Hai, assalamualaikum semua.
Aku tak tahu nak mula macam mana. Hmm takpelah, aku introduce diri aku dulu. Nama aku Hannah bukan nama sebenar. Aku bekerja di sektor swasta, company oil and gas.
Aku dah berkahwin, dan mempunyai seorang anak lelaki, Wafiy. Aku dah bekerja selama 4 tahun dalam industry oil and gas. Boleh dikatakan aku cemerlang dari segi kareer aku.
Tapi yang menjadi masalah aku, ialah hubungan aku antara suami aku. Dari segi financial. Suami aku hanya ada SPM. Dia bekerja biasa biasa sahaja.
Kami kenal di tempat kerja. Dia cuma kontraktor di tempat kerja aku. Perkenalan kami cukup singkat sebelum kami decide untuk bernikah.
Gaji aku lagi besar dari gaji dia. Jurang gaji kami sangat besar.
Isu financial bermula bila masuk tahun kedua kami berkahwin, kami diuji bila suami aku berhenti kerja dan dia decide untuk menjadi rider Grab.
Sungguh aku tak pernah halang apa yang dia nak buat. Tapi aku sebagai isteri ikhlas ke?
Ikhlas ke aku bila aku yang bertanggungjawab membiayai segala benda dalam rumahtangga aku. Baik sewa rumah, kereta, makan, pakai, minum, susu, pampers anak. Dekat setahun aku bayar semuanya.
Nafkah zahir aku tak pernah dapat. Aku penat. Aku mula pendam perasaan sampaikan doktor sahkan aku menghidap anxiety disorder.
Selama 6 bulan aku carikan dia kerja, aku buatkan resume dia, aku applykan dia kerja merata tempat. Siang malam aku bersengkang mata siapkan kerja sambil memohon kerja bagi pihak suami aku.
Aku penat. Tersangat penat. Tak pernah cukup rehat.
Alhamdulillah, baru baru ni dia dapat kerja. Tapi malangnya tak lama pun, cukup seminggu dia kerja situ, dia mula merungut kerja tu sangat penat dan membebankan otak dia.
Dia nak kan kerja office hour 8-5, gaji dalam RM3000, pangkat Executive.
Okay aku turutkan. Aku carikan kerja apa yang dia nak. Dan dia dapat kerja tu. Tapi dia kata kerja tu penat. Tak sesuai dengan dia. Dia mengeluh.
Aku kecewa sangat sangat. Aku ibarat orang bodoh sebab applykan dia kerja tu. Ibarat usaha aku hanya sia-sia.
Segala penat lelah aku tak berbaloi bagi dia. Dia tak hargai apa yang aku buat untuk dia. Aku tak tahu nak tolong dia macam mana dah.
Baru-baru ni aku ke offshore selama seminggu. Aku tinggalkan cash RM500 untuk dia simpan buat emergency in case if anak aku demam.
Anak aku selalu demam. Selepas aku balik, aku tanya dia baki RM500 tinggal berapa? Dia kata tinggal RM100. Aku terkejut. Apa yang dia buat dengan duit tu? Aku musykil.
Okay back to his work, sekarang lepas tiga minggu kerja and next week genap sebulan dia kerja, dia dah berazam nak berhenti kerja.
Dia minta aku buatkan surat resign. Kemudian dia ada sebut sebut nak kerja offshore sepertimana aku kerja di offshore.
Aku jujur dengan dia, kalau hanya guna sijil SPM dia agak susah. Dia kena pergi ambik sijil atau training khas seperti BOSIET, OGSP dan yg sebagainya baru dia boleh apply kerja offshore. Aku buntu.
Aku tak tahu nak tolong macam mana. Nak rekemen suami aku masuk company aku bekerja sekarang pun susah. Lain la kalau company tu bapak aku punya!
Aku ni tak ubah seperti suami, dan dia pulak yang macam isteri. Sejujurnya aku penat dan aku terfikir nak minta cerai. Tapi aku bertahan demi anak. Ikhlas ke aku?
Mula mula aku ikhlas, lama lama aku rasa suami aku ambik kesempatan atas kebaikan aku. Atau silap aku kerana manjakan suami aku sampaikan suami aku tak reti berdikari.
Hm apa pendapat korang? Aku buntu sangat. Aku sayang perkahwinan ni, aku harap dia berubah tapi aku dapat rasakan mustahil untuk dia berubah. Aku cuma nak merasa jadi isteri yang sebetul betulnya isteri.
Makan tempat tinggal pakai aku terjaga oleh suami aku. Aku cuma mintak hak aku, benda basic.
Sekarang aku macam rasa menyesal sebab terima lamaran dia tanpa berpikir panjang. Semua dah terlambat. Nasi dah jadi bubur..
– Kakak Offshore (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit