Ikhlas Seorang Suami

Assalamualaikum, Bismillahirahmanirrahim, nama aku Usaf. Aku tergerak hati untuk berkongsi kisah setelah aku membaca kisah Kasih Seorang Suami.

Aku merupakan seorang isteri merangkap seorang pelajar. Namun, aku dihadiahkan dengan satu sakit. Aku ada Post Traumatic Disorder. Mungkin korang biasa dengar tentang “Depression” dan amat jarang sekali tentang “PTSD”. PTSD juga real malah mampu membuatkan engkau menjadi dua, atau bahasa lebih mudah “Split Identity” . Trauma yang melampau akibat kisah silam aku terdahulu. Akibat daripada itu aku mengalami trauma yang agak dahsyat.

Bagi korang semua mungkin boleh kata “aku juga ada trauma”, tapi trauma yang aku alami ini lain. Malah memerlukan bantuan doctor dan rawatan untuk pulih.

Setiap kali trauma, aku akan hilang ingatan bagi setiap episod aku berkahwin dengan suami aku. Aku akan lupa dia merupakan suami aku. Aku akan menjerit bahawa dia bukan suami aku dan aku ingin berpisah dengannya sampai keluargaku turut bantu pulihkan keadaan. Sudah tentu ada triggered terjadi disebalik terjadinya tindakan trauma aku.

Tapi, suami aku. Dengan penuh ikhlas memandang aku dengan sayu. Tiap kali aku mengamuk dan lupa pada dia. Berdiam diri, adakalanya usap rambutku tiap kali aku kepenatan apabila “episod trauma” menjengah atau aku kepenatan selepas trauma. Adakalanya dia sedekahkan aku dengan bacaan ratibnya hanya kerana kasihankan aku terbelengu dalam traumaku. Suami aku tetap baik melayanku. Aku, masih buntu bagaimana mahu hilangkan trauma ini. Bab hal rumahtangga, suami aku sangat bertolak ansur malah ajarkan aku satu-satu perkara perlu dilakukan tiap kali mood trauma akan muncul.

Pernah sampai ke tahap kemuncak, aku agresif dan mengatakan aku benci padanya, aku jerit semahunya dan memohon perpisahan disebabkan aku tak boleh terima dia suamiku. Sampaikan pihak polis memujukku dan menenangkanku. Ada salah seorang pihak polis bertanya kepada ahli keluargaku, “dia ada masalah dengan husbandnya ke?”?, jawap keluarga ku tidak bahkan suami dia baik. yang keluar dari mulutnya semua tak betul, hanya bayangan semata-mata.” Aku sedih pada ketika itu aku hampir tersedar namun selepas itu aku lupa kembali diriku.

Aku calarkan gambar perkahwinan kami sehingga terpadam wajahnya digambar tersebut. Aku mula lupa diri aku. Tidak mampu aku terangkan di sini kerana aku sedikit pun tidak sedar akan kelakuanku. Barang rumah banyak rosak akibat tindakan aku yang agresif, ada yang patah ada pula yang pecah. Hanya semata aku tak boleh terima dia suamiku. Aku seperti di off kan dari dalam. Aku jadi diriku yang dulu, diri aku yang belum lagi bernikah malah aku menggunakan namaku yang dahulu. Dahulu nama timanganku Afi. Tapi dek kerana trauma itu aku lenyapkan daripada menggunakan nama itu.

Suami ku, masih baik membantuku. Selalu pastikan jadual appointment aku terurus dan sentiasa mendoakan aku. Setiap kali aku menjerit seperti orang kehilangan akal, suami berdiri dengan tenang menenangkan aku, adakalanya sampai terduduk sambil merenungku, aku fikir ketika itu mungkin dia kasihankan aku. Suami antara orang yang kuat amalnya.

Adakala setiap kali berjumpa dengan orang alim atau sesiapa ingin menunaikan haji, beliau akan kirimkan namaku sekali di dalam doa agar aku pulih seperti Usaf yang dikenali dahulu, atau dia mintakan air dari orang Alim sebagai ikhtiar kepadaku. Biarpun terasa malu tapi dia usahakan juga untuk menyokong dan mencari ikhtiar untuk aku sembuh. Ramai juga yang mencemuh, ada juga yang pernah bertanya kepadanya, kenapa kau pilih dia?

Jawap suamiku, “sebab diawal perkenalannya aku ikhlas dengan dia, nak peristerikan dia. Aku kenal dia dari sebelum sakit sehingga sekarang, aku tahu dia bagaimana orangnya”.

Aku, sedih bila berita ini sampai kepadaku.

Bak kata doktor, aku sekarang berdepan dengan traumaku yang membuatkan aku keliru antara dua. Perkara itu membuatkan aku triggered dan menjadi aku yang dahulu tanpa ingat sedikit pun memori perkahwinan aku. Doktor ada katakan, mungkin aku perlu habiskan perjalanan belajar baru aku dapat pulih sepenuhnya, kerana aku pilih jalan terlalu berani untuk bergerak ke hadapan. Mungkin bagi korang yang tamat pengajian mudah memperkatakan alah aku tamat pengajian awal je.

Tapi percayalah, ini tahun ketujuh aku di dalam pengajianku yang sepaautnya 3 tahun dahulu aku sudah habis. Betapa sekecil perkara bagi engkau mudah, tapi amat payah malah amat berharga bagi aku sekiranya aku mampu habiskan hingga ke pengakhirannya. Mohon doakan aku cepat sembuh.

– Usaf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *