati lagi ayah boleh belanja kawan2 dia kat luar tapi kat rumah sendiri anak2 isteri tak makan. Duit tu kalau boleh habiskan kat perempuan lain.
Oh ye, dari anak sulung lagi, ayah dah buat cubaan untuk kahwin lain. Rumah bersepah pun mengadu kat perempuan lain. Waktu ibu mengandung, ibu juga lah yang uruskan sendiri.. Jalan kaki pergi klinik semua sendiri. Anak pertama ibu meninggal lepas seminggu sbb masalah jantung. Dan selepas2 itu lahir lah kami.. Tapi antara kami ada dua kali keguguran.
Lepas bersalin takde istilah pantang. Kalau nampak rehat sikit ayah kata ibu pemalas. Ugut cerai tu banyak kali dah dengar.. Mentang2 la ibu tak kerja. Mcm mana nak kerja, anak ramai lepastu tanggungjawab anak2 memang harap kat ibu je lah. Kuatnya ibu.
Kalau education kami adik beradik, ibu yang bersungguh nak hantar pergi sekolah. Nak pergi sekolah pun masing2 antara kami adik beradik rasa kesusahan masing2 tambah pula kami bukan orang yang berada dan senang. Ibu je yang beriya nak hantar anak2 pergi sekolah agama tapi ayah tak nak sebab tak de duit. Tapi ibu juga yang usaha cari duit untuk beli pakaian kami untuk ke sekolah agama.
Sampai hari ni ayah tak berubah. Mertua ibu pula waktu sihat suka cari salah ibu dan waktu tu saya kecil lagi. Bila mertua ibu sakit terlantar, ibu juga la yang jaga makan minum, tukar kain lampin dan lain2.. Mulianya ibu. Jap, tibe2 sebak pulak hahaha.. Ayah??
Saya tak cerita la macam mana ayah layan nenek (mak nya sendiri) sebab nenek dah pun kembali ke rahmatullah.. Ibu dan kami adik beradik mandikan, kafankan, solatkan dan tahlil ramai2. Ayah duduk je.
Sorry kalau cerita ini pendek sangat sebab saya hanyalah seorang anak. Cerita yang saya tahu selama ni pun saya tahu secara berperingkat.
Hari ni, kekuatan ibu ialah kami 9 adik beradik yang masing2 ada karakter sendiri… doktor, guru, engineer, accountant dan adikku satu-satunya huffaz 30 juzuk dalam keluarga kami dan sekarang di bidang farmasi.
Mungkin biasa je bagi orang lain, tapi itu satu kejayaan ibu yang besarkan kami dengan macam2 ujian dan background yang tak seberapa. Jadi kehidupan kami hari ni ringan lah sikit bila semua dah besar, masing2 tolong ibu. Apa2 kami akan berpihak pada ibu.
Alhamdulillah tanpa ibu siapalah kami hari ini. Terima kasih ibu, jasa ibu tak terbalas. Doakan saya dapat bawa ibu pergi umrah sama2. InsyaaAllah tu harapan satu hari nanti.
Tak tahu la cerita ni dapat bagi inspirasi ke tidak. Cuma, setiap ujian yang Allah bagi, di akhirnya mesti ada kemanisannya sendiri dan jangan pernah putus harap darinya <3
Terima kasih sudi baca, Assalamualaikum.
– A
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit