Ibuku Wanita Hebat

Assalamualaikum. Mulanya aku takut nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku sebab pernah aku baca luahan orang lain dapat kecaman. Namun aku tak tertanggung lagi untuk menahan seorg diri. Dan kali ni aku terima jika ada kecaman.

Aku hidup dalam keluarga yang bahagia bersama 4 orang adik beradik, ibu dan ayah. Tahun demi tahun aku nampak ibu sentiasa diduga. Ibu bagai telan semua pahit seorang diri.

Namun tahun 2023 adalah tahun yang gelapkan hidup ibu. Ujian yang tersangat lah besar dalam hidup ibu. Ayah kantoi curang dengan rakan kerjanya sendiri yang aku namakan Zura.

Ibu tak pernah tunjukkan kesedihan dia selama ni tapi tahun tu dia tak dapat sembunyikan kesedihan dan kesakitan dia pada aku. Dan aku tempat dia mula meluah.

Ayah bukan pertama kali curang. Mungkin itu kali ke 3. Namun dengan 2 wanita yang berbeza. Maksudnya pertama adalah wanita lain, kedua dan ketiga adalah wanita yang sama.

Ibu pernah minta Ayah jaga ikhtilat selepas kantoi yang pertama. Namun cheater always be a cheater bagi aku. Ayah simpan wanita bernama Zura itu hampir 3 tahun. Dan tahun ketiga itulah Allah tunjuk kan segalanya pada ibu sehingga lah hari ini terbongkar semua yang cuba dirahsiahkan.

Ayah terlanjur bersama Zura. Atas kerelaan mereka berdua. Sebelum tu ibu dan Ayah bergaduh sebab ibu dapat rasakan yang mereka berdua pernah bersama, namun Ayah nafikan sekeras2nya sehinggalah ibu cuba untuk cederakan diri dia. Barulah ayah mengaku semuanya.

Ibu terduduk. Aku hanya mampu lihat dan takut ketika itu. Ayah mengaku telah hanyut jauh bersama Zura. Berada di negeri orang yang jauh dengan keluarga.

Ayah dan Zura ibarat pasangan. Selalu keluar bersama. Dan tak perlula aku detail kan apa yang mereka buat. Korang mesti dapat agak.. Ayah lupa ibu. Ayah layan ibu seperti terpaksa. Sedihkan jadi ibu yang setia dengan ayah.

Aku nampak raut wajah ibu sangat kecewa dengan ayah. Ayah merayu mohon maaf dekat ibu namun ibu tak dapat menahan emosinya. Bagi aku, ibu memang punya instinct yang sangat kuat. Semua yang dia rasa semua Allah tunjukkan pada dia walaupun sakit dan perit.

Aku pernah dengar ibu doa supaya ayah berubah dan bertaubat. Ibu dapat rasakan Zura dan ayah dah terlalu jauh. Ibu selalu meluah kan rasa dalam hatinya pada Allah. Aku curi2 dengar.

Aku pernah dengar ibu merayu berikan dia jalan keluar dari kesedihan dan kesakitan luka yang dalam ni. Ibu menangis, meratap ujian hidup dia bersama ayah orang yang dia sayang satu ketika dulu. Namun kali ni ayah adalah orang yang terakhir dia sayang.

Ibu minta Allah tunjukkan apa lagi yang ayah buat belakang dia.. dan ya,, Allah makbulkan doa ibu. Allah beri dia rasa kurang sayang pada ayah.

Allah tunjukkan satu demi satu selama ini yang ayah sembunyikan. Sehingga ayah sendiri menjadi sakit dengan perbuatan dia. Ibu pernah cakap dekat aku kenapa ibu rasa kurang sayang dekat ayah sekarang. Aku hanya mampu senyap.

Setahun berlalu, aku nampak ayah berubah. Ayah mula jaga ibu. Baik dengan ibu. Sweet sangat dengan ibu. Namun apa yang aku lihat adalah ibu tak sama macam dulu. Kalau tidak, ibu lah yang paling happy kalau ayah balik dari KL. Oh ya ayah aku bekerja di KL.

Muka ibu pun sendu tak happy macam dulu. Aku tahu ibu sangat trauma dengan ayah. Ibu pernah menangis tiba2. Ibu pernah meraung dalam bilik. Ibu pernah juga lama dalam bilik air sambil shower terbuka dan aku terdengar dia menangis.

Aku sedih. Aku kesian dekat ibu yang banyak berkorban demi keluarga ni. Ibu orang yang bekerjaya. Ibu punya degree. Kerja ibu pun bukan biasa2 namun ibu berkorban jadi suri rumah demi anak2 dan keluarga.

Ibu masih dalam keadaan yang dingin sehingga sekarang. Namun dia cuba kuat demi kami adik beradik. Tahun ni aku terdengar yang ibu minta dilepaskan sebab ibu da tak mampu untuk menahan trauma dalam hidup dia. Namun ayah merayu sangat untuk tidak tinggalkan dia.

Aku? Semestinya tak nak itu berlaku. Dan jika itu berlaku aku akn memilih ibu.

Ibu tak jumpa dengan Zura? Ibu pernah minta Zura berterus terang dengan ibu tapi penyondol memang akan play victim. So ibu decide untuk kick dia dari life ibu.

Sehingga hari ini, ibu masih minta untuk dilepaskan. Dan macam biasa ayah merayu dan berjanji kali ini akan berubah demi Allah. Dan ayah tak sanggup kehilangan ibu.

Ayah baru sedar yang dia bodoh dengan apa yang dia buat. Ibu hanya senyap. macam mana aku tahu semua ini? Semua berlaku depan mata aku. Walaupun dalam bilik mereka berbincang tapi aku boleh dengar.

Yang aku harapkan ibu kembali happy macam dulu. Ibu kekuatan aku dan adik2 yang lain. Ayah adalah darah daging aku yang tak mungkin aku benci.

Sebab ibu selalu pesan jahat macam mana ayah dia adalah ayah dan darah daging kita. Selagi ayah lakukan tanggungjawab dia jangan pernah benci ayah walaupun ibu disakiti berkali2..

Kepada Zura, tak pernah Kah kau fikir yang ayah aku sudah punya keluarga? Anak2 yang masih kecil. Kalau ayah aku yang mulakan dulu kenapa Zura tak boleh menjauh dari ayah? Kenapa perlu bersama ayah. Jadilah wanita yang mahal. Dan jangan lah berbahagia dalam penderitaan orang lain.

Oleh kerana ini lah juga aku takut untuk berkenalan dengan lelaki. Dan aku takut dikecewakan oleh lelaki. Aku takut untuk lalui seperti ibu lalui.

Namun ibu wanita yang hebat. Wanita yang kuat, wanita yang setia dan sanggup berkorban segalanya. Kakak sayang ibu dunia akhirat. Kakak akan sentiasa dengan ibu. Mohon doakan ibu dapat tempoh semua ni.

– Laira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *