Assalamu’alaikum. Terima kasih jika confession ini disiarkan..
Alhamdulillah saya dikurniakan mertua yang sangat baik, suami yang memahami dan penyayang. Saya tidak pernah ada masalah dengan mertua atau suami malah saya pasti balik ke kampung suami paling kurang sebulan sekali.
Jika ada majlis2 kenduri, mertua ingin ke mana-mana tempat dan sebagainya, kami pasti cuba penuhi untuk bawa mereka ke majlis tersebut.
Saya faham tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapa walaupun selepas berkahwin dan saya tak kisah mengenai hal tersebut.
Masalahnya terdapat pada ipar saya, yang sering cuba untuk mencari kesalahan saya. Dikatanya saya seolah pemalas, tidak pernah membantu buat kerja2 rumah seperti memasak terutamanya. Bukan saya je, biras2 saya pun kena juga.
Saya bukanlah tidak pernah menolong langsung. Tapi dengan anak2 saya yang masih kecil2, agak susah untuk saya tinggalkan mereka. Jika anak2 saya tidur dapatlah saya tolong di dapur. Lagipun ipar2 saya ramai, dan anak2 mereka dah besar2 pun, dah bersekolah masing2.
Bab memasak ni, kenapa lah suka nak berkira sangat ye? Ipar2 saya masak pun anak beranak mereka juga yang licinkan lauk pauk tersebut. So, kenapa nak kecoh sangat?] Dikatanya saya dan biras2 yang lain goyang kaki tak reti menolong, tahu makan je.
Bukan kami yang licinkan semuanya, padehal suami dan anak2 mereka yang makan macam bela saka. Kira fair and square lah kan, kau masak tu memang laki kau yang habiskan. Setakat saya nak makan, saya boleh buat sendiri untuk perut anak dan suami saya.
Dia kata saya kena balas jasa ibu ayah sementara mereka hidup. Padehal dia tu lah yang sepatutnya balas jasa ibu ayah, sebab dia tu anak kandung? Ibu ayah dorang yang besarkan dorang dari kecil, bukan bela saya dari kecil pun. Saya ni menantu ye.
Dimana terdapat dalil atau hadis yang mengatakan menantu perempuan ni kena bertungkus lumus bila di rumah mertua? Saya faham maksud berbakti kepada orang tua/mertua, bukan jahil, tapi janganlah kecam kalau saya tak dapat menolong sepenuh masa di dapur.
Kadang2 tu bila ada majlis kenduri, dah ramai pun yang tolong di dapur, nak duduk pun takde tempat. Tapi masih jugak nak jeling2 saya sebab tak tolong.
Saya tanya suami saya, nak tolong boleh ke? Dia jawab, abang tak izinkan, ayang jaga je anak2, orang ramai keluar masuk rumah. So? Salah saya jugak ke?
Kenapa orang melayu suka mengumpat ipar2 sendiri? Adakah anda suka kalau lihat hubungan suami isteri adik beradik anda tu berantakan disebabkan mulut busuk korang tu? Cubalah ikhlas dalam perbuatan, kalau tak ikhlas tak payah buat.
Jangan dah buat, lepas tu kepoh, padehal tak ada siapa yang hadap nak makan masakan kau pun. Benda simple tak payah nak rumitkan. Orang pun tak mati kalau tak makan kau masak tu. Boleh je makan kat luar, as simple as that.
Saya rasa agak tertekan dengan situasi ni, kadang2 saya malas nak balik kampung sebab akan bertembung dengan ipar2 saya. Tapi saya telan dan pendam jela. Nasib baik suami memahami dan beri sokongan kepada saya, dia nasihat supaya saya tak layan mulut2 busuk adik beradik dia.
Hmm orang lelaki, takkan faham kalau perempuan ni berperang macam mana. Tapi saya syukur, dia tak menyalahkan saya dan kadang2 suruh saya hanya berehat lepas penat uruskan anak2.
Sekian, tu sahaja luahan saya.. Wassalam.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit