Assalamu’alaikum. Hari ni aku terpanggil untuk buat teguran buat semua orang yang membaca confession aku ni. Baru baru ni viral satu malaysia, pasal isu ikat tepi 30 sen.
Ok, 30 sen. Nilainya sedikit bagi yang mampu. Tetapi besar nilainya bagi yang kurang mampu. Aku tak nak cakap banyak. Cuma sebelum korang baca dan hadam, sila buka minda kalian. Kalau korang ni memang jenis kaki kecam atau jenis tak boleh terima teguran, you better not read this. Tapi terpulang pada kau, aku tak boleh nak halang kau dari baca.
Kat sini, aku nak korang buka minda sebagai dua watak yang berbeza. Peniaga dan pelanggan. Aku nak cerita dulu dari perspektif pelanggan sebelum aku teruskan dari sudut perspektif peniaga.
PELANGGAN:
Semua orang adalah pelanggan. Baik miskin atau kaya, selagi ada duit, selagi mampu membeli, kita adalah pelanggan. Ya, kita ada hak sebagai pelanggan. Hak yang kadangkala menguntungkan kita dan kadangkala boleh menjatuhkan perniagaan seseorang. Berhati-hati. Kadangkala kita ni terlampau obses mengejar populariti sampaikan sanggup untuk menjatuhkan orang lain. Bagi kes ikat tepi 30 sen ni, aku bukan nak salahkan sesiapa tapi yes but no offense, orang melayu memang suka sangat nak menjatuhkan perniagaan sesama kita. Aku bukan nak condemn melayu. Tapi inilah hakikatnya. Tapi aku percaya tak semua melayu berperangai buruk sebegini .
Pasal kes ikat tepi 30sen ni, kau tak puas hati ,kau viralkan kat merata tempat. Bukannya kau confront face to face dengan orang tu cakap kau tak puas hati dengan servis dan harga yang dikenakan, malah kau try hard untuk malukan dan jatuhkan perniagaan orang tu. This is a very low-class mentality. Shame on you..
PENIAGA:
kadangkala, kita ni terlampau nak kejarkan keuntungan sebab nak hidup senang. Ye aku tak nafikan, dengan ekonomi negara kita yang semakin meruncing, tak mustahil kebanyakan para peniaga akan ambil cara mudah. Aku tak cakap semua, tapi yang iman lemah dan akal mudah dikuasai nafsu, memang akan ambil jalan mudah untuk jadi kaya. Ye aku faham, adat berniaga ada untung ruginya. Kadang kadang pelanggan tak faham, kenapa harga produk kita lebih mahal berbanding produk lain. Kebanyakan pelanggan ni naive, senang cerita perlu diterangkan dari A-Z mengapa harga produk kita sekian sekian.
Aku bukan nak menyebelahi mana mana pihak. Di sini ada kelemahan dari kedua kedua pihak peniaga dan pelanggan. Senang cakap, orang kita mudah triggered bila berkaitan dengan isu-isu remeh macam ni.
Kalau dari perspektif pelanggan, orang akan cakap peniaga yang charge 30sen gila untung. Ikat tepi pun nak charge 30 sen. Hello people, please.. jangan jadi tolol. Anda warga berpelajaran. Jangan lah terlampau naive sangat sampai mudah sangat nak assume benda yang kau sendiri tak pasti. Of course lah makcik yang meniaga air ni akan naikkan harga bila kau order untuk bungkus. Sebab apa? Sebab kuantitinya lebih banyak dari apa yang disediakan di kedai. Jangan pikir anda saja yang nak untung. Semua orang nak untung. Tolong lah tanam sedikit sifat empati dalam diri tu. Ikat tepi 30 sen tu bukanlah bermaksud upah pekerja tu ikat plastik air kena charge 30 sen. Tolong jangan jadi tolol. Eh kang aku cakap bodoh , marah pulak.
Kalau kau kat tempat peniaga, itu semua termasuk dalam perbelanjaan. Plastik, straw dan tali kena beli. Bukannya free. Dan bila pelanggan kau minta nak bungkus, sudah semestinya akan guna 3 benda tersebut. Ada korang yang pelanggan ni pikir pasal benda ni? Kalau ada, alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki dan mudahkan urusan kita. Kalau yang tak tu, please open your mind. Jangan pentingkan diri sendiri.
Bagi aku, senang je cerita. Kalau 30 sen tu aku tak mampu nak bayar, aku akan duduk rumah. Buat sendiri air kat rumah. Sebab aku tau sedar diri aku tak mampu nak bayar 30sen untuk bungkus air minuman kat kedai.
Dan satu lagi aku nak pesan, apa yang kita dah makan atau minum, janganlah dipertikaikan. Dah jadi darah daging.
Allah beri akal untuk berfikir dengan baik. Bukan untuk berfikir cara cara untuk menjatuhkan perniagaan orang.
Dan kepada para peniaga.. tak salah nak untung, tapi janganlah ambil untung yang berlebihan atau melampau lampau. Jangan aniaya pelanggan anda.
Kalau ada yang terasa hati aku cakap tolol. Sorry not sorry. Tak perlu aku jelaskan kenapa. Susah nak cakap dengan orang tolol. Dan yang akan bash aku tulis campur campur bm dengan bi, ni aku dah try hard untuk kurangkan bahasa inggeris. Sebab aku tau, ada juga antara korang ni yang dulu time sekolah suka ponteng atau tidur masa kelas bi. Kan dah rugi, bahasa inggeris yang senang pun korang dah pening nak baca. Nak faham lagilah susah kan? Haha
– Harith
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit