Ibuku VS Mertuaku

Assalamualaikum. Aku Ema Chom. Aku nak ceritakan pengalaman hidup aku yang sedikit aneh.

Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aku masih mempunyai ibu ayah dan adik beradik kandung. Tapi jujur cakap yang aku lebih selesa hidup dengan keluarga mertua daripada keluarga sendiri.

Walaupun aku dah berkahwin, aku tak boleh keluar dari rumah ibu aku sebab aku anak last dan itu syarat yang diberikan kat aku.

Cerita bermula bila negara kita diisytiharkan PKP pada bulan 3. Pada akhir bulan 3, aku berhenti kerja sebab aku terima tawaran kerja ditempat baru dan dijangka mula pada 1 april. Suamiku pula baru bertukar kerja pada februari 2020.

Jadi, bila diumumkan PKP, tempat kerja baru aku umumkan yang gaji aku pada bulan pertama akan diberikan basic sahaja iaitu RM1800 je sebab kerja dari rumah.

Jadi segala elaun akan dipotong. Aku dah mula sedih. Sebab bayangkan lah, gaji yang ditawarkan ialah RM2500. Tapi bila dikatakan hanya basic sahaja yang akan dibayar, jadinya memang sikitlah gaji aku pada bulan tu.

Korang bayangkanlah, komitmen aku RM1600 setiap bulan. Dan pada bulan april tu aku hanya dapat gaji sebanyak RM1800. Aku dok fikir apa yang aku boleh buat dengan RM200 tu.

Gaji suami aku rendah daripada aku. Dalam RM1500 dia dapat. Tapi dia ni seorang yang rajin cari duit tepi. Memang macam2 dia buat. Alhamdulillah setakat kalau aku minta duit untuk susu dan pampers anak memang dia boleh bagi.

Tapi disebabkan pkp, tempat kerja dia pun bayar gaji separuh je. So kat sini aku memang sedih sangat. Memang down gila time tu. Setiap hari aku menangis.

Lepas tu lepas bincang antara aku dan suami, aku cakap yang aku cuba minta tolong parents aku untuk tangguh bayar belanja dorang untuk bulan tu.

Aku ceritakan situasi kewangan aku dan suami kat ibu aku. Tapi apa jawapan yang aku dapat daripada ibu aku amat menyedihkan.

Aku bagi parents aku duit belanja tiap bulan RM700. So aku fikir, kalau aku dapat tangguh bagi belanja bulan tu, so takde la aku terduduk sangat kan.

Tapi bila ibu aku bagi jawapan “habestu, ko duduk rumah ni makan minum tu free ke?” Jawapan ni memang aku akan ingat sampai mati dan memang bagi aku kesan yang amat mendalam.

Aku menangis beriyaiya time dapat jawapan macam tu. Aku terus cakap dengan suami “malam ni kemas baju, esok kita balik rumah mak awak.”

Lepas tu memang malam tu aku kemas baju sambil nanges teresak esak sebab tak sangka yang ibu kandung aku sendiri tak boleh nak faham keadaan semasa aku.

Ya! Aku faham, makan minum aku tak free kat rumah dia. Tapi aku akan bayar belanja dia tu once kewangan aku stabil. Tapi apalah nasib ku ibuku tak memahami aku.

Jadi, esoknya pagi2 aku dan suami balik rumah mentua. Aku dan suami sama daerah. Jadi masa PKP pun, kami masih boleh balik kampung.

Aku memang sedih betul masa tu. Malam tu masa kemas baju, aku mesej kakak ku cerita kan keadaan ku. Alhamdulillah aku ada kakak yang sangat memahami.

Dia terus transfer RM500 kat aku. Dia kata “ambillah ni untuk duit susu dan pampers anak. Tak payah ganti duit ni” memang malam tu kami berdua beradik drama air mata dalam fon.

Aku balik rumah mentua aku selama dua minggu. Memang masa tu aku sedih sangat bila kenangkan jawapan dri ibu ku.

Ya! Ibu ku memang sejenis yang pandang harta benda. Itu yang aku nampak selama aku jadi anak dia. Siapa anak yang dapat bagi dia kemewahan, itulah anak yang akan disayangi.

Aku memang tak mampu nak berikan semua tu. Aku hanya mampu memberikan dia seorang cucu untuk menemani hari2nya.

Dua minggu aku duduk rumah mentuaku, mak mentuaku melayani kami sungguh baik. Mak mentua aku ni jenis tak berkira dengan wang ringgit. Nak makan apa, cakap je. Mesti dapat.

Aku memang lebih manja dengan keluarga mentuaku. Pendek kata, mak mentua aku lagi faham dengan keadaan kami.

Masa PKP tu, aku cerita masalah kewangan kitaorang. So dia memang keep asking “cukup tak duit nak beli susu? Pampers ade lagi tak?”.

Sampai mak mentua aku caakp kat suami aku “bulan ni tak payah laa bagi mak dan ayah duit belanja. Guna duit tu untuk anak bini je. Nanti dah cukup duit baru bagi mak n ayah”.

Hmmmm kadang aku sampai terfikir, “kenapa ibu aku tak boleh nak faham aku sama macam mak mentua aku faham aku?” Memang aku sedih sangat bila kenang kan semua ni.

Ada yang cakap hidup aku pelik. Sebab selalunya ibu sendiri yang akan faham keadaan anak dia. Tapi aku tak. Mak mentua aku yang faham aku lebih dari ibu aku sendiri.

Ibu aku jenis yang tak boleh nak fikir hati besan dia. Kalau ikutkan dia, dia memang tak bagi aku duduk lama kat rumah mak mentua aku sebab dengan alasan dia rindu cucu dia.

So aku kadang cuma bagi alasan “selalu sangat dah dia (cucu) kat rumah ibu. So apa salahnya kalau kalini dia (cucu) ddk rumah nenek dia ni lama sikit”

Kadang tu, apa yang aku nampak ibu aku sayang anak aku je. Kalau aku tak de pun takpe. Asalkan anak aku ade dengan dia. Hmmmm. Memang sedih hidup aku ni.

Okay lah, itu je nak luahkan. Sekarang ni aku memang kerap ajak suami balik rumah mak dia, sebab aku lagi suka duduk rumah mak dia dari duduk rumah ibu aku. Sebab aku selesa dengan kehidupan kat rumah mak dia.

Sampai sekarang hati aku masih bersedih dan terluka bila ingat balik kata2 ibu aku tu. Hmm. Tapi dia kan ibu. So tak baik kan kalau kita berdendam, aku dah maafkan dia. Tapi hati aku masih sakit dengan tingkah laku dia.

Takpela, semoga Allah dapat padamkan luka dihati aku ni. Aamiin. Doakan semoga aku dan suami sentiasa dilimpahkan rezeki yang halal dan cukup. Aamiin. Terima kasih semua.

– Ema Chom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *