Assalamualaikum. Nama ku Izzah (bukan nama sebenar). Aku seorang account executives di sebuah syarikat swasta. Aku jenis pendiam tak banyak cakap, just senyum je banyak. Mempunyai seorang anak berumur 6 tahun. Suamiku Fazli (bukan nama sebenar) pula engineer yang bergaji besar, maaf bukan niat ingin berbangga2 atau menunjuk, aku cerita hal yang sebenar.
Selepas berkahwin, kami tinggal dengan orangtua suamiku memandangkan rumah keluarganya besar dan permintaan bapa mertuaku. Adik beradik Fazli ramai tp tinggal di luar negeri. Fazli anak kesayangan bapanya. Aku ikutkan saja walaupun dalam hati memberontak taknak tinggal dengan mertua. You know la kan, kita selalu dengar benda2 negatif bila menantu tinggal dengan mertua, itu yg aku sangat takut. Kedua2 mertuaku pegawai kerajaan pencen. First year kawin, Allah bagi rezeki aku mengandung, memang alahan teruk.
Nak masuk dapur pun tak dapat, tapi yang buatku tambah tertekan bila bapa dan ibu mertuaku suka complain kata aku tak jaga makan minum Fazli. Katanya nnt Fazli tak sayang,berubaah hati. Hatiku tambah geram, bila balik kerja dengan penatnya mereka suruh aku sediakan makanan utk Fazli, sedangkan Fazli suruh aku rehat saja. Aku just buatkan air dan bagi Fazli minum tiap kali balik kerja, then aku pesan jika Fazli lapar just bgtau aku akan masak. Tapi aku sendiri tak selera makan. Aku tau Fazli suami yg baik dan cepat kesiankan aku, aku pregnant.
Pakaian kotor dia hantar dobi saja tak bagi aku basuh dan jemur sendiri. Lepas ishak aku selalu tertidur, Fazli pula kerap keluar dengan kawan pada waktu malam atas urusan kerja, memang dia sgt busy siang malam memandangkan dia kerja bidang construction, malam pun ada work discussion even outside office/site. Ada waktu Fazli bawa aku makan kat restoren saja.
Hari demi hari berlalu begitu pantas, aku pekakkan telinga dengar apa saja sindiran mertuaku, katanya aku tahu tidur saja tak jaga makan minum suami, orang lain kerja jugak tp sempat jaga makan pakai suami. Ya, aku tau aku memang jarang masak, tp aku tak makan masakan ibu mertuaku, aku tak jadikan dia hamba. Aku balik rumah dengan perut kenyang, if lapar pn aku makan roti je.
Selepas 9 bulan, Alhamdulillah aku selamat melahirkan baby kami. Bermula lah episod super stress ku, selepas 2 bulan aku kembali kerja, aku tak dapat control emosiku sebab baby kami kuat menangis siang dan malam. Hantar kt taska pun,taska selalu call tak dapat handle. Aku tak dapat fokus kerja, selalu kena marah dgn bos. Datang lewat dan banyak kerja office yg tak settle2. Ibu mertuaku pula sangat cerewet, aku tau dia nk yg terbaik utk cucu dia. Dari susu, pakaian, dan semua2 pasal baby aku ada je yg tak kena. Bebel je kerja dia.
Aku ni pulak jenis tak boleh ditegur, terus muncung dan selalu cari salah dgn Fazli. Fazli marah2 kat aku bila baby kami nangis. Aku jd lebih stress! Aku cakap kat dia yg ibu dia buat aku jd stress. Aku nangis tiap2 malam sampai bengkak mata, tak dapat tidur sbb ank nangis lagi, emosi ku terganggu teruk. Jika anak nangis, Fazli ambik anakku dan bawa kepada ibunya utk ditenangkan. Fazli marah2 aku tiap kali anak nangis. Fazli berubah dan jarang bagi nafkah kt aku dah, tapi untuk anak dia apa saja dia belikan.
Gaji Fazli besar, dia mampu bayarkan bil2 rumah ibubapanya, beli barang dapur. Pendek kata parent Fazli boleh rilek2 saja tanpa perlu pikir bil2 rumah. Habis aku ni sape? Fazli start abaikan nafkah aku, sedangkan itu kwajipan dia dan aku berkorban lahirkan anak dia! Aku tak pernah cerita perkara ni kpd parentku di kampung, bagi diorang, aku anak yg pandai berdikari walau tinggal dmana2 pun. Aku minta wang pada Fazli utk beli baju2 anak, Fazli janji nak bagi tapi tak bagi2. Aku diam, aku guna duit gaji aku, 100% gajiku utk ‘sara’ hidup aku sendiri termasuk bayar bil henfon, kereta dan yuran taska anak. Aku malas nak gaduh panjang2, aku banyak diam sepanjang membesarkan anak kami. Fazli cuma belikan susu, pampers dan yuran taska anak saja, duit nafkah ku dia terus lupa.
Bajuku tak berganti,apatah lagi nk bermekap2 berskin care mahal2 walaupun aku mampu. Mertuaku pula anggap Fazli mewah2kan aku dan anak, tiap2 bulan Fazli wajib belanja parent dia makan mahal2 cecah ratus2 bil sekali makan. Aku dah mula tawar hati pada Fazli. Bila umur anak mencecah setahun lebih, aku dah mula balik kg ibuku bersama anak je, ambil masa 45 minit saja untukku drive pulang ke kampungku, tp aku minta izin Fazli. Aku keluar lepak2 dgn kawan2 lama, aku bawa anak aku bersama. Fazli dgn life dia dan kawan2 dia, Kami tak pernah bercuti dgn alasan Fazli katanya susah anak masih kecil. Fazli jika ada cuti, dia melancong ke Indon atau Thai dengan kawan2nya, jauh sekali nak bawa aku dengan anak dia ni.
Dalam diam aku hilang sabar, aku minta dia lepaskan aku. Aku rasa aku mampu jaga anak aku sorang diri dah. Dia marah tengking2 aku kata aku tak waras, dekat 2 minggu tak bercakap. Aku minta izin dari Fazli utk balik ke rumah orangtuaku seminggu, aku ambil cuti nk tenangkan diri. Fazli izinkan, dia nak hantar tp aku nk drive sendiri. Ku bgtau ibuku Fazli kena outstation. Ibu mertuaku pula call ibuku dan bgtau aku tak patut abaikan suamiku, tinggalkan dia begitu dan abaikan makan pakai dia. Ibuku faham situasi ku dan beliau tak marah, ibu bagi nasihat kepadaku, balik lah ke rumah mertua dan cerita hal sebenar. Aku pn balik ke rumah mertua selepas seminggu, Fazli langsung tak tanya kabar aku. Aku luahkan perasaanku kepada ibu mertuaku, beliau diam sahaja. Beliau cakap yg beliau terlalu sayangkan Fazli, jd beliau nak kehidupan Fazli sempurna.
Aku menangis dan minta ampun kt ibu mertuaku. Aku minta untuk berpindah dari rumah tu, mula2 ibu mertuaku tidak setuju tp slepas kami berbincang panjang, beliau setuju utk melepaskan kami 3 beranak tinggal berasingan. Fazli juga diam saja dan aku mohon pada Fazli utk belikan 1 rumah utk keluarga kecil kami. Fazli cakap tak perlu sebab rumah dia dah siap beli tanpa pengetahuan aku. Aku terkejut, katanya dia dah minta utk tinggal berasingan dari orgtuanya tp dibantah slbm ni. Sekali lg airmataku menitis, aku byk berdosa dgn Fazli, aku tuduh macam2 kat dia, rupanya dia tak cukup duit sebab bayar ansuran rumah. Fazli menangis memelukku sambil memohon maaf padaku kerana mengabaikanku,, Fazli sayangkan aku dlm masa sama Fazli taknak derhaka pd orgtuanya. Sekarang kami dah berpindah ke rumah sendiri dah 5 tahun.
Aku jaga makan pakai minum Fazli dan anak 100% tanpa bantuan dia. Ya ALLAH, aku rasa urusanku mudah sangat wlpn aku working mom. Fazli semakin sayang kat aku, dia dah tak abaikan nafkah utkku dan anak, malah dia semakin mewahkan aku. Tapi Fazli selalu nak makan masakan aku, aku siapkan bekal pagi utk Fazli setiap hari. Katanya nak makan masakan air tangan aku saja, walaupn aku masak tak sedap. Ibu mertuaku semakin sayang kat aku, apa saja makanan dia kirim pada aku. Katanya teringat kat aku.Alhamdulillah, moga luka dihati semakin pulih. Rezeki Fazli bertambah2, gaji semakin besar dan dapat belikan sebiji lagi rumah utk masa depan kami. Kewangan kami sangat2 kukuh sekarang, tp kami tak lupa Allah, selalu sembahyang berjemaah dan bersedekah.
Sekarang aku dapat berita gembira, aku disahkan mengandung lagi slepas 6 thn. Syukur, Fazli dan mertuaku terlalu ambil berat akan diriku, apa saja aku mengidam diorang anak beranak usahakan cari sampai dapat, tp aku tak demand pun. ada rezeki ada la.. Aku takde alahan teruk pregnant kali ni, pening2 lalat saja dan after work dapat buat kerja rumah dan masak seperti biasa. So, conclusionnya dari cerita aku ni, kita sebagai isteri jangan abaikan tggjawab, jaga makan minum suami, jaga pakaian dia. Allah akan bagi kebahagian dan ketenangan jika kita menjalankan tugas sbg isteri dgn sempurna.
Jangan terlalu demand dengan kemewahan walaupun suami bergaji besar. Hidup bersederhana memadai. Jangan dendam dan melawan kata2 ibu mertua. ibu mertua bukan musuh kita. Sentiasa berfikiran positif, jangan mudah ikutkan emosi. Syurga isteri ada pada suami, syurga suami ada pada ibunya. Betul kata mertuaku, bila jaga makan pakai suami, suami makin sayang, hidup pn bahagia.. To all working moms, jangan terlalu mengejar urusan kerja sampai abaikan makan minum suami, kerana setiap titik peluh kita utk suami dan anak dapat pahala berlipat kali ganda.
Aku yg mula sedar..
– Izzah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit