Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku Moon, berusia awal 30an, berkahwin, telah mempunyai cahaya mata 2 orang. DAN aku nak sangat mengandung dan melahirkan permata hati ke tiga.
Tujuan aku menulis ni kerana aku nak berikhtiar cara ni. Ikhtiar dengan cara minta orang lain doakan agar suami aku bersedia dan terbuka hati untuk kami mendapatkan anak ketiga. Sebab sekarang aku sorang aje yang nak macam nak rak, tapi husband aku macam nak tak nak. Aku tak tahu laa sesuai ke cerita dalam ni. Tapi aku ingin mencuba cara ni berkat bulan ramadan yang mulia ni.. Kenapa? Meh laa aku story sikit.
Anak pertama dan kedua aku nak kata rapat, tak de la rapat sangat. beza 2 tahun. Sepasang. Aku sangat suka kanak-kanak. Tapi husband aku agak kurang sikit. Anak dia, anak-anak buah kami.. dia suka laa.. tak pernah kasar-kasar dengan anak.. rotan mengajar tu ye lah.. setakat rotan manja2.. tapi banyak acah2 aje sebenarnya. Garang, tapi dia tetap lindungi anak dia.
Both of us, kerja. Eksekutif. Takde isu dari segi kemampuan sebab kami pun bukan tinggal di bandar besar pun. Mostly hal anak, aku uruskan sebab kalau dikira level busy husband lebih busy.. aku sedang-sedang aje sebab banyak kerja administration. Kami jarang outstation. Jarak tempat kerja dengan rumah pun sekangkang kera aje.. ulang alik balik rumah masak nasi pun tak sempat masak.
Aku dan husband bukan datang dari keluarga besar. Aku pun sebenarnya takde laa nak anak ramai-ramai pun, tapi bagi aku 2 orang sikit sangat. (ok aku tahu orang lain nak dapat sorang bukan main susah). Aku bersyukur dengan anugerah anak yang aku ada ni.. Tapi aku mengharapkan akan hadirnya anak yang ketiga.
Kawan-kawan seangkatan aku (sama umur, sama batch, sama kelas, sama u) kebanyakkan anak paling kurang pun 4.. ada yang sampai 5, 6 belum ada lagi.. Alhamdulillah murah rezeki diaorang. Aku kalau pergi klinik, suka tengok orang mengandung, baby baru lahir. Geram je. Walaupun aku tahu cabaran mengandung dan membesarkan anak yang masih kecil ni besar.
Dan sesetengah orang mungkin suka dan happy aje situasi macam aku ni, anak 2, sepasang. Dah besar, senang nak ajar dan terima arahan. Boleh bercuti dengan senang dan tenang. Tapi aku ni dah rindu bau baby, rindu nak mengandung.. rindu nak check UPT dan dapat keputusan BFP (Big Fat Positve) tu.. Tapi masalahnya husband aku ni lah.. haihh..
Sebelum ni, memang kami dah agree yang selepas anak kedua kitaorang nak bagi GAP sikit, bagi anak2 dah berdikari baru bagi adik lagi. Agaknya GAP dah terlalu lama, husband dah selesa dengan situasi sekarang. Anak dua, anak2 dah besar mendengar kata.. senang nak kesini dan senang nak kesana, takde episod bangun-bangun malam. tantrum tak tentu pasal. Betul aku pun selesa, tapi hati aku ni meronta-ronta nak mengandung dan ada baby baru lagi. Mungkin kerana aku suka kanak-kanak. Anak aku yang kedua tu dah besar, huhu.
Aku pernah bincang hal ni dengan husband aku, tapi dia bincang endah tak endah. Kadang dia kata tak nak, kadang dia diam aje. Kadang jawapan dia tengoklah. Kadang dia beralasan, kos nak besarkan anak skrg tinggi. Sepasang ni pun katanya alhamdulillah syukur tetap ada anak, tengok orang lain berusaha macam-macam nak dapat sorang katanya. Dia nak utamakan kualiti bukan kuantiti. Dia nak dia ada kemampuan untuk sediakan itu ini untuk anak-anak dia.. Tapi aku nak anak lagi sorang aje lagi pun…
Aku ni pun bukan makin muda. Aku pun tahu risiko mengandung lagi di usia lewat 30 an.. Dan aku yakin rezeki setiap anak ada. Buktinya, bila lahir je anak, aku dapat adjustment gaji yang agak besar masa anak pertama, untuk anak kedua pula, kenaikan gaji tahun tu big bos bagi dua kali. Dan untuk husband aku, tahun lahirnya anak-anak kami, dia dapat kenaikan pangkat. So aku percaya rezeki kami tu, rezeki anak-anak yang Allah salurkan melalui aku dan suami.
Aku tak de ambil apa-apa perancang pun. Semua kami rancang sendiri. Agaknya kerana kadar kitaran haid aku normal, setakat beza satu 2 hari.. so suami aku sangat pandai merancang. Ye dia yang rancang. Dia tahu bila waktu subur aku, mana waktu tak. Dia take noted bila aku tak boleh solat, bila aku dah boleh solat balik.
Aku pernah slow talk pasal keinginan aku ni, aku bentangkan pada dia faktor umur kami, nanti bila dedua dah pencen, anak umur berapa.. kemampuan dari segi kewangan, anak-anak yang dah pandai berdikari. Jawapan dia nanti laa dia fikir. So aku pasrah dan keep on berdoa agar dia terbuka hati untuk kami berusaha mendapatkan anak lagi.
Jadi aku nak minta tolong korang untuk sama-sama doakan aku agar hati suami aku terbuka untuk kami berusaha mendapatkan anak lagi. Moga doa korang Allah makbulkan berkat bulan ramadan ni. Kalau korang nak tahu kedua-dua anak aku, aku dapat tahu pregnant semasa ramadan dan juga selepas ramadan.
Aku percaya kuasa doa, lagi-lagi doa daripada orang-orang yang ikhlas mendoakan aku walaupun kita tak kenal. Aku harap ada lagi rezeki ramadan untuk aku. Please korang doakan aku. Aku doa, aku ikhtiar (mintak korang doakan aku ni pun ikhtiar), try slow talk lagi dan yang selebihnya aku serahkan kepada Allah swt. Apa-apa ketentuanNya aku redha.
– Usagi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit