Assalamualaikum kepada semua readers iiumc.
Aku alumni uia dari matrik sampai lah ke pg studies. Masuk matrik uia semasa awal2 tahun 2000 jugalah. Masatu mungkin tiada lagi page ni. Aku dah lama tau kewujudan iium confession. Yelah, ramai kawan-kawan yang mengikuti page ni, tapi aku tak pernah follow. Maybe sebab aku tiada FB.
Aku pernah bertanya dengan kawan-kawanku semasa master, yang mana mereka adalah alumni dari universiti-universiti lain “kenapa ramai yang follow iium confession ni ye? Selalu viral pun dari page ni” mereka berkata:
Iium confession satu medium untuk orang nak confess sesuatu without others being judgemental dengan apa yang mereka confess. Bila mereka confess, ramai yang bagi positive feedback, bagi nasihat, sokongan dan dorongan. Nasihat2 yang komuniti iium bagi pun sangat berguna, bukan je kepada confessor, tetapi juga kepada readers. Tu yang confession university ni tak sama dengan university lain. Maybe mereka rasa selamat nak confess kat situ.
Itu apa yang mereka kata. Mereka yang datang dari universiti lain.
Aku pun excited lah nak baca iium confession. Memang seronok dan rasa berguna sangat page ni. Banyak pengalaman hdup orang lain yang kita boleh jadikan iktibar, dan banyak nilai-nilai positif aku dapat dari confession page ni.
Tetapi, makin lama aku tengok makin teruk dan makin negatif komen-komen yang diberikan. Yang menegur pun.. Allah… aku selalu rasa kesian kepada confessors yang dikecam. Bacalah mana-mana confessions, tengoklah berapa banyak komen negative, yang mengecam… berapa kerat jelah yang bagi nasihat dan support kepada confessor. Tak semua confessions, tapi banyak yang macamtu..
Seperti setiap confession yang dihantar pada page ni perlulah perfect or almost perfect. Ayat mestilah seperti karangan SPM. Jangan ada campur English bm, nanti kena kecam. Susunan ayat mesti taraf nak macam ambik exam, kalua tak, itupun boleh kena kecam. Kisah confession mestilah kena perfect, kalau ada tindakan yang confessor tu share yang negative, bersedialah menerima kecaman. Seperti tak Nampak the bigger picture dalam confession tu. Yang salah sikit tu yang akan diungkit. Akhirnya, gagal untuk memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada confessor.
Nama pun confession, dia confess lah apa yang nak di confess. Kalau teruk sangat, admin takdelah nak approve. Aku rasa admin Nampak dalam sesuatu confession tu ada nilai murni or ada positif nya dari confession tu, sebab tu dia approve.
Aku terpanggil untuk mengulas condition iium confession yang penuh dengan komen-komen negatif sebab aku rasa makin menjadi-jadi cemuhan di iium confession ni. Dan aku sangat rasa simpati kepada confessors.
Contoh baru-baru ni, mengenai beza lelaki zaman sekarang dan dulu. Memang aku pun kurang bersetuju kerana aku percaya sama sahaja ciri-ciri tu ada juga pada lelaki-lelaki dulu (tak berapa dulu sangat lah sebab aku pun tak sampai 40 tahun hidup). Mungkin confessor Cuma salah pilih tajuk je. Cuba kita ambil positif dari confession tu, lelaki-lelaki yang berperangai negative seperti dalam confession tu mungkin boleh ubah menjadi yang lebih baik. Di tempat kerja aku, majoriti staff lelaki, yang perempuan ada beberapa orang sahaja. Mungkin tempat kerja yang confessor refer ni ramai perempuan. Berilah teguran dengan berhemah, confessor masih muda lagi.
Confession mengenai labuh jubah dan terus bawa solat. Allah.. aku baca komen-komen di situ rasa sangat-sangat kasihan kepada confessor dan commenters yang support confessor. Yang menegur nya pun… Allah.. Alhamdulillah anda lebih tahu sesuatu ilmu itu lebih daripada orang lain. Tegur lah dengan berhemah, di luar sana ramai yang tidak tahu pasal hukum tersebut. Nasihat lah dengan elok. Life is a learning process. Dulu mereka tidak tahu, tapi sekarang mereka sudah tahu. Alhamdulillah. Tidak perlu terkejut jika banyak benda basic yang lain dalam fardhu ain yang ramai tidak tahu. Kita boleh belajar, jangan putus asa. Allah sentiasa bagi ruang untuk kita improve insyaAllah. Yang penting, kena ada inisiatif untuk belajar. Mungkin mereka ada pergi kelas fardhu ain, tapi ustaz/ustazah tak masuk lagi topik pasal pakaian dan ibadah. Tu yang tak tahu tu. Who knows.. Allah lah yang Maha Mengetahui.
Komen-komen mengenai hantaran mahal pun aku kasihan juga. Aku dapat point yang dia nak sampaikan. Kalau akan terbit rasa riak dengan hantaran mahal-mahal tu, seeloknya kita bersederhanalah. Berkerut-kerut aku baca komen-komen menghentam confessor. Pelik aku rasa, apa yang mereka ni marah/tak puas hati sangat dengan confession tu aku pun tak tahu.
Ini antara confession yang latest yang aku dapat ulas tentang komen-komen disitu. Takkan nak ulas semua kan.. harapnya selepas ni kita lebih jaga apa yang kita cakap/komen. Words can hurt at least as much as sticks and stones.
Aku perasan, commenters tegar semasa awal-awal aku baca iiumc ni dah takda dalam ruangan komen. Mereka selalu bagi komen positif dan nasihat. Ignore bahagian2 negatif dalam confession, dan memberi nasihat dan semangat kepada confessor. Mereka menegur pun secara berhemah. Mungkin mereka sudah semakin sibuk dengan kerja dan keluarga. Semoga anda-anda semua sentiasa dalam rahmat Allah. Oh ye, sebelum aku dikecam kenapa aku sendiri tidak bagi komen-komen positif dalam every confession tu, aku nak bagitau yang aku tiada FB mahupun sebarang social media yang lain. Aku terlalu sibuk dengan family, kerja dan life. Baca iiumc pun melalui website sahaja, bila-bila ada free time.
Confession ni aku tuju kepada commenters iiumc. Kita boleh berubah menjadi lebih baik. Seprti di luar, kalau kita tegur dengan kasar dengan ayat-ayat yang sentap dan orang tu kecil hati, mestilah kita perlu meminta maaf kepada dia kerana mengguris perasaan. Benda yang sama di alam maya ni. Kesian confessors yang kena hentam.
aku percaya ramai students dan alumni iium dalam ni. Yelah, iium confession kan.. kita belajar ethics masa degree dulu.. perlu ambil halaqah/study circle kalau ambil skill package ada halaqah (taktahulah sekarang ada lagi atau tak). Kita diajar untuk mencontohi akhlak Rasulullah. Setiap kelas kita akan ada part dalam subjek yang lecturer relate dengan Islam. Kita belajar dalam Islamic Enviroment. Please, jagalah akhlak dan tunjukkan lah nilai murni sebagai student dan alumni iium. (Kepada komuniti iium dari university lain juga begitu)
Iium confession ni memerlukan komuniti yang tidak bias, tidak mencemuh, tidak dipenuhi perasaan hatred. Kita dididik dengan menjadikan akhlak Rasulullah sebagai contoh. Tegur lah dengan berhemah. Jika ada yang salah janganlah dikutuk, tapi nasihatilah confessor dengan baik. Ambillah yang positif dari confessions yang ada. Janganlah Nampak satu yang kurang dalam penulisan, akhirnya Nampak negatif sahaja pada keseluruhan confession tu. Kita jadikanlah iiumc ni satu medium yang semua orang boleh rasa selamat confess di sini. They can confess here without others judging them. InsyaAllah.
Aku minta maaf jika ada yang terguris hati dengan confession aku. Bacalah dengan hati terbuka dan ambillah mana-mana yang positif dari penulisan ku yang tak seberapa ni. Aku confess sebab aku care. Aku care dengan komuniti page ni. Aku rasa simpati dengan confessors yang dihentam. Semoga anda semua tabah dan menjadi lebih kuat. Ambil lah yang positif dan jadikan pengajaran dalam hidup.
It takes a million compliments to build you up. And one insult to send it all crashing down. So be careful with your words.
– therethere
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit