Aku terbaca tentang confession dari pelajar akaun tentang tekanan yang beliau hadapi semasa sambung degree. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/stop-atau-teruskan-degree/).
Jadi aku terdetik untuk berkongsi pengalaman aku sendiri, harap dapat jadi pembakar semangat untuk beliau.
Aku anak ketujuh dari 11 adik beradik. Tapi seawal umur 16 tahun aku mula kerja sendiri dengan gaji RM2 sejam. Duit tu la aku survive makan, minyak motor, buku-buku sampai aku habis SPM.
Bila aku masuk diploma pun sama, PTPTN mana nak cukup. Dengan krisis kewangan keluarga, aku gagahkan hulur secara senyap kat parents aku melalui kakak aku, dia selalu bagitahu bila parents aku tak cukup duit nak beli makan kat rumah.
Btw masa tu aku anak pertama berjaya masuk universiti, abang aku sorang paling tinggi sijil je. Jadi aku macam dah jadi harapan keluarga.
Dekat diploma tu pun lebih 10 kerja part time aku buat untuk survive. Cuti sem aku tak pernah balik rumah, aku akan cari kerja dan kumpul duit tu untuk tampung perbelanjaan aku and tolong parents aku sedikit sebanyak.
Masa tu abang kakak aku ramai yang dah kahwin, so tumpuan mereka lebih kepada keluarga. Nak expect apa dengan spm je dorang kerja. Tak kisah la. Asalkan tak menyusahkan mak bapak sudah.
Dalam masa yang sama 3 lagi adik bawah aku, 2 tak ambik SPM sebab memang dorang tak nak belajar, and parents aku dah fed up nak menyuruh. Dengan krisis kewangan masa tu.
Habis je diploma aku start kerja, masa tu aku rasa struggle. Kerja diploma ni memang sakit, gaji cukup makan je tiap bulan. Sambil kerja kena lagi buat kerja part time.
Last-last aku decide nak sambung degree. Btw masa tu aku berhenti dari jawatan sambilan level SPM dengan kerajaan negeri. Ada orang siapa cakap aku gila, berhenti kerja macam tu sebab nak sambung belajar.
Perjalanan degree aku pun tak mudah. Sem 1 aku perform la dpt pointer okay sebab tak kerja, ada simpanan sikit dengan duit PTPTN, jadi sem 2 aku dapat biasiswa JPA. Dalam otak aku masa tu aim nak habiskan degree on time, 4 tahun dengan tak payah kerja macam diploma.
Tapi langit tak selalu cerah. Ditakdirkan hujung sem 3, ayah aku kena minor strok dan tak boleh kerja. Start dari tu aku struggle balik, setiap bulan aku akan cuba hantar 2, 3 ratus kat mak ayah aku.
Kakak aku macam biasa tukang update. Tapi masa ni aku dah berani bagi sendiri and mereka tak boleh tolak sebab memang tak ada sumber pendapatan lain.
Masa degree ni aku paksa diri aku balik, kerja part time sana-sini bila ada peluang. Cuti sem pun aku tak pernah balik rumah. Balik paling lama pun seminggu je, selebihnya aku merantau cari kerja. Adik beradik aku masa tu pun amsih struggle dengan kehidupan masing-masing.
Masa aku intern, aku kena sakit teruk nazak kat hospital. Sampai aku terpaksa tangguh pengajian.
Dipendekkan cerita memang aku kerja lepas keluar hospital tu, sbb intern dah kena tangguh. Dan sem lepas tu aku masih lagi kerja fulltime + belajar balik fulltime. Masa tu la hidup study aku kelam kabut. FYP entah ke mana, walaupun pointer still lagi okay. Tapi aku problem kat FYP.
Tambah teruk lagi, aku dapat ketua jabatan yang tak faham situasi, dia anggap student kerja ni bermasalah dan tak nak belajar. Dia siap cakap lagi, awak tak layak untuk degree ni.
Aku memang down gila lepas tu. Aku just ingat mak ayah aku balik, and cuba habiskan degree walaupun terpaksa lagi bekerja untuk survival keluarga aku.
Alhamdulillah Allah Maha Adil.
5 tahun aku spend masa untuk degree dengan kerja untuk tanggung family. Sekarang aku dah bernafas lega dengan kerja yang stabil. Aku siap plan untuk sambung master fulltime tahun depan sambil kerja. BTW aku dapat kerja kat MNC 2 bulan lepas aku habis intern sem akhir.
Aku tahu dugaan untuk semua orang tak sama. Tapi apa aku buat selama ni, aku cuba cari hikmah atas setiap dugaan yang aku hadapi. Dengan itu aku rasa lebih kuat.
Aku tak malu nak cakap aku selalu menangis sorang-sorang bila aku stress dan penat walaupun aku lelaki. Sebab tu salah satu cara aku redakan tekanan yang aku hadapi.
Kepada sesiapa sahaja yang sedang menghadapi saat getir dalam hidup, jangan putus harapan dan terus berusaha. Semoga pelangi akan hadir dalam hidup anda suatu hati nanti.
– Mr. A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit