Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan luahan hati saya ni.
Sedikit ringkasan pengenalan. Saya umaira (bukan nama sebenar) berumur 23 tahun, seorang tunangan orang dan merancang untuk menikah tahun depan 2021, doakan dipermudahkan ya.
Dan kerjaya sebagai seorang tenaga pengajar swasta atau ostajah senang kata, dengan bayaran gaji tidak lebih daril 1K, huhu. In sya Allah saya redha dan ikhlas, amaun gaji bukan menjadi masalah pada saya.
Jadi tujuan buat luahan ini sekadar meminta nasihat yang bernas ya, atau pakar psychology atau kewangan. Maaf kalau terpanjang.
Kisah ini bukanlah pasal keluarga atau tunang saya, tapi berkisar mengenai saya dan adik angkat yang dikenali dengan nama Amina (bukan nama sebenar) berumur 22 tahun, tiada kerjaya, sakit jantung mengikut apa yang dia bagitahu.
Kisah ini bermula bila pada tahun 2017 setelah 8bulan dia bekerja tiba-tiba dia diserang penyakit jantung. Walhal ketika kenal pada penghujung 2016, tiada tanda yang diberitahu yang dia ada penyakit.
Oh ya, saya kenal Amina tika nak tempah baju muslimah untuk pelajar saya untuk sukan sekolah atau kem akhir tahun melalui rakan socmed yang lain dia sebagai pembantu kepada kakak dia yang membuat baju,
Saya terima dia sebagai adik angkat dalam waktu yang sama nak bimbing dia sebab dia macam minah moto gitu, solat on off, tudung kejap off kejap on dan sampai ke hari ni kami tidak pernah berjumpa di luar atau bersemuka dekat Video Call atau mana² aplikasi secara live.
Maksudnya tak pernah nak lihat dia secara live. Yang pernah lihat hanya gambar dia, adik bongsu dia lelaki berumur 6 tahun, dan selalu juga call on the phone, suara tu kenal lah.
Yang menjadi masalah bila dia kata nak pinjam wang untuk beli ubat sakit jantung dia di farmasi swasta yang berharga 50 lebih dan dulu saya tidak rasa terbeban untuk beri dia wang sebanyak 150-250 sebulan walhal coverage gaji saya masa tu dalam 700-900 sebulan.
Tapi sekarang saya rasa terbeban sangat lagi-lagi bila dah di fasa bertunang apalagi menikah di tahun depan dengan saving sampai sekarang kurang dari 1K tapi dah kerja selama 5 tahun.
Ya Tuhan. Dulu-dulu indah tak tahu kenapa saya boleh habiskan 250 sebulan untuk dia dari bulan 9 2016 sampai bulan 10 tahun 2020 ni kira² saya dan tanggung ubat dia selama 3 tahun dengan purata sebulan RM250 dan lebih.
Dia nak apa minta dibelikan saya beli ja contoh baju, jam, kasut n selipar, belanja makanan yang dia craving, topup dan pernah juga yuran tadika adiknya yang bongsu.
Agak-agak berapa dah saya habiskan untuk dia. Saya tak tahu kenapa terlampau ihsan dengan dia. Dia kata keluarga dia orang susah, adik-beradik pula kerja tak nak bantu mak ayah dan dia pula tak nak minta dengan adik beradik dia,
Jika saya suruh minta dia kata adik beradik dia dah banyak bagi mak ayah. Ayat dia sebelum minta tu macam macam yang buatkan saya terlalu kasihan seperti hidung dia berdarah dia kata atau muntah darah atau ubat dah nak habis.
Tapi cara dia minta tu kesian sangat sampai saya tak ada pilihan lain selain bantu atau saya terlalu bebal sampai kesian dia. Tak tahulah. Dulu hubungan kami sangat toksik sikit-sikit ja mesti gaduh tapi itulah pasal wang untuk beli ubat tak miss saya bagi.
Hurm. Tapi sejak dia tahu saya ingin bertunang dan senang dalam tempoh bertunang hubungan kami dah renggang, macam tak selalu col kalau dulu nak tidoo ja mesti call dan tidur sama-sama tanpa padam call, even bila naik bas jika cuti dan pulang ke kampung dia akan teman.
Tapi sekarang tak lagi. Langsung tak call katanya sebab kehadiran tunang saya dan saya redha tapi masih lagi dia mencari saya if nak beli ubat. Dan saya macam orang bodoh bagi jela sebab kesian. Hurm.
Dan kebodohan paling besar pernah saya beri bila saya rela belikan dia phone android baru sempena hari lahir dia yang berharga RM4-6ratus sedangkan saya masih lagi menggunakan Phone android lenovo yang dah crack dan ada masalah bunyi.
Dan sekali lagi kebodohan berulang bila dia minta Phone baru untuk tahun depannya sempena hari lahir yang berharga 6-7ratus untuk tahun depannya. Dan Phone lama yang beli dulu tu saya gunakan sekarang. Bodohnya saya.
Dan kemuncak makin renggang bila satu harini dia minta masukkan wang dalam bank nya katanya sekarang ada di KL sedang cari pekerjaan tapi takda wang untuk tambang grab, lagi2 dalam dompet dia kata ada RM15 makan pon nasi kosong tambah kicap di rumah kawan dia,
Rasa macam tak logik, dari hari tu saya rasa diperbodohkan sangat sampai saya ambil keputusan untuk siasat. Saya cuba cari balik nom wasap kakak dia yang saya simpan dari tahun 2016 dan bertanya sendiri keberadaan dia di mana tika tu.
Dan segalanya terbongkar. Dia bukan di KL dan dia sudah berterus terang yang dia terdesak untuk guna wang beli ubat. Dan hubungan kami makin renggang tapi saya masih ihsan bodoh dengan dia, dua tiga hari lepas dia minta lagi dan saya masukkan RM50.
Jadi apa saya nak buat dengan orang macam ni ya. Saving pon tak sampai 1k tapi masih lagi ihsan dengan Amina.
Oh ya, kisah saya dan Amina ni tunang saya tahu, n kawan terdekat seramai 4 orang ahli keluarga semua tak tahu. Tapi nasihat ja diaorang mampu.
Bulan 10 hari tu saya dah berterus terang dengan dia saya tak mampu lagi nak bayar ubat dia sebab saya nak saving untuk menikah nanti, tapi masih lagi dia mencari saya.
Apa perlu saya buat wahai top fan n netizen bijaksana, bantu saya keluar dari beban ini. Terima Kasih.
– Si bebal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit