Ibuku Wanita Malang

Assalamualaikum dan sejahtera kepada semua pembaca. Confession ni aku submit seusai solat Subuh. Moga Allah perkenankan doa kita, ampuni dosa kita dan kedua ibu ayah.

Berkenaan dengan tajuk ini, pernahkah kalian mendengar perihal wanita malang? Sebenarnya wanita malang ini adalah ibu aku sendiri. Wanita yang kandungkan aku, yang lahirkan, dan besarkan aku.

Mari aku ceritakan latar belakang keluarga aku serba sedikit. Apa yang aku nak cerita ni bukan nak burukkan keluarga sendiri, cuma harap dapat beri pengajaran kepada semua.

Keluarga aku ni jenis keluarga yang tak solat, puasa kadang kadang tapi mak aku hantar kami ke kelas kafa, mengaji tapi kami tak pernah sekalipun diajar oleh mak ayah kami mengenai hukum agama, solat, mengaji.

Pendek kata semua ilmu agama diserahkan kepada pihak luar untuk mendidik kami. Mak Aku ni jenis yang tahu hantar, nak kami ni cukup ilmu agama tapi dia tak buat.

Aku tahu dia tak nak anak-anak jadi seperti dia sebab mak aku pernah cakap “buat la, kalau buat awak sendiri yang dapat ganjarannya”. Lebih kurang macam tu lah. Ayah aku? Langsung tak pernah tunjukkan tauladan seperti mana seorang ayah patut buat.

Dulu masa kecil aku cemburu tengok ayah orang lain naik motor pergi ke masjid, masa solat hajat perdana disekolah pun sama. Bertuahnya. Ayah aku tak spend time sangat dengan kami adik beradik apatah lagi nak mengajar kami, mendidik kami.

Kalau ditanya apa yang ayah aku ajar? Jawapan dia TIADA.

Ayah lebih suka keluar rumah, banyak habiskan masa dengan benda tak berfaedah macam main nombor ekor, kehulur kehilir dengan kawan.Dulu masa aku sekolah,Aku selalu berdoa jangan la ada kawan yang terserempak dengan ayah aku masa tengah beli nombor ekor. Aku malu Ya Allah.

Mak aku pula seorang wanita yang kerja kuat. Mak kerja kuat sebab ayah aku takde pekerjaan tetap, ditambah dengan kegilaan ayah suka habiskan masa dengan benda tak berfaedah menjadikan mak aku seorang wanita yang terpaksa kerja siang malam untuk sekolahkan kami, makan pakai kami.

Jasa mak aku dalam soal ni memang Aku tak nafikan. Pengorbanan dia sangat besar. Mak aku terlalu kerja kuat sehingga terabai semua amal ibadat dia entah kemana. Mak aku harap adik beradik kami belajar mengenai ilmu agama di sekolah, kelas kafa.

Apa yang bagus mak Aku ni pentingkan pendidikan kami biarlah dia bergolok gadai sekalipun. Cerita sedikit pasal Aku, aku start pandai solat ketika umur aku 21 tahun. Jujur sebelum tu aku tak pandai solat. Pernah belajar solat di sekolah tapi tak praktikkan dekat rumah. Akhirnya hayut.

Aku start belajar solat dengan serius bila umur dah 21 tahun. Mengaji pun masih merangkak. Semoga Allah ampunkan dosa aku. Tapi dalam hati Aku berharap jika Allah kurniakan pasangan hidup, kurniakan seorang lelaki beriman dan pentingkan agama. Tak dapat ustaz pun takpe, asalkan solat wajib, puasa cukup.

Tahun berganti tahun, akhirnya aku ditakdirkan berkahwin dengan seorang lelaki yang aku kenal secara tidak sengaja di media sosial. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan Aku. Dikurniakan suami yang penyanyang, mementingkan amal ibadah, dan selalu ke masjid.

Aku sedikit cemburu dengan keluarga suami aku. Mak dan ayah mertua aku ni aktif kalau ada pengajian di masjid. Cara hidup mereka tenang walaupun sederhana, tidak bongkak dengan title yang mereka ada. Pertandingan sangat ketara dengan keluarga aku.

Aku tak pernah cerita pun mengenai keluarga aku secara terangan . Pada aku itu aib keluarga yang perlu aku jaga. Bila berkahwin, Aku sangat menjaga solat lima waktu, solat sunat, puasa dan qada puasa yang aku sengaja tinggalkan dulu. Tak terkira berapa perlu aku qada. Selagi aku mampu buat, Aku buat.

Kalau boleh aku tak nak ulang dosa macam dulu. Syukur suami aku jenis seorang yang aktif reminder ingatkan aku supaya ganti puasa dan kadang-kadang dia sertai juga puasa sunat.

Berbalik pada cerita mak aku. Kini usia mak aku dah mencecah awal 60an. Yang menyedihkan aku, mak Aku masih tak solat.

Baru-baru ni mak aku datang ke rumah aku. Semasa di mall, kebetulan dah masuk waktu zohor. Aku ajak mak Aku solat disurau. Mungkin sebab segan dengan menantu iaitu suami aku, mak aku ikut aku.

Tapi sampai depan surau, mak aku bagitahu dia nak ke tandas. Aku dah dapat agak mesti mak Aku nak duduk dalam tandas sehingga aku selesai solat.

Pernah juga satu ketika dulu dia ikut Aku solat Subuh. Katanya nak belajar solat. Aku happy sangat waktu itu walaupun sekejap je dia nak ikut aku.

Aku sedih sebenarnya nak cakap yang mak Aku masih tak pandai solat. Bacaan dalam solat pun dia tak reti sebab tu masa dia ikut Aku solat, Aku buat pergerakan perlahan dan Aku kuatkan bacaan supaya dia boleh ikut.

Sewaktu dirumah Aku, Aku solat dalam bilik tempat mak aku tidur dengan harapan dia terbuka hati nak solat. Aku tak pandai nak nasihat sebab mak aku dah tua. Cuma aku tunjuk je moga terbuka pintu hati dia solat, beriman kepada Allah SWT.

Ayah aku? Sekarang ayah aku sakit kronik yang membuat dia TIADA upaya uruskan diri lagi. Pernah abang ipar Aku nasihatkan supaya ayah tetap solat, Mohon doa walaupun dalam keadaan sakit tapi tak diendahkan dengan alasan ada kesan air kencing.

Mak Aku setia menjaga, tetap disisi walau macam macam ayah aku pernah buat (menipu, ambil duit, tak beri didikan seorang suami). Allah, berat ujian mak Aku. Mak aku ni redha jaga makan minum ayah aku. Aku harap ada la ganjaran Allah berikan untuk mak aku kerana berbakti kepada suaminya.

Sebagai anak aku cuma boleh berdoa. Doa aku tak pernah putus supaya mak ayah aku sempat bertaubat, beriman di jalan Allah, diringankan penderitaan.

Apa yang Aku tengok dari dulu keadaan keluarga aku memang takde berkat. Ada duit beratus ribu pun habis, ada tanah pun kena tipu sampai tergadai. Allahuakbar. Macam macam dugaan Allah timpakan supaya kembali mengadu dan beriman kepada Dia.

Sekarang kalian faham mengapa tajuk ibuku wanita malang? Ya. Wanita malang adalah mak aku yang tersalah pilih suami.

Seharusnya tugas seorang suami dan ayah memberi didikan agama kepada anak isterinya, tanggungjawab ini milik ketua keluarga, mencari rezeki halal tanpa membiarkan seorang isteri menggunakan kudrat berlebihan untuk memelihara keluarga sehingga terabai segala amal ibadah.

Pesan Aku, sebelum kalian memilih pasangan, pilih yang beragama yang mementingkan hubungan dengan Allah. Pilih yang beragama sebelum membuat menilai rupa paras, harta benda yang tak kekal selamanya.

Kepada mak ayah ku, orang sayang mak ayah dunia akhirat. Mak dan ayah selalu ada dalam doa orang setiap masa. Orang harap Allah ampunkan dosa mak dan ayah, moga Allah buka pintu hati mak ayah untuk bertaubat, kembali beriman kepada Allah.

Buruk mana pun, mak dan ayah tetap ayah ibu orang. Pengorban mak tetap orang ingat sehingga akhir hayat. Moga Allah mudahkan urusan orang nak berbakti kepada mak ayah sepanjang hayat. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

– Mrs HOPE (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *