Hai, assalamualaikun semua, lately ni kerap pula keluar kat feed media sosial aku pasal ibu buang anak dan anak buang ibu. Aku tak dapat bayang kalau aku yang berada dalam situasi tu. Sebab bagi aku ibu adalah insan yang paling aku sayang.
Aku yakin setiap orang pasti akan membangga banggakan ibu dia sendiri kan? Yela mana tak nya insan yg bertarung nyawa untuk melahirkan kita dan membesar kan kita dari sebedar tapak tangan hingga besar tapak pembinaan. Cerita aku simple. If one day aku berkeluarga, aku nak jadi macam ibu aku. Aku dah letak ibu sebagai idola hidup aku sejak aku kenal ape maksud “idola”.
Jom aku cerita sikit pasal ibu aku. Ibu aku orang nya sangat lemah lembut tapi tegas bila mendidik. Ada masa dia jadi hamster sangat comel dan anggun, ada masa dia jadi kak ros dlm cerita upin ipin tu. Bukan garang tapi tegas. Tipu lah kalau aku kata ibu tak pernah rotan or pukul aku adik beradik. Nak dibanding kan dengan ayah, ayah aku tak pernah pukul anak tapi sekali dia marah kami memang masuk bilik tak keluar makan sebab takot punya pasal kalau ayah marah, ibu lah tempat kami berlindung dan mengadu, bagi ayah dia tak kan pukul anak anak selagi perangai kami tak melampaui batas. Alhamdulillah kami adik beradik tak pernah lagi buat ayah naik tangan or naik hangin tahap melampau.
Sebagai seorang suri rumah 24/7 ibu memang sentiasa mengikuti perkembangan anak anak. Setiap perkara sekecil kecil zarah yg berlaku di sekolah kami adik beradik akan cerita pada ibu kalau balik rumah. Bagi ibu kami anak anak nya adalah penghibur hati dia. Ibu bukan jenis yang berkawan, kadang kadang ikan sayur semua ayah beli siap siap, kata ibu banyak perkara yg tak elok dari elok kalau keluar seperti contoh bila jumpa kawan kawan. Mereka sibuk bercerita hal orang lain.
Bukan sombong tapi ibu tak nak dengar cerita dari sebelah pihak jadi ibu buat keputusan untuk kurang kan keluar rumah untuk bergaul dengan orang keliling. Walaupun ibu jarang keluar beli ikan sayur tapi hampir setiap kali subuh, maghrib dan isyak bu ikot ayah ke surau untuk berjemaah. Sekurang kurang nya ibu keluar tunjuk muka pada penduduk setempat.
Kami lima beradik memang cemas bila tahu ibu tak sihat, sampai kan ibu jarang tunjuk pada kami yang dia tak sihat. Kadang nampak dia urut dada or batuk teruk kami adik beradik cepat cepat ambil ubat ambil air. Bimbang akan kesihatan ibu dan alhamdulillah tahun 2019 umur ibu dah pun mencecah 60 tahun. Abang dan kakak aku pun dah kahwin dan pindah rumah lain.
Walaupun dah berpindah abang abang dan kakak kakak aku tetap memilih rumah yg berhampiran dengan rumah ibuayah. Setiap minggu kalau ada masa terluang mereka datang menjenguk ibuayah. Kami bukan tak sayang ayah atau lebih kan kasih sayang kami pada ibu. Sayang kami sama rata cuma ibu dah terbiasa ada depan mata jadi ibu lebih banyak simpan rahsia kami adik beradik.
Kenapa aku “idola” kan ibu aku? Banyk perkara dalam hidup aku, aku berpandukan ibu. Ibu aku memang teror masak mengemas dan pembersih. Ibu rajin berpuasa sunat seperti isnin dan khamis. Ibu jarang tinggal solat dhuha dan bangun malam tahajud. Ibu tak pernah tinggi suara pada ayah. Ibu tak pernah lawan kata kata ayah, bukan bermakna takot pada ayah cuma lebih pada hormat sebab ibu ayah selalu bergurau depan kami sakat menyakat antara satu sama lain.
Setiap kali ayah pergi dan balik kerja ibu akan sediakan secawan air panas untuk ayah dan ibu akan minum lebihan air ayah di bekas bibir ayah minum, ayah pun akan simpan sikit air lebihan untuk ibu. Ibu selalu sambut ayah balik kerja. Hidang makan dan makan bersama, bukan layan seperti raja tapi sunnah nabi ibu banyak ikot dan jadi kan panduan dalam rumah tangga. Ibu sangat positif.
Setiap masalah yg kami hadap ibu tak pernah putus bagi kata kata semangat, ibu tak pernah salah kan takdir atas setiap apa yg berlaku setiap ujian dan dugaan yang Allah bagi. Ibu juga tak pernah beza beza kan anak walaupun tahap prestasi pelajaran kami adik beradik tak sama tapi ibu tetap bagi sokongan untuk terus berusaha. Bagi ibu semua anak ada kelebihan masing masing. Jika dulu waktu kecil kalau kami bergaduh sesama sendiri, ibu akan rotan dua dua. Tak ada yang terlepas cuma tahap momentum pukulan sudip tu lah yg membeza kan tahap kesalahan yg dibuat.
Alhamdulillah ibu dapat suami macam ayah, ayah seorang yg ringan tulang. Ada masa ayah bantu ibu masak dan buat kerja rumah. Kami adik beradik masa kecil memang akan tunggu ayah balik kerja untuk mandi bersama ayah. Ayah yang mandi kan kami beramai ramai tapi stop bila kami dah 6 tahun. Ayah suruh anak mandi sendiri bila dah masuk umur 6 tahun, ayah cuma pantai dari jauh sahaja.
Hidup kami sederhana tak kaya tak miskin. Aku bersyukur kerana di lahirkan dalam keluarga aku sekarang. Ape yang aku cuba sampai kan adalah kuat dan tabah nya seorang ibu suri rumah yang manjaga anak anak penuh kasih sayang tanpa cela. Tugas ibu dirumah menjaga kami adik beradik, tugas ayah diluar mencari rezeki untuk keluarga nya tapi mampu membahagi kan masa dan beza kan hal urusan kerja dan keluarga. Aku nampak bila kita jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Allah akan jaga kita.
Untuk ibu dan ayah, adik doakan ibu ayah sihat dan panjang umur. Terlalu besar jasa dan pengorbanan ibu ayah yang along, angan, alang, acik dan adik tak dapat balas. Semoga Allah beri kesempatan kami membahagian kan ibu dan ayah di ayas dunia sampai akhirat Allah.. Semoga kita sekeluarga bertemu di syurga Allah kelak..
Anaknda mu,
– SAM
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit