Ikhlas Aku Untuk Maafkan Papa

Assalamualaikum readers. First of all, terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku. Aku perkenalkan diri secara ringkas. Supaya korang faham jalan cerita dan dilema aku.

Aku Sirrul, berusia menghampiri 3 series. Dibesarkan papa mama berkerjaya profesional dan sangat kuat pegangan agama. Hidup kami sekeluarga boleh dikatakan senang, minta apa sahaja inshaAllah dapat. Confession ini berkaitan dengan papa aku.

Papa memang hensem.. seorang suami yang sangat setia, loving, caring dengan mama. Setiap pagi, masa aku sekolah rendah sebelum pergi kerja diorang mesti sweet2 salam, saling pesan jaga diri, makan minum semua lah.

Aku rasa bahagia sangat tengok diorang macam tu dan aku impikan satu hari nanti aku dapat suami macam papa.

Time kat ofis, papa selalu balas2 mesej dengan mama, calling2 tanya dah makan belum, cakap iloveu2. Mcm mana aku tahu? Masa balik dari asrama, papa akan bawa aku balik ofis dia dulu sebelum balik rumah sebab waktu pejabat belum habis.

Bayangkan sampai aku umur 17 tahun pun diorang masih sweet macam baru kahwin. Dan sampai sekarang pun masih begitu setelah 30 tahun berkahwin. Alhamdulillah. Balik dari kerja, papa akan masak dinner untuk keluarga sebab mama kerja sampai malam.

Lepas maghrib, papa ajar kami mengaji dan monitor kami adik beradik buat kerja sekolah/ hantar tuisyen.

Pendek kata, papa seorang suami dan ayah yang sangat protective, bertanggungjawab dan ada semua ciri2 suami dan ayah idaman. Saudara mara, kawan2 ayah semua kata kami beruntung dapat ayah macam papa.

Papa juga seorang pekerja yang sangat dedikasi dan sentiasa jadi bahan rujukan, tempat minta pendapat dengan kawan sepejabat dan bos, pernah dapat anugerah pekerja cemerlang.

Juga seorang yang sangat disenangi semua orang yang mengenalinya. Sanggup berhenti kerja selepas ditawarkan pindah ke luar negara sebab tak nak tinggalkan mama urus anak2 sendirian.

Sebagai hamba Allah, papa seorang yang komited ke masjid berjemaah dan dia memang tak senang kalau tak dapat berjemaah di masjid.

Kalau banyak kerja sangat, papa akan jemaah dengan mama dirumah. Papa juga aktif berusrah sehingga sekarang. Rajin beli cd ceramah agama, AlQuran dll. Aurat kami sekeluarga memang dia sangat2 jaga pantang tak pakai handsock or stokin memang kena marah la jawab dia.

Jadi ini confession tentang papa. Dah dapat kan gambaran papa macam mana? Kelihatan papa sangat sempurna. Aku bersyukur dapat ayah macam papa. Aku sayang papa sepenuh hati.

Tapi ada sesuatu yang mengganggu perasaan sayang tu. Perasaan sayang tu macam dimain2kan dengan perbuatan papa pada aku suatu masa dulu.

Masa aku sekolah rendah, waktu aku tengah tidur malam, aku selalu rasa macam ada tangan yang cuba meraba dan pegang buah dada aku. Time tu aku macam terkejut, terjaga dan nampak orang tu ialah papa aku. Bila aku terjaga macam tu, papa cepat2 selimutkan aku balik.

Masa tu kecik lagi, jadi aku konfius apa yang papa aku cuba lakukan. Benda tu berulang sampai aku jadi takut yang amat nak tidur. Nak mengadu pada mama tapi mama balik kerja lewat. Selalu lepas isyak aku dah tidur. Jadi bangun pagi aku dah kalut nak ke sekolah.

Sejak peristiwa tu aku jadi tak selesa sangat dengan papa. Waktu siang papa buat macam tak ada apa yang berlaku. Layan kami adik beradik macam biasa, happening, tanya pasal sekolah, exam and all.

Aku pun ok lah, yelah budak kan masa tu, kena distract dengan lawak2 dan cerita2 papa jadi lupa sekejap.

Tapi bila malam aku jadi takut balik nak tidur. Sampai tahap selimut tu aku balut kat badan macam mumia sebab takut papa buka dan buat benda yang sama. At least kalau papa nak buka kena extra effort dan aku mungkin terjaga sebab effort tu. Huhu.

Perlakuan papa pada aku walaupun cuma pegang buah dada, aku still rasa itu sangat memalukan, tak selesa, menakutkan dan aku rasa itu sangat harassment. Aku takut benda tu akan terbawa2 ke arah yang lebih teruk.

Kadang2 dalam kereta kalau aku berdua dengan papa, dan sepanjang perjalanan tu aku tertidur, aku dapat rasa papa senyap2 cuba rab* dad* aku.

Dan aku akan palingkan badan aku mengiring ke tingkap bila aku tersedar benda tu terjadi lagi. Tapi papa tetap buat macam tak de apa yang berlaku.

Nak dijadikan cerita, satu hari ni aku main komputer papa. Try buka internet dan godek2 setting la, history la and guess what aku terjumpa history search benda2 p*rn tu. Time tu aku tak tahu pasal p*rn ni, jadi aku bukak dan mengucap panjang la aku.

Aku jadi panik sebab aku takot papa tau. Time tu aku konfius sapa yang search benda tu. Aku siap bukak kamus cari maksud history tu apa walaupun aku tau maksud dia apa. Haha. Denial kan. Ye lah. Papa kan jenis alim2.

Seperti yang dijangkakan.. Esoknya papa pesan kat aku jangan buka internet dan cari bukan2. Aku pun iyakan je walaupun dalam hati aku memberontak tahu yang sebenarnya tu kerja papa.

Aku tak faham kenapa papa tengok, kalau betul dia tengok. Tapi kalau bukan papa tengok siapa lagi? Mustahil mama sebab mama tak pandai sangat IT ni. Mama, online banking pun tak pandai sampai sekarang hahaa.

Peristiwa komputer tu menguatkan lagi keyakinan aku bahawa yang r*ba aku malam2 tu memang papa.

Di awal cerita tadi aku ada bagitahu yang aku ikut papa ke ofis setiap kali balik dari asrama kan? Di pejabat, papa jenis tak duduk diam sebab kerja dia banyak memerlukan dia jumpa collegue, bos, orang atasan, dan meeting2. Jadi aku akan duduk di ofis papa.

Ofis dia pulak ofis special yang non sharing tu. Macam ofis bos2. Jadi aku suka godek2 barang2 papa. Ada satu hari ni, aku terbuka laci yang selalunya berkunci, kebetulan hari itu tak berkunci. And guess what once more.. Laci tu full with dvd blues.

Most of them. Aku tahu sebab cover dvd tu gambar2 yang hmm kalau korang tengok pun tahu dah tu dvd apa.

Time tu aku tak tahu nak rasa apa.. Samada nak tuduh papa punya atau hasil rampasan collegue dia punya. Sebab papa pernah cerita, papa ada juga jaga hal ehwal pekerja.

Yang tengok bukan2 masa kerja, yang chat2 dekat internet pun papa tahu dan papa akan panggil untuk nasihat.

Jadi aku cuba untuk bersangka baik yang itu collegue papa punya tapi aku masih tak boleh lupa kejadian r*ba dan hasil history search yang aku jumpa kat komputer dirumah.

Dia macam contra.. Papa tengok, tapi papa nasihat jugak orang yang tengok. Kadang aku rasa macam papa sebenarnya tipu sebab nak cover perbuatan dia.

Aku boleh jadi gila kalau fikir sebab yang kena harassment aku malam2. Aku nak ngadu kat mama, aku jadi serba salah takut benda ni akan keruhkan hubungan diorang yang sweet tu.

Lagipun aku takut nak bagitahu mama sebab mama selalu pandang aku macam judgmental. Mama memang sayang adik2 aku lebih dari aku. Maybe sebab aku paling rapat dengan papa.

Tapi disebaliknya aku sebenarnya mangsa papa. Aku jadi sangat tersepit dan sangat rendah diri masa ni, sampai lah sekarang.

Di ofis, papa pernah nak bagi knowledge tentang organ se* dengan aku. Papa cakap just untuk knowledge. Tapi aku tak menunjukkan minat, malu kot tetiba dah kenapa nak cakap pasal tu. Aku jadi makin takut dengan papa.

Tapi perasaan takut tu macam tenggelam timbul dengan perasaan sayang dengan papa. Papa sangat lah baik tapi ada dark side yang orang lain tak nampak tapi ditakdirkan aku yang nampak dan aku yang jadi mangsa.

Bila aku masuk asrama aku bersyukur sangat2. Dalam masa yang sama aku risau adik aku pula jadi mangsanya.

Apa kesannya pada hidup aku? Aku tak nafikan sejak sekolah rendah hingga habis degree ada berbelas lelaki cuba tackle aku tapi 1 pun tak lekat.

Yang baik, yang hensem, yang macam ustaz2, yang playboy, yang setia sampai sekarang, yang kaya, yang biasa2, yang educated dan tak, yang try hard, yang psycho, dan mcm2 lagi. Mohon jgn cop aku playgirl sbb aku tak pernah nak melayan.

Surat2 secret admire semua aku buang. Tapi coklat2 aku makan laa membazir kalau buang. Aku tak pernah start the conversation, tak pernah call lelaki, tak pernah vieod call.

Kalau sms/ whatsapp pun most of the time aku reply after 1 day, or after beberapa jam tu pun aku tak tunjuk interest kat diorang.

Sebab? Aku hilang percaya pada lelaki. Lagi2 bila tengok lelaki sesempurna ciri seperti papa aku sendiri pun boleh ‘makan’ anak.

Lelaki yang jemaahnya di masjid tak pernah missed, ngaji, IKIM sentiasa, usrah lagi.. pun boleh tengok benda tak elok jadi aku tak nampak ada lelaki yang baik boleh jaga aku dan anak2. Semua buat aku fikir panjang untuk bersuami.

Tapi akhirnya aku berkahwin juga, dengan suami aku yang sekarang ni. Alhamdulillah cukup baik untuk aku dan saling melengkapi walaupun tak sempurna ciri seperti papa.

Aku tak tahu macam mana boleh terima dia sebab suami aku ni aku tak kenal sehabuk pun. Dia nampak aku kt fb, approach aku dan naluri aku rasa dia lah bakal suami aku walaupun masa tu aku baru reject seseorang ni.

Kesan selepas kahwin, aku jadi ada trust issue dengan suami sendiri. Kalau suami tidur lambat, atau ralit sangat dengan phone, aku jadi buruk sangka sebab dibayangi perbuatan ayah aku yang tengok benda tak elok.

Aku yakin suami aku tak de scandal sebab dia memang tak pandai mengayat, kahwin dengan aku pun dia tak mengayat apa pun.

Just terus asked for my hand then i agreed. Masa tunang pun kami tak wasap sangat. Sebulan sekali tu pun tanya pasal persiapan majlis. Jadi aku tak rasa dia ada bela ‘masalah’ diluar.

Trust issue lain, kalau dia tolong mandikan anak, or terpaksa cebokkan anak sebab masa tu aku tengah tidur or tengah solat. Aku takut dia buat macam papa buat dekat aku.

Bab mandi2 or cebok anak/ pakai pampers memang sebolehnya aku yang buat. Aku tahu suami aku tak buat benda tu tapi aku jadi paranoid.

Issue lain kalau waktu bersama atau tiba2 suami peluk dari belakang, or time santai2 dia nak manja2, dan tiba2 buat macam papa aku buat dulu, aku jadi terflash back or aku jadi rasa tak seronok tapi terpaksa buat2 macam seronok. Sakit kan?

Korang yang tak pernah kena mungkin seronok tapi tak bagi aku. Aku teringin nak rasa bahagia bila dimanja tapi susah. Aku kesian dengan suami. Tapi sakit lagi hati aku teringat perbuatan papa sebab kesannya pada psychology aku sampai sekarang.

Macam mana hubungan aku dengan papa sekarang? Macam biasa. Macam tak pernah ada sejarah hitam. Kami pernah gaduh, merajuk lama sebab lepas kahwin aku pernah keluar rumah suka hati (yelah dah ada suami kan).

Silap aku, patut aku bagitahu papa sebab masatu kami masih tinggal di rumah papa. Tapi jauh di sudut hati aku mengungkit perbuatan jahat papa pada aku dulu.

Aku fikir papa, sudah2 lah, ingatlah perbuatan papa pada aku dulu. Aku kadang2 memberontak rasa macam papa tak layak pun marah atau merajuk dengan aku sebab papa dah ragut maruah aku.

Tapi cepat2 aku ingat balik jasa2 papa yang sediakan segalanya untuk aku sampai kahwin. Perasaan tu berlawan2 dalam hati aku. Aku cuba redha.

Aku tak de siapa2 yang aku boleh mengadu. Aku tak nak keruhkan hubungan mama papa. Mama papa memang ada trust issue dengan aku sebab pernah kantoi jumpa surat2/ notes secret admire orang bagi kat aku.

Pernah jumpa sms secret admire tapi aku tak reply pun.. Jadi dorang fikir aku liar banyak pakwe.

Mama papa memang boleh jadi hijau kalau tahu ada orang lelaki suka aku masa belajar. Sebab dorang ni jenis kuat agama sangat. Malu kalau kawan2 tahu anak ada couple kot. Sampai anak sendiri yang jadi mangsa orang dalam rumah pun tak berani nak report.

Aku jadi rendah diri, tak de keyakinan diri. Walaupun di luar, orang nampak aku sangat beruntung dibesarkan dalam ‘family goal’, dan ramai peminat lelaki. Sedang aku, sangat rimas dengan situasi ni.

Berbeza dengan adik beradik aku yang lain.. pencapaian lebih outstanding. Sentiasa berkepit dengan mamap apa.

Cerita2 mereka didengari. Kejayaan2 mereka diraikan disebut2. Manja2 mereka dibalas mesra. Harta2 mamapapa nanti pun dah sebut dapat kat diorang. Aku tak kesah.

Aku memang sejenis independent tapi tak bermakna aku tiada perasaan. Apatah lagi sejak kecil aku dimangsakan papa sendiri. Disalah anggap ‘liar’ parents sendiri.

Aku akui aku paling ada rupa antara adik beradik tapi tak bermakna aku jenis melayan. Boleh tanya kawan2 aku, aku memang sejenis tak bercakap dengan lelaki pun.

Macam mana dengan mama? Aku tak plan nak bagitahu perkara ni pada mama. Aku tak nak mama terluka. Untuk mama yang tak pernah missed tahajud dan dhuha, aku rasa Mama terlalu baik untuk tahu dark side papa. Aku tak nak mama ada trust issue dengan papa pula.

Sekarang ni, aku selalu nampak papa bangun malam tahajud. Bulan ramadhan dia lagi awal sampai di masjid untuk tahajud. Mama pun tak pernah missed. Tapi bayangan hitam lampau tetap berlegar dalam ingatan. Papa mungkin sudah insaf, mungkin lah..

Tapi aku berharap papa memang betul2 dah insaf. Aku doakan Allah ampunkan dosa papa. Aku? Aku cuba maafkan papa walaupun berat.

Aku sentiasa cuba ingat yang papa tak pernah sekali biarkan aku dalam kesusahan walaupun selalu lebihkan adik beradik aku dalam layanan.

Satu je kesusahan dan damage yang tak boleh pulih. Kerosakan psychology dan trust issue aku bila bersama dengan suami sebab sejarah hitam yang papa buat pada aku dari kecil.

Bayangkan macam mana aku nak hidup for the rest of my life dengan suami bila ada perasaan dan fikiran macam ni..

Korang mungkin fikir ala.. R*ba bu*h dada je. Tak de la ‘jauh’ sangat. Tapi cuba bayangkan ayah korang buat macam tu kat korang? Sekali pun dah trauma bukan?

Begitulah. Aku benar2 berdoa ada turning point yang buat papa betul2 berubah. Aku sayangkan papa sangat2.

Harapan aku, aku dapat maafkan papa seikhlasnya sebelum papa atau aku menutup mata walaupun papa tak minta maaf pada aku.

Aku sendiri tak harap papa minta maaf pada aku sebab aku tak sanggup dengar pengakuan dari papa. Cukuplah aku maafkan papa dalam diam seikhlasnya. Aku tak nak papa tersiksa disana nanti kerana culas tanggungjawab menjaga maruah aku.

Pengajaran disini,

1) Orang yang kelihatan sempurna hidupnya itu tak semestinya benar2 sempurna literally. Ada orang hidupnya kaya raya, tapi hakikatnya kurang kasih sayang.

Ada orang yang kehidupannya kelihatan sangat beragama, hakikatnya penuh noda. Kesempurnaan itu bukan dari apa yang kita lihat dari luaran semata tapi juga dari dalaman.

2) Boleh letakkan kepercayaan pada pasangan tapi jangan 100%. Simpan sedikit keraguan supaya esok2 andaikata ada sesuatu onar yang dilakukan kita sudah bersedia dengan reaction dan tindakan yang perlu dilakukan.

3) Treat your children equally supaya anak tidak rasa rendah diri/ takut bila berdepan masalah seperti aku. Jangan judge anak liar/ teruk sehingga anda dapat bukti yang benar dan didiklah dengan hikmah bukan dengan pandangan judgemental semata.

Sekalipun jika benar anak anda nakal, tak bermakna anak tersebut tidak ada haknya sebagai anak.

4) Buat Sang Ayah di luar sana, fikirlah masa depan anak jika terfikir nak ‘makan’ anak. Fikirkan kesan pada emosi, dan psychology anak2 dan isteri.

Jika tak fikirkan anak, fikirlah kalau ada lelaki buat ibu kalian begitu. Kesan pada anak hingga berumah tangga.

Kalian mungkin sudah tiada nanti tetapi anak perempuan anda kena teruskan kehidupan dengan kesan emosi dan psychology damaged bersama pasangan.

Anak Yang Tersakiti,

– Sirrul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *