Ikhlas Atau Tidak

Assalamulaikum,

Hanya sedikit luahan ringkas dan saya harap korang semua dapat memberi sedikit nasihat untuk saya.

Saya merupakan seorang ibu dan tidak bekerja.

Okey cerita dia macam ni, awalnya saya okey saja bila suami saya mengajak anak saudaranya (perempuan) tinggal bersama dengan kami disebabkan oleh kerja. Pada awalnya semua ok

Tapi masalah timbul apabila adik-beradiknya (1 perempuan, 1 lelaki) kedua-duanya sudah bekerja sering datang apabila hari minggu boleh dikatakan setiap minggu ke rumah dan menginap di sini.

Timbul sedikit rasa tidak selesa apabila kehadiran mereka.

Ye saya tahu tetamu membawa rezeki tapi kalau setiap minggu saya pun tak tahu nak rasa apa. Kadang-kadang ikhlas, kadang-kadang entah lah.

Kemudian satu lagi masalah, apabila mereka ingin keluar kemana-mana mereka akan meminjam kereta saya (saya bayar kereta guna duit nafkah yang suami bagi) yang mana kereta saya sedikit kecil berbanding kereta suami.

Ada sedikit rasa tidak ikhlas disitu sebab dah berkali-kali. Rasa macam share barang-barang dah.

Kalau pinjam kereta suami pun diorang tak isi minyak. Suami hanya luahkan pada saya saja kerana risau dilabelkan “kedekut”

Disebabkan diorang sering menginap dirumah, ia memberi kesan kepada saya apabila keluarga belah saya ingin mengunjungi atau menumpang sehari dua di rumah saya dan perlu memberitahu mereka lebih awal.

Kalau family saya datang mereka akan menumpang di rumah orang lain (family lain) dan menggunakan kereta saya. Kalau contoh dua hari, dua hari lah mereka guna.

Idk lah saya dan suami terlalu baik atau diorang yang kurang common sense.

Saya telah memaklumkan kepada suami tetapi tiada tindakan disebabkan suami pun berbelah-bagi risau dikatakan kedekut.

Harap korang boleh bagi kata-kata atau nasihat untuk saya. Sekian..

– Lola (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. sekali sekala ok la , tpi klu kerap, terus terang jer bagitau tk boleh.. tapi ada la risikonya….

  2. Hujung minggu kereta sis pegletak dekat belakang or lorong mana2 je,, or letak rmh parent sis,, klo dia tnya ckp kereta xada,, family sis perlukan keta utk apa2,, so lama2 buat camtu mesti dia rasa xbest datang sbb xleh nk kluar mana2,, kereta pun xde,,hujung minggu sis ngan suami keluar je pegi mana2 tinggal dorang,, bgitau lah alasan ada urusan apa2,, walaupun xpel bgitau pun

  3. Kalau mereka manusia yang tak toksik lepas kau Suami isteri beritahu tak boleh mereka akan hormati keputusan

    Kalau mereka toksik. Mereka ambil hak kamu macamlah kau macamlah mereka tuh bawah tanggujawab kau, tak sedar diri. Hengat kau dan laki kau kena nafkahi kehidupan mereka. Faham sendiri. Jelas mereka toksik SUKA AMBIL KESEMPATAN.

    ADIK BERADIK LAIN MENUMPANG JUGA. TAK LA TIAP MINGGU. TUMPANG JIKA ZIARAH ITUPUN SETAHUN 2 KALI .

    JENIS PARASIT SEDUT DARAH. DAH KERJA ADA DUIT SENDIRI PAW KERETA ORANG TANPA SEGAN SILU HABISKAN MINYAK TAK ISI SEMULA. BABI!

    sekian kutukan buat manusia bergelar adik beradik tak sedar diri yang jahat mohon terasa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *