Untuk part I, (https://iiumc. com/ihsan-atau-bodoh/).
Terima kasih admin jika siarkan sambungan untuk kisah aku ni. Maaf kalau tidak teratur, sebelum tu tak lupa untuk aku ucapkan terima kasih bagi mereka yang komen positif dan negatif.
Korang sangat membantu aku dan sangat membuka akal aku untuk tidak bodoh dan bebal lagi, gigih aku baca komen satu persatu tanpa tertinggal,
99. 9% meminta aku untuk blok atau tukar nom phone.. nanti aku bagi sebab kenapa aku tak mampu nak buat benda tu tapi apakan daya inilah ujian aku dari Allah, moga terselit ujian indah.
Ya aku mengaku aku bodoh, sadiskan itulah realitinya, dan apa yang aku bakal ceritakan memang buat aku rasa begitu bodoh (menangis tanpa lagu).
Selepas cerita aku disiarkan, selepas otak aku berhubung balik aku chat balik si Amina dan aku persoalan segalanya mengapa tak pernah video call, tak pernah jumpa kat luar walaupon banyak kali aku ajak dia selalu menolak,
Tak pernah perkenalkan mak ayah dia dan adik beradik dia, yang aku kenal cuma suara diorang.. dan segalanya terbongkar, dan aku merasakan inilah kebodohan aku yang terbesar dalam hidup.
Amina membuat pengakuan yang sejak awal dia bukanlah dia yang selalu dia hntar gambar, itu adalah kawan dia si Hazi, dan dia adalah orang lain.
Selama 4 tahun aku ditipu hidup-hidup, aku tak mampu berkata-kata apalagi selepas dia membuat pengakuan begitu, terpaku jatuh berlutut tiada rasa sedih atau menangis cuma terkejut.
Allahu.. Korang boleh bayangkan tak apa aku rasa? Umpama jatuh ditimpa tangga nasib aku.
Selepas itu bermula lah segala soal jawab aku dan amina, katanya dia dari awal berniat permainkan aku, plan bersama kawannya dan si Hazi yang mencadangkan dia mengguna gambarnya si Hazi,
Katanya si Hazi mengugut menyebarkan aibnya kepada ibubapa jadi dia tiada pilihan lain selain menipu aku selama 4 tahun akhirnya dialah yang chekmate dia kata,. Tuhan apalah nasib aku. Terjawablah segala persoalan aku. Sadisnya hidup.
Selepas hari itu aku dah mula ignore si Amina, hide segala status, block fb tapi wasap dan dah tak chat, kalau chat pon bole kira berapa patah aku balas,
Ada sebab mengapa aku tak blok sebab aku meminta kembali hak aku yang bertahun aku laburkan buat dia, tiada gunanya aku ikhlas lagi jika terang-terangan dia berbohong walaupon soal rupa dia sahaja,
Bagi aku itu pembohongan paling besar pernah aku lalui, dan dia berjanji membayar kembali pelaburan aku pernah buat selama 3 tahun juga aku meminta dia langsaikan dalam tempoh 3 tahun sebab aku mahu dia rasa apa yang dia rasakan. Kejamkah aku?
If dia tidak menepati janji tahulah mana aku nak cari dia sebab aku ada alamat rumah dia, nom phone kakak dia dan tahu fb abang dan kakak ipar dia incase ada perkara sulit kemudian hari.
Sudah 3 minggu berlalu hati aku masih sakit dan kecewa dengan apa yang telah terjadi, itulah sedikit sebanyak kisah aku yang malang.
Berbalik kepada persoalan korang ramai yang menanyakan mengapa tidak bagi pada parents atau adik beradik dulu, sebodoh aku, aku pon tahu juga jaga hati ummi abah aku dan adik beradik aku,
Even aku tak pernah bank in kan untuk mereka setiap bulan, mereka juga ada pendapatan lebih dari aku yelah Felda kan, tak lupa juga ramai ahli keluarga ku sudah bekerjaya, tapi setiap kali pulang bersua muka akan aku selit sekeping dua note purple,
Adik beradik aku pula bukan jenis meminta dan mereka sendiri mampu sebenarnya namun aku tak segan membeli dan berbelanja mereka macam-macam seperti jam tangan atau baju mahupun duit raya bagi abang dan adik beradik yang masih belum berkeluarga.
Ada juga abang aku yang pernah aku sarakan bulanan kereta hampir 2 tahun juga yang totalnya hampir juga 4-5k namun aku halalkan saja sebab itu darah daging aku juga tapi tidak untuk ex adik angkat aku..
Hutang yang bakal dia kembalikan akan aku beri separuh pada ummi abah ku sebagai ganti aku tak pernah trnsfer bulanan, cuma aku hanya bagi di tangan setiap kali bersua.
Begitulah mengapa walaupun dah 5 tahun bekerja saving aku belum cecah 1k, bila dah masuk tahun baru dan bila dah hampir 3/4 bulan aku dah stop bagi bulanan pada Amina barulah saving aku lepas 1K,
Akhir kisah aku, moga kalian yang membaca dapat sesuatu sebagaimana aku juga dapat pelajaran dari ujian hidup aku..
Doakan hidup aku dipermudahkan jalan juga dipermudahkan saving untuk masa depan aku, dan cepat-cepat si Amina lunaskan hutangnya pada aku.
Terima kasih semua.
– Yang Ihsan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit