Ikhlas Tapi Jauh

Dah lama perkara ni terbuku di hati. Diluah tapi mungkin tak sampai. Aku pernah hantar confession sebelum ni, awal dulu aku pun tak ingat tajuk apa dan nama samaran apa. Latest confession aku, mungkin tak lulus sebab tak publish pun. Both confessions sebelum ni, tajuk beza. So, confession yang ni, kalau publish Alhamdulillah. Kalau tak. Tak apalah. At least admin baca jugak. Hehehe. Di sini sekadar berkongsi. Tapi perkongsian aku ni agak emosi sikit sebab musim-musim cuti ni kan.

Aku menetap bersama kedua ibu bapa aku. Aku anak bongsu dari 9 beradik. 2 lelaki dan 7 perempuan. Aku seorang je yg masih single. Kelapan-lapan adik beradik aku semua dah berumah tangga. Anak buah aku yang paling sulung dah 25 tahun. Paling kecil, nak masuk setahun. Total anak buah aku ada 29 orang. Jumlah ni besar bagi aku tapi aku sure kat luar ada jumlah yang lebih besar dari ni.

Luahan aku ni, bagi yang faham mungkin takkan tersinggung dan akan memahami tapi bagi yang tak faham mungkin tersentap. Ini berkaitan kerja-kerja dalam rumah termasuklah basuh pinggan, basuh baju, kemas bilik, memasak dan sebagainya khusus pada musim sibling aku balik rumah.

Ini satu teguran. Bukan nak marah sesiapa (marah juga bunyinya) tapi bagus kalau yang buat benda-benda yang bakal aku tegur ni untuk terasa dan ubah lah. Korang sikit pun tak rugi, malah memudahkan urusan orang tu, inshaAllah, Allah mudahkan korang.

Masalah aku adalah setiap kali adik beradik aku balik ke rumah. Aku seronok bila kakak abang aku balik sebab akan ada orang yg nak tolong masak, sembang dan sebagainya. Tapi jauh di sudut hati, aku terbeban bila depa balik. Nak tau sebab apa?

Pertama, kakak abang aku kalau balik, bagi anak-anak buah aku yang still pakai pampers ni, tak reti depa ni nak letak pampers tu proper dalam plastik dan sebelum balik pergi la buang kat tempat sepatutnya. Kalau kat luar depa basuh ‘yak cing’ anak-anak, kat situ lah pampers tu dibuang sampai ke sudah. Kalau depa basuh kat dalam bilik air, kat bilik airlah sampai ke sudah. Hancing lah satu bilik air kalau dah masuk 2 ke 3 hari. Ada sejenis air kencing ni hancing yakmat. Kalau berak lagi, mintak ampun. At the end, tak aku yang buang, mak aku yang akan buang.

Kedua, pasal tilam dan bilik lepas dia orang balik. Gais, kau bayang lah, sebelum korang balik, sebolehnya aku diarahkan untuk kemas bilik korang baik punya. Bukan setakat bilik, satu rumah aku kemas. Dah memang hari-hari la kemas rumah tu, aku tak kisah. Tapi, boleh tak korang kalau lepas balik tu, lipat toto elok-elok. Rapikan lapik tilam dan susun toto, bantal dan selimut tu seperti sedia kala. Toto yang banyak-banyak aku sediakan kat bawah tu, put them back on the tilam. Janganlah taruk je kat lantai. Korang balik nanti, korang blah je. Kalau kau penat nak buat semua tu, fikir sikit, nanti korang balik, all those messy kat rumah ni siapa kena hadap? Aku jugak. Udahlah aku tak tidur pun kat tilam dan bilik tu. Jadilah berperikemanusiaan sikit.

Ketiga, dapur. Aku anti lah dapur mak aku ni penuh dengan pinggan mangkuk bagai. Cawan jangan lah main campak je ke sinki. Kalau tak nak basuh, susun elok-elok. Bila kau susun baik-baik, orang yang nak basuhkan pinggan tu pun lega. Sebab pinggan mangkuk cawan teko jug la bagai ni, kalau kau letak berterabur, memang dia akan kelihatan penuh dan messy satu dapur. Kalau aku lah, nampak macam tu, terus aku rasa nak meledakkk. Kalau mak budak atau bapak budak yang makan atau minum dan sebagainya, molek lah korang basuh terus lepas guna. Bukan susah. Tak jadi kudis pun. Basuh pinggan ni sepatutnya tak ada exception. Kau siapa wey, nak makan minum dan letak je atas sinki?

Keempat. Baju kotor. Please lah, yang kotor masuk bakul. Yang elok nak pakai lagi sangkut kat penyidai atau penyangkut elok-elok. Jangan haram sangat perangai pi sepah rata-rata. Sangkut kat tangga lah kerusi lah, atas kepala katil lah. Aduhh.. Yang mak-mak ada baby ni, lepas buka baju baby mandikan dan dandan baby tu, baju kotor baby jangan tinggal tengah-tangah jalan. Ya Allah. Ampunilah aku ya Allah. Baju kotor ni kalau boleh satu family buatlah laundry untuk family masing-masing. Kalau family anak sorang dua okay lagi. Kalau anak dah lima enam besar-besar, takkan aku yang bujang jugak nak handle semua.

Kelima. Lepas masak tolong tolong tolonggg lah rapikan balik dapur. Lap dapur gas. Lap sinki. Lap dan rapikan pinggan mangkuk. Tak usah kau penuhkan sinki dengan kotoran. Kupas bawang ka apa ka cari la something untuk isi sampah tu, jangan kupas dalam sinki, sumbat kang leceh! Kalau kau tak rapikan dapur lepas masak, effect dia lepas makan nanti. Sibling aku bila berkumpul, banyak wey pinggan mangkuk segala. Kecuali kalau depa pandai basuh pinggan masing-masing. Kejap dulu okay, sekarang dah mula balik perangai..

Mula-mula aku stay kat rumah parent aku ni aku macam stress juga, tapi lama-lama aku dah mula adapt bila aku berani je bersuara untuk arah dorang follow ‘do’s and don’ts’ aku memandangkan, aku fully living in this house kot. Everything aku yang buat selain mak dan bapak aku. Tapi kan lately, perangai memasing makin menjadi balik. Balik main balik. Tilam tak susun rapi. Pampers merata. Pinggan tak basuh. Seolah-olah, homestay kau buat rumah mak bapak korang ni? Eh, aku stay homestay pun aku rapi elok.

Banyak sangat pakaian nak dibasuh bila korang dah balik ke sarang masing-masing. Tuala tebal-tabal. Baju kotor kadang merata-rata. Pinggan lagi. Yang ipar-ipar tu, tak salah kalau kau nak menyapu ke nak basuh baju siapa-siapa if kau rasa perlu. Kau jangan lah kau selfish urus barang kau je. Kami masak kau makan juga sama-sama kan?

Kau tau tak, aku kat rumah ni bukan bibik. Aku adalah adik bongsu korang. Korang kena hormat aku kat rumah ni as tuan rumah juga. Sepatutnya aku tak perlu nak meluah di sini sebab aku macam buka aib keluarga aku. Maaflah kalau itu yang sebahagian korang rasa. Tak bermaksud aku nak buka aib korang. Tolonglah, fahami orang yang tinggal di rumah. Korang balik kami bukakan pintu selebarnya. Tak cukup pintu, senyuman pun lebar, janganlah korang pulang meninggalkan penderitaan.

Bagi golongan lelaki kat rumah aku ni, aku memang sebolehnya tak nak comment but i need to. U know how hard kami wanita ni nak sediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam without fail dengan jumlah banyak? Kau fikir ye kaum adam. Jangan nak makan je pandai, tolonglah serba serbi. Basuh baju ke, basuh pinggan ke, sapu-sapu ke atau at least jaga anak. Kau ramai, tapi… I just cant keep typing.. Coz i have a lot of bad perceptions on them. Aku tak nak berkata buruk pada sebahagian sedangkan ‘mungkin’ada sebahagian mereka tidak begitu. I dont know. Aku harap aku boleh ubah culture lelaki hanya goyang kaki ni kat anak-anak aku nanti.

Thanks kepada kakak aku yang kadang-kadang kemas sikit-sikit bila nak balik. Yang pergi hanya meninggalkan jejak tu, thanks jugak. Korang ajar aku erti sabar. Tapi jangan buat selalu. Kita tak tau sabar manusia ni limit dia beza-beza. Limit sabar aku dah lama kot tak over. Tu aku confess sini. Of course, tak semua adik beradik aku perangai busuk sangat. Sebahagiannya, ada yg bagus di situ tapi tak bagus kat sini. Aku pun tak adalah kata aku ni pembersih, baik, bagus dan perfect sangat. Confession ni confession aku, jadi mestilah ini perasaan aku selaku mangsa. Aku boleh pilih untuk ikhlas, tapi ikhlas bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Aku kecil hati dengan perangai korang, ini serious. Aku cuba untuk sentiasa terbuka menerima perangai korang. Bukan aku tak tegur, selalu. Doakan aku tabah.

Reader semua yang perangai gini. Aku mohon korang sentap dan please change. Kau bukan pokok, kau manusia. Kau boleh berubah dan bergerak. Baik kau lelaki atau perempuan. Tiada pengecualian. Kalau kau lelaki dan perempuan pandai sepah, kenapa perempuan je yang kena kemas? As simple as that.

– Ohm

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *