Assalamualaikum semua. Baru-baru ni ada terbaca confession tentang dugaan menjaga orang tua. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/dugaan-menjaga-orang-tua/).
Saya agak terkesan dengan confession tersebut. Ape yang confessor (Puan Dini) tulis tu sebenarnya banyak sangat sama dengan situasi saya cuma bezanya saya masih single dan belum berkahwin.
Memang masa saya jaga ayah saya sakit dia memang “degil” cakap dia saja yang betul. Mungkin kerana dah biasa jadi ketua keluarga jadi mungkin bagi ayah saya dia tetap yang boleh buat keputusan.
Untuk pengetahuan semua ayah saya sebenarnya sihat dan aktif tapi ibu jari kaki dia cekam dan makan isi. Jadinya terpaksa cabut kuku sebab katanya berdenyut – denyut sampai 2 bulan tak boleh tidur.
Memandangkan ayah saya pesakit diabetes maka bermula la episod yang menyedihkan. Luka akibat cabut kuku tu tak sembuh dan di pendekkan cerita terpaksa di potong ibu jari. Walaupun dah potong jari tetap tak sembuh dan luka semakin merebak.
Masa ni memang berkampung di hospital. Saya, abang dan ibu saya bergilir2 jaga ayah di hospital. Memang letih sangat fizikal mental. Urusan nak beli barang keperluan rumah pun saya kene buat sambil bergilir jaga ayah. Pagi bangun 9am pergi hospital balik rumah dah 9pm.
Baru sampai rumah makan mandi terus tertido sebab penat bangun esok pagi dah terus siap2 pergi hospital sebab nk tukar shift dengan abg pulak. Kadang-kadang memang dalam hati terdetik kenapa saya je nak kene jaga ayah dan buat semua benda. Kadang-kadang rasa terbeban sangat.
Hari-hari rutin sama. Memang penat sangat sebenarnya. Yela tenaga perempuan kan mana kuat sangat nak angkat ayah duduk wheelchair lagi nak letak atas katil lagi pulak. Tu belum lagi nk tukar kn pampers ayah sambil berdiri sebab ayah saya diabetes dia dah effect kat saraf. Tak boleh baring sangat sebab dia cakap sakit.
Bab duit.. Ya duit memang sangat la banyak yang perlu digunakan. Beli air dermacyn untuk cuci luka, gel untuk letak kat luka, beli bandage, selotape untuk letak bila dh selesai balut kaki lagi dan banyak lagi barang keperluan untuk cuci luka. Memang sangat perlukan duit. Masa kat hospital lega sikit nurse cucikan luka.
Memandangkan ayah saya nak balik rumah sebab tak nak potong kaki kt paras lutut. Jadi nya kat rumah saya lah jadi nurse bila dah balik rumah kalau pagi cuci kaki kat klinik swasta dan malam saya cuci kaki ayah saya sendiri.
Balik rumah pun bukannya lega sebab ayah saya saraf dah sakit kalau baring atas katil pun dia merengek panggil macam nak nangis tu cakap sakit sangat tak boleh baring sambil dua2 tangan ayah aku hulur. Ibarat macm kita nk dukung baby tu macam tu lah ayah saya hulur tangan dia. Jadi ayah saya akan tidur sambil duduk di wheelchair atau kerusi.
Semua orang dalam rumah tak tidur lena sebab ayah saya selalu jatuh. Bila lenguh dia bangun berdiri dan kadang kadang tengah berdiri boleh tertidur dan jatuh. Memang setiap jam akan terbangun dengan abang sebab nak angkat bila dia jatuh. Saya susun jugak bantal banyak-banyak keliling katil dan kerusi ayah tidur dengan harapan kalau ayah jatuh at least jatuh atas bantal.
Menjaga ibu bapa yang sakit sebenarnya memang perlukan kesabaran. Ayah saya okay bab makan ubat. Cuma seminggu sebelum meninggal je ayah saya tak nak makan ubat. Bergaduh jugak lah dengan dia.
Tak mudah jaga ibu bapa yang uzur. Sebab saya anak ayah sikit so, saya fikir dia sakit ni apa salahnya saya jaga. Tapi sebenarnya saya faham memang tak mudah. Hari-hari bangun tidur dengan harapan dan azam nak jaga ayah sampai sembuh. Hari-hari dalam hati cakap cepat la sembuh ayah boleh jalan macm biasa.
Apa yang saya nak kongsi ialah memang kalau kita nak jaga ayah atau ibu kita sambil lewa pun boleh tapi bila diaorang meninggal memang akan rasa menyesal sangat.
Macam saya ni dalam hati saya ni rasa macam lega jugak sebab sebelum ayah meninggal dapat berbakti jaga dia dengan elok walaupun kadang-kadang rasa macam “kalau aku jaga ayah lebih baik mesti ayah ada lagi. Mesti saya yang tak pandai nak jaga ayah sebab tu Allah amik ayah”.
Memang lega dah boleh tidur malam sebab tak payah berjaga setiap jam nak angkat ayah kalau dia jatuh tapi tetap rasa sedih dan terkilan sebab rasa saya berbakti tapi belum cukup terbaik untuk ayah. Masa ayah saya sakit pun saya banyak menangis sebab sedih tengok ayah sakit sampai macam tu.
Sekarang ayah dah meninggal dalam 4 bulan pun saya masih menangis terkenang. Kadang-kadang rasa terkilan sebab ayah saya dah pegi sebelum dia dapat tengok saya berkahwin suatu masa nanti (kalau ada jodoh)
Buat pembaca yang masih ada ibu bapa yang masih sihat walafiat semoga ibu bapa anda terus sihat sampai akhir hayat mereka dan untuk pembaca yang terpaksa menjaga ibu bapa yang sakit tu saya doakan semoga hati awak semua ikhlas dan kuat untuk mengharungi keadaan hingga ibu bapa awk sihat kembali.
Jangan stress sebab tak semua berpeluang dapat jaga ibu bapa masa diorg sakit. Kita antara insan yang Allah pilih yang mampu sebenarnya untuk jaga ibu bapa. Insyaallah saya percaya kalau kita jaga ibu bapa dengan baik nanti bila kita tua nanti pun kita kan dijaga dengan baik.
Al-fatihah untuk semua ibu bapa yang sudah meninggal. Semoga Allah jauhkan azab seksaan kubur dan tempatkan bersama orang beriman. Aamiin.
– Jee, insan yang kehilangan ayah tersayang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit