Aku sekadar nak share nasib aku sebagai valuer – penilai hartanah eksekutif.
Aku ni, seorang pegawai eksekutif penilai hartanah. Ada ijazah. Tapi gaji aku sama dengan rakan-rakan penilai eksekutif satu Malaysia, rata-rata yang mempunyai ijazah, RM1,100 ke RM1,800.
Termasuk socso, epf.
Dah bekerja lebih 10 tahun pun, masih lagi RM1,800.
Ada eksekutif yang terima gaji dalam bentuk komisyen. Tak ada gaji tetap langsung.
Siapa kami ni?
Kami ni penilai bangunan, building surveyor eksekutif. Kalau berlesan RV, pangkat Konsultan, baru lah boleh demand gaji tinggi.
Apa job scope kami?
Ukur bangunan dan keluarkan report penilaian hartanah untuk individu, syarikat, financial institution, untuk cukai pintu cukai tanah, untuk pembangunan.
Pergi kerja, putih je.
Balik kerja terus bertukar jadi dayang senandung. Kena bako dengan matahari, kena bako dengan bos sebab salah method, salah comparisons, salah grammar sedangkan yang menegur tu bukannya kenal grammar pun.
Mana sedap dia baca, itulah yang betul. Bos zaman sekarang. Flex lebey.
Dulu masa kerja bahagian property management, topik perbualan selalunya macam ni,
“Kau bercuti mana hujung tahun ni?”
“Wow, umrah kali ke berapa dah ni, Azman?”
“Saya dah beli rumah keempat. Alhamdulillah, beli sebagai investment.”
Nak tau apa topik perbualan kami dekat office valuer?
“Kerajaan dah umumkan Bantuan Sara Hidup. Dah register ke belum?” tanya senior valuer yang sudah botak di tengah kepala kepada rakannya.
“Kau buat apa dengan duit EPF haritu? Aku buat tukar tayar. Lama dah nak tukar, duit tak cukup-cukup”
Ni aku nak cerita, setiap kali aku pergi Mydin ke, Tesco ke, mata aku bersinar-sinar tengok jawatan kosong cashier, RM1,800++ tak termasuk elaun. Sebab gaji bersih aku baru RM1,400.
Nak masuk kerja sebagai penilai eksekutif, kena ada ijazah. Kena ada pengalaman. Kena ada basic conundrum sekurang-kurangnya pasal Land Acquisition, pasal Stamp Duty, pasal Act 828.
Tak lepas interview dengan Konsultan, tak boleh masuk kerja.
Dalam group valuer, geng konsultan hartanah kata, junior valuer tak layak dapat gaji RM2,000 atau RM2,500 sebagai permulaan kerja.
Katanya, fresh grad. Semua benda tak tahu. Tak layak lah dapat RM2,000.
Dasar ambil kesempatan. Dasar mentekedarah. Dasar tak boleh fikir pekerja baru, mesti lah kena ajar dulu sistem syarikat, baru boleh pandai. Semua syarikat sama.
Tapi diorang ni tak nak dengar. Mana konsultan hartanah lain, senior valuer lain, yang cerdik dan tangkas tegur geng-geng khurafat ni, diorang balas balik macam-macam.
Kesudahannya, tak kemana pun isu ni. Ramailah pelapis muda letak jawatan, tinggalkan department valuation dan jadi Jururunding hartanah secara full time.
Aku tak tahu lah celah mana fresh grad, kerja dah masuk 2 tahun lebih, gaji bersih masih bawah RM1,500.
Sekurang-kurangnya aku bersyukur juga. Pasalnya, gaji aku mahal ‘sikit’ daripada valuer yang dapat RM1,100. Dengar cerita, valuer tu dah pun berhenti kerja dan tukar bidang.
Balik rumah je aku bangga cerita dekat mak aku.
“Mak, bos bagi duit raya RM10. Syoknyaaaa.”
Please la lembaga buruh ke apa ke.
Please la ambil tindakan.
Apa ni durjana sangat-sangat dah ni diorang-diorang ni.
Siapa nak bayar maintenance kereta kami?
Siapa nak bayar komitmen kami?
Hidup perlu diteruskan.
Yang nak kahwin, yang menanti zuriat, yang nak pastikan kereta tak rosak ditengah jalan.
Pada tahun 2021, garisan miskin bermula pada takat RM2,500, kami para eksekutif hartanah, aku rasa dah jatuh pangkat asnaf.
Sekian,
– Bakal Konsultan Hartanah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit