Assalamualaikum. Pertama sekali saya sangat-sangat meminta jasa baik admin untuk post tulisan saya ni. Jujurnya ini bukan confession, tapi sebaliknya pertanyaan. Jika tulisan ini dipost, terima kasih saya ucapkan.
Berkaitan tajuk di atas, saya mula membuat carian di internet, laman sosial berkaitan Ijazah Kedua. Tapi tak banyak info yang saya temui. Ini antara usaha saya untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan Ijazah Kedua. Saya yakin para pembaca IIUM Confession terdiri daripada mereka yang mempunyai pendidikan yang hebat-hebat, mempunyai pekerjaan yang hebat-hebat, mempunyai pengetahuan, idea, cadangan yang bernas.
Ijazah kedua, bermakna saya sudah memiliki Ijazah yang pertama. Tapi sejak akhir-akhir ini kuat pulak perasaan untuk mula belajar semula dalam bidang yang saya minati. Jujurnya ijazah pertama atas suggestion saudara-mara. Serta saat itu saya seolah-olah tiada hala tuju, selepas saya tak berjaya temuduga bidang (diploma) yang saya minta. Dengan keputusan cemerlang semasa SPM dan Matrikulasi, saya antara mangsa supaya mengambil bidang yang setara dengan keputusan, walaupun saya tak minat. Naif sangat masa tu. Tapi mungkin ada hikmah.
Okay berbalik kepada Ijazah Kedua. Saya tersangat ingin tau
1) Bidang apa yang biasa ditawarkan (saya sudah ada bidang yang saya aim)
2) Universiti mana yang tawarkan
3) Bagaimana cara apply (adakah melalui upu jugak?)
4) Adakah saya layak apply bantuan kewangan seperti PTPTN (Untuk Ijazah Pertama, saya penerima biasiswa)
5) Jika ada di kalangan pembaca IIUM Confession yang sedang membuat Ijazah Kedua, saya sangat berterima kasih jika anda sudi kongsikan pengalaman anda.
Atau apa-apa yang berkaitan dengan Ijazah Kedua yang mana boleh dan sudi kongsikan, sila share di ruangan komen ye. Terima kasih semua. Allah sahaja yang dapat mendapat jasa anda semua.
– Ifa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit