Salam sejahtera pembaca setia semua. Saya memang peminat setia ruangan ini terutama kalau membaca benda yang ada persamaan sangkut paut dengan kehidupan harian.
Banyak pengajaran dan iktibar boleh kita dapat kalau rajin membaca, cuma ada kala kalau confession yang tak berapa menarik minat tu saya skipped kan je. Sering juga saya memberi komen. Pendek kata ada la topi top fan tu kan.
Baiklah, saya mulakan cerita.. Mukadimahnya saya seorang isteri yang masih lagi bekerja, punya anak2 meningkat remaja dah. Saya juga pegang title menantu.
Dah hampir 30 tahun kami berumah tangga dan selama itulah banyak pengalaman pahit manis suka duka memegang title seorang menantu ni. Panjang cerita saya ni, maaflah kalau tulisan caca marba maklumlah kita penulis amatur sahaja.
Dari awal perkahwinan saya tahu dan sedar sangat saya bukanlah menantu yang masuk dalam list favourite mak mertua, tapi entah macam mana saya survive je walaupun ada kala sakit hati,
Tapi saya biar je berlalu sebab pada saya yang paling penting suami sentiasa menjaga hati dan perasaan saya dengan sangat baik sementelah kami duduk jauh dari mak mertua. Sesekali balik tu rasanya tak memberi kesan mental sangat lah pada saya.
Jauh bau bunga orang kata, dekat bau taik kan. Ibu mertua saya dah sangat2 tua. Agak uzur jugalah dikatakan. Tapi beliau seorang yang kuat sangat dalamannya.
Dengan sakit merbahaya dia dah hadap dengan macam2 pembedahan dia dah jalani dan masih lagi ada. Kalau ikut hukum alam ni Allah bagi dia extra 20-30 tahun dari usia pro rata untuk seorang wanita.
Suami ada ramai adik beradik, lelaki dan perempuan dan dia di pertengahan bukanlah asalnya dari kesayangan emak mertua pun,
Tapi saya sangat kagum dengan suami sebab tidak pernah sedikit pun dia terasa hati untuk menjauhkan diri walaupun kadang layanan mak sendiri tu bukan seperti dijangka. Sampai sekarang dia selalu menelefon emak mertua, sesekali kami balik kampung ziarah.
Sekarang macam nampak emak mertua cuba untuk terima hakikat yang suami lah sebenarnya anak yang sangat ambil berat pada dia.
Dulu mungkin suami tak mampu beri emak mertua duit banyak macam dia harap tapi sekarang setiap kali balik pasti dia akan hulur seratus dua pada emak mertua.
Emak mertua jugak selalu jadikan suami tempat luahan tak puas hati dia perihal anak2 lain. Macam kami menantu kena dulu2, setiap kali dia jumpa anak2 perempuan dia pasti ada je cerita/kutukan pada menantu2.
Walaupun bahasa mereka sangat asing menantu2 seperti saya tidak pandai tapi sebenarnya kami faham je tapi kami buat2 bodoh buat2 tak paham. Bijak kan?
Tapi macam saya kata, katalah apa nak dikata, kutuklah apa nak dikutuk asalkan tidak mencederakan asalkan suami kami tidak termakan, kami ok je.
Kadang saya fikir emak mertua ni mengalahkan CNN, sampai kadang suma cerita dia tahu tak kira la perihal keluarga dan kerabat mereka, cerita2 lain yang kami tak tahu pun dia boleh tahu hebat betul parabola dia,
Cuma saya tak berapa gemar bila emak mertua yang akan menyampaikan cerita pada yang lain yang kadang takde kena mengena dengan kehidupan dia atau anak2 cucunya, kisah sepupu yang bercerai, kisah skandal pun dia tahu.
Tu kadang pelik walhal dia memang duduk di rumah je. Lebih teruk lagi kadang cerita yang disampaikan tu tak benar bahkan menyimpang dari cerita sebenar.
Tapi ego orang tua ni kadang lain macam. Bila kita tegur dan nasihat dengan cara paling hemah kita pulak kena marah, kita pulak kena jerit.
Saya selalu rasa arwah mak saya lebih menunjukkan rasa sayang pada suami lebih dari mak dia sendiri sebab suami seorang yang rajin.
Bila balik kampung ada saja pekerjaan dia. Membersihkan semak samun, menanam macam2 di keliling rumah arwah mak dan rumah mak nya sendiri,
Banyak hasil mangga, ulaman boleh dinikmati tiap kali balik kampung -suma hasil tangan suami. Dia pandai dan suka menanam, apa ditanam insyaAllah menjadi.
Berbalik pada cerita emak mertua semula, saya sebenarnya sedia maklum dari mula kahwin lagi emak bukanlah memandang saya saya sebagai menantu yang selayaknya dikasihi dengan seikhlasnya menerima saya seperti saya menerima dia.
Saya sebenarnya pandai2 je membawa diri sendiri bila masuk ke dalam keluarga suami yang ramai tu.
Nasihat arwah emak memang sentiasa saya pegang. Pandai2 membawa diri bila berada di kelompok mak mertua itu yang selalu dipesan arwah mak.
Masa kami mula2 kawin kami susah. Baru nak memulakan kehidupan kan. Cukup2 makan je gaji kami berdua. Jadi sesekali balik ke kampung suami, kami akan berbelanja apa yang patut seadanya.
Suami walaupun adik beradik ramai tapi entahlah semua pun tak pernah terfikir agaknya untuk sama2 kongsi sekurang nya beli bahan untuk masak raya contohnya. Selalunya samaada suami dan adik bongsu nya atau duit yang mak mertua beri untuk beli ayam contohnya.
Yang lain macam biasa datang bawa segerombolan keluarga tanpa boleh berfikir untuk sekurangnya membeli barangan dapur.
24 tahun lalu, adik bongsu setuju untuk settle down tinggal di kampung disamping duduk di tanah pusaka untuk jaga emak mertua. Persetujuan dicapai oleh adik beradik suami atas tujuan ini. Adik ipar dan isteri adalah kakitangan awam.
Jadi mereka berdua dah sepakat untuk tinggal bersama emak mertua dan ketika itu sambil menjaga anak2 adik ipar yang seramai empat orang -semuanya lelaki.
Oleh kerana pada masa tu salah seorang abang ipar seorang usahawan berjaya, kaya raya, punya banyak rumah, punya banyak kereta dan bisnes mereka memang meletop2 ketika itu.
Jadi setiap kali mereka pulang ke kampung macam2 buah tangan akan dibawa pada emak mertua. Tahun 90an nilai seribu ringgit sangat lah besar kan, jadi jumlah itulah yang mereka beri pada emak mertua setiap kali.
Pada masa itu saya masih naïve. Saya tak faham lagi kenapa emak mertua selalu bagi kelebihan pada keluarga abang ipar tiap kali.
Rupanya nilai wang yang diterima emak mertua sebenarnya mengaburi pandangan mata dan juga mengubah persepsi dia pada menantu yang lain termasuk la saya sendiri,
Kami kena sediakan bilik untuk family tu, siapkan makan segala untuk mereka. Pendek kata memang layanan first class la mak mertua bagi.
Pernah terjadi, kami balik kampung awal jadi dapatlah tido di bilik yang ada penyaman udara semalam dua, tapi bila family berada tu balik emak mertua suruh kami keluar dari situ beri laluan. Maka bersepahlah kami tidor kat hall je.
Sejak bujang, Allah kurniakan saya kelebihan dan hobi suka memasak. Jadi bila dah berkahwin automatic lah hobi saya tu menjadi tanggungjawab saya setiap kali balik ke kampung.
Emak mertua akan arahkan masak macam2 kalau hari raya tu. Tapi yang sedihnya, hanya saya menantu seorang yang dia berani suruh dan kerah macam2 mungkin kerana saya tak suka ckp banyak dan membantah dan mungkin sebab saya masak semua orang suka.
Saya suka memasak dan sangat enjoy memasak. Jadi setiap hidangan yang saya masak memang menjadi kegemaran semua anak2 saudara, ipar duai.
Rendang ayam, sambal tumis dan masakan kampung memang kelebihan saya. Semua akan berlumba minta untuk makan sambal tumis setiap kali kami berkumpul.
Punya la ego dan sombongnya emak mertua ya, tak pernah pun dia puji atau berterima kasih kalau dia makan masakan saya. Padahal nampak sangat berselera dia menambah2 namun untuk sekadar kata sedapnya memang tidak akan lan.
Adik beradik emak mertua kalau datang ke rumah memang tau akan cari saya di dapur dan memang sentiasa akan memuji2 dan suka maka menu yang saya masak.
Pernah sekali arwah mak saudara belah suami cakap dengan saya, tak pelah. Kau terus je jadi diri sendiri, sebab kau memang menantu paling rajin walaupun emak mertua kau tak pernah nak mengaku dia tak nak terima hakikat tu sebab dia sombong. Teruskan je, InshaAllah yang baik2 je nanti.
Itu pesan arwah Cik Ani – mak saudara belah suami yang paling rapat dan sentiasa je memuji saya di depan emak mertua. Sebab ada ramai adik beradik ipar, boleh bayangkan ada ramai biras jugak kan.
Tapi biras yang sulung bijak, tiap kali raya dia muncul pagi raya je bila suma hidangan dan siap. Jadi dia tak perlu bersusah payah nak menolong masak hatta keluar modal untuk beli bahan yang lain.
Biras yang berduit tu memang takkan berbuat apa2 kalau balik kampung. Dulu dia ada bibik segala mala bibik yang akan buatkan, ambilkan air sampai pakaikan stokin pun bibik buat ko rasa?
Biras yang memang tinggal dengan emak mertua biasa kalau tiba raya dia akan balik ke kampungnya di utara. Hanya biras ni la yang selalu tolong di dapur.
Beliau tak berapa pandai memasak tapi sangat rajin tolong siang ikan, basuh2 segala mala lepas memasak. Dan kami sangat rapat macam adik beradik sebab kami selalu berkongsi rasa.
Ipar2 yang lain? Macam biasa walaupun rumah emak mereka sendiri, begitulah keadaannya.
Muncul muka di pagi raya. Itulah kebiasaan yang saya hadap berpuluhan tahun.
Mungkin sebab saya naïve, atau saya suka memasak atau mungkin juga niat saya ikhlas jadi saya tak pernah rasa terbeban pada mula walau urusan dapur diatas batu jemala.
Cuma sejak akhir2 ni saya lebih kepada menjaga kesihatan mental saya sendiri jadi saya malas nak ambil port dan beratkan kepala dengan benda2 tak perlu.
Selain ke pasar membeli bahan mentah dengan suami, dia akan tolong buat kerja siang menyiang -emak mertua tak suka melihat anak2 lelakinya membantu isteri2. Pada dia tu kerja orang perempuan dan tak perlu menyusahkan suami2.
Padahal dalam rumah tangga kita benda tu sangat biasa untuk kita berkongsi tugasan. Suami pulak memang sain kontrak mati untuk basuh dah sidai kain walau dah berpuluhan taun kami kawin, walau anak2 dah besar.
Tapi memandangkan emak mertua suka bising ( habit dia bising dengan perkataan yang kadang2 menghiris betul hati) tapi kita telan je sebab kita tak duduk sekali, jadi hadap la setakat lama mana kita ada kat kampung.
Perkara yang saya takkan lupa sampai bila2 ialah bila kebetulan nak raya, kami balik awal jadi sempat lah berpuasa dua tiga hari bersama2 yang lain, emak mertua akan ketuk pintu bilik kami untuk kejutkan saya supaya masak sahur untuk semua orang.
Sedangkan menantu lain hanya dikejut bila suma dah siap untuk makan. Dari sahur, ke masak berbuka memang itulah kerja saya.
Menantu kesayangan akan hanya lepak2 sembang melayan dia menonton tv dan selama berpuluh tahun dari mula saya ada bayi sampai lah sekarang begitulah. Ada satu pagi raya tu, saya demam panas.
Memang saya sungguh tak larat nak nak bangun angkat kepala pun. Malam sebelum tu saya dah masak apa yang patut sampai ke pukul 2 pagi tapi esok paginya saya demam teruk.
Pagi2 raya suami bawa saya ke klinik di bandar. Jenuh kami cari klinik yang buka sebab pagi raya kan.
Lepas selesai urusan balik rumah dan makan ubat saya tidur. Dalam mamai2 saya dengar emak mertua membebel2 bising sebab tak nampak kelibat saya di dapur.
Kononnya kenapa saya tak bangun makan or minum. Saya biarkan je.
Tak sangka pula dia masuk bilik dan memeriksa sambil pegang kaki dan kepala saya -masa tu memang saya tengah demam tinggi, sakit kepala baru lepas makan ubat jadi badan masih demam.
Saya dengar emak mertua mengomel, demam ke apa tak keluar2 sambil pegang kaki saya dan cakap panas. Suami kebetulan sampai pun cakap kat emaknya, saya demam panas baru balik klinik. Emak mertua berlalu dengan muka tak puas hati tau.
Mujurlah esok raya kedua kami dah balik kampung saya kat pantai timur. Sepanjang beraya di kampung saya, demam masih ada hampir seminggu tau baru kebah.
Arwah emak membebel juga kata tiap kali balik raya kampung suami mesti saya demam – selama beberapa tahun kalau giliran balik kampung suami dulu pasti saya demam.
Manakan tidak penat berdiri berjam2 memasak hingga tak cukup tanah. Maklumlah ramai kan. Setakat 10 ekor ayam masak tu sekali hadap adik beradik ipar duai cucu mereka memang selesai lah kan.
Saya selalu meluah pada suami rasa tidak puas hati dilayan begitu tiap kali, tapi suami hanya diam mendengar ada kala komen juga sikit2 tapi kebanykkan masa dia diam. Hampir 10 tahun jugak gaknya benda ni berterusan.
Lepas saya jadi matang sikit, saya berhenti mengadu dan meluah dengan suami. Pada fikiran saya, seteruk mana emak mertua melayan saya takkan ada benda boleh suami buat selain diam kerana itu emaknya dan saya terima hakikat nya begitu.
Saya cuma mengadu dan bercerita tak puas hati apa2 dengan emak mertua dan keluarga suami dengan kawan2 rapat sahaja. Walaupun tak sekaya menantu yang lain, tetap juga saya berusaha ambil hati emak mertua.
Resmi orang tua yang tipikal kan yang banyak bagi duit dan hadiah tu lah dia sanjung. Pemberian kita dia pandang sebelah mata.
Kalau nak raya tu saya belikan dua pasang baju raya, takde lah pernah dia pakai di pagi raya melainkan baju yang diberi menantu pilihan. Segala tudung semua yang dia pakai memang yang diberi menantu pilihan.
Saya tak pernah ambil kisah pun, yang penting saya dah bagi. Dia nak pakai ke tidak ikut suka dia. Sikit pun saya tak tersinggung.
Yang buat saya tersinggung ialah, satu hari kami balik kampung saya beri dia hadiah telekung dari bandung yang kawan saya belikan.
Saya beli dua pasang, sepasang untuk arwah emak, sepasang untuk dia. Arwah emak sangat menghargai apa jua pemberian saya dan dia tak teragak2 untuk terus pakai tak henti2 ucap terima kasih.
Gitulah arwah emak saya, Al Fatihah untuk dia, saya sentiasa rindukan dia. Tapi emak mertua masa saya beri telekung tu dia campak je atas katil tanpa ada ucap terima kasih pun.
Yang ini memang saya tersinggung sampai sekarang. Sebab harga telekung tu agak mahal masa tu.
Saya terkilan sangat sebab bersungguh2 ikhlas saya beri tapi penerimaan dia? berusaha saya simpan duit untuk belikan tapi bila dapat begitu sedih hati saya.
Alhamdulillah sekarang rezeki saya melimpah ruah, setakat nak beli 3-4 pasang telekung siti Khadijah tu takde masalah tapi sebab saya terluka sangat, saya tak pernah beli untuk dia,
Saya beli banyak telekung2 untuk sedekah pada orang lain yang lebih memerlu dan menghargai je. Hati senang pahala pun dapat InsyaAllah. Sampai saya sudah tiba di tahap tak mau beri dia apa2 lagi dah.
Oh lupa nak bagitahu emak mertua sangat taksub dan sukakan duit. Jadi menantu2 atau anak cucu yang bagi duit memang akan gembirakan hatinya. Saya pulak ketika dulu tak mampu nak beri duit dan tak suka beri duit.
Saya lebih suka beri baju, kain batik, tudung, kasut dan telekung sebab pada saya barang lebih berharga dari duit. Rupanya saya salah.
Saya ingat dia seperti arwah mak saya tapi emak mertua bukan, dia species mata duitan rupanya.
Masa berlalu sangat pantas, diam tak diam dah 25 tahun biras saya tinggal menjaga emak mertua sampai sekarang.
Ya Allah, kalau ada anugerah menantu paling sabar, pasti saya calonkan biras saya. 25 tahun ya dia hadap setiap hari emak mertua tu.
Dan 5 tahun kebelakangan ini adalah yang sangat menduga sabar dia. Saya lah tempat biras mengadu dan meluahkan perasaan setiap kali emosinya koyak.
Semakin menghitung akhir usia, emak mertua semakin teruk pulak kelakuannya, tutur kata dan segalanya. Semua benda tak kena pada dia.
Biras saya penjawat awam, dia perlu bangun seawall 4 pagi untuk menyiapkan makanan untuk emak mertua.
Bayangkan ada satu masa tu emak mertua lepas makan mintak biras ambil pinggan nya, tapi memandangkan biras ada keje lain dan lambat datang pada emak mertua, beliau lempar pinggan makan tu ke bawah meja sambil marah2 sebab biras lambat datang bila dipanggil.
Korang rasa? Semua yang dia masak serba tak kena di tekak emak mertua.
Serba salah, sebab semuanya emak mertua bising dan komplen. Masak lemak salah, buat kari salah, semua tak kena.
Banyak perkara2 lain bersangkut paut hal rumah tangga biras dan adik ipar yang selalu dia sebokkan, mujurlah mereka tak berapa layan sangat.
Kalau tidak mahu bergaduh dan berantakan, sebabnya ye awal2 dulu adik ipar macam terpengaruh juga tapi akhirnya mungkin Allah tunjukkan semuanya jadi mereka berdua sedar dan cuba untuk tidak dipengaruhi.
Dan yang kagum ingatan emak mertua masih lagi utuh dan kuat teruatama bab duit ye. Maaf cakap lah kadang saya fikir, emak mertua ni ingat dia mati esok bawak semua duit tu masuk kubur ke?
Bila dinasihat anak2 untuk infaq ke masjid sedikit pun dia tak peduli. Kalau nak bagi dia diam dan sihat beri lah duit mesti perangai dan tingkah nya akan berubah 360 darjah.
Ada satu ketika, emak mertua mengadu demam2 tak sihat, asyik nak meragam dan marah tapi apabila adik ipar bagi duit terus dia baik. Boleh cakap elok, bole menyihatkan diri pulak.
Sejak akhir2 ni pula, saya jadi semakin kebal. Bila balik ke kampung saya hanya berada di dapur masak apa yang mampu.
Maklumlah saya pun semakin berusia, dah tak larat nak berdiri lama2. Biasanya saya akan masak berapa jenis lauk.
Anak2 saudara lelaki sedang membesar memang kuat dan suka makan, jadi selalu saya masak lebih. Jadi bebelan emak mertua pula kenapa masak banyak dan membazir.
Biasanya saya buat tak dengar dan buat tak tahu. Suami dah faham sangat.
Saya tak mau menyakitkan mental saya. Penghormatan saya pada dia sebab dia adalah syurga suami saya.
Jadi saya banyak berdiam diri dari bercakap apa2. Pelik pula sekarang, bila emak mertua selalu mengadu, membawang menantu pilihan dia.
Tentang orang tu dah tak kerap datang tengok dia. Tentang kemalasan dia.
Walhal saya rasa sebab mereka dah tak hulur duit lagi, bahkan ada masa emak mertua hulur duit ke abang ipar. Bisness mereka dah lama melingkup teruk.
Hutang keliling pinggang, hidup sehari2 mereka pun sangat mencabar kabarnya. Bahkan ada juga terdengar mereka ditipu berkali2.
Emak mertua pulak sekarang dah makin kerap pakai baju2 pemberian saya. Tiap kali dia pakai dia akan cuba nak beritahu tapi saya hanya kan senyum je tanpa kata apa.
Sekarang tiap kali kami balik anak2 dan suami selalu hulur duit kat dia, gembira bukan main lagi dia. Saya?
Dah lama saya tak praktik beri dia duit. Pada saya, dia tak perlu sangat duit pun sebab segalanya adik ipar dan biras dan sediakan, beri dia duit banyak2 dia beri kat abang2 ipar yang tiap kali mengendeng tu buat saya sakit hati je jadi saya berhenti memberi.
Cuma, saya simpati dengan biras saya. Setiap kali dia meluah dan mengadu saya bole rasa peritnya sebab saya juga sama macam dia hanya seorang menantu.
Emak mertua selalu keluarkan kata2 yang sakit menyakitkan hati kami menantu2 tak terpilih ni.
Dia selalu ulang2 “menantu perempuan tak sama macam anak perempuan sendiri” itulah yang diulang2 setiap kali walhal dia patut bersyukur sebab menantu (biras saya) sanggup berkorban mental fizikal dan emosi menghadap dia setiap hari.
Anak2 perempuan sendiri nak datang melawat pun bermacam alasan apatah lagi nak jaga? Selalu bila saya dah biras bersembang2 kami dapat rasa yang hati emak mertua ini penuh dengan rasa iri hati dan sentiasa bersangka buruk.
Sering je melagakan anak2 nya dengan menyampai cerita. Saya juga kurang gemar bila ipar2 selalu bercerita macam2 pada emak mertua dan kemudian akan tersebar macam2 berita dan cerita yang sudah bertokok tambah sampai menimbulkan pergaduhan.
Saya selalu beritahu pada suami kena hadkan untuk berkongsi macam2 hal dengan emak mertua. Banyak buruk dari baiknya.
Kadang hal2 kewangan hal keluarga difikirkan emak mertua kesan cerita anak2 membuatkan dia tak boleh tido malam, sakit memikirkan. Hal anak2 takde duit, hal cucu2 nak berumah tangga suma masuk dalam kepala dia.
Bayangkan siapa yang jadi mangsa kalau tiba2 dia susah hati dan kemarahan mendatang. Tak tahulah ini ujian untuk biras untuk kami (biras saya selayaknya dapat syurga kalau dikirakan) tapi yang kami boleh doa, semoga Allah permudahkan urusan dia bila sampai masa dia nanti.
Cuma selagi dia hidup ni maka kami kena sentiasa pujuk hati untuk bersabar. Walaupun kadang2 mental dan emosi teruk koyak.
Pernah terjadi ketika biras nak pulang ke utara melihat arwah ibunya, emak mertua tak benarkan ya walhal masa tu ibu biras sakit tenat, sampai lah dia meninggal biras cuma sempat menatap jenazah je.
Kadang2 saya terfikir, kejamnya hati emak mertua ni, pentingkan diri sendiri sampai sanggup buat begitu.
Kadang2 fikir juga mungkin ni kifarah dia untuk hidup lama sebab Allah nak tunjuk segala kerosakan dan keburukan yang dia dah buat dan bagi kesan pada orang lain.
Semoga Allah permudahkan urusan dia untuk pengakhiran nanti itu je saya harap.
Banyak sangat dah rasanya penganiayaan secara sedar atau tidak yang emak mertua dan ciptakan pada anak2 nya, pada menantu2 nya. Allah maha mengetahui.
Kalau dia selalu ulang2 ayat menantu tak sama macam anak sendiri, begitulah saya juga rasa. Emak mertua sampai bila2 pun tak akan sama macam emak sendiri.
Manusia ni ada hati dan perasaan sebaik2 mana pun jika dilayan tidak selayaknya jangan salahkan orang lain kalau satu hari nanti kami pun berasa begitu, bak kata orang bila hati dah mati, tiada apa dapat mengubah.
Saya kagum lah pada emak mertua yang baik hati baik budi dan tutur kata tidak pernah membezakan antara menantu.
Sentiasa bersyukur, berterima kasih pada menantu dari sekecil2 hingga sebesar2 jasa yang menantu baktikan. Itulah doa saya juga semoga saya jadi emak mertua yang baik hati dan tidak pilih kasih.
Kadang2 saya terfikir, agaknya apa yang jadi pada emak mertua tu kifarah atas perbuatan dia sendiri, asik mengeji dan mengata menantu asyik membanding anak perempuan dan menantu, akhirnya menantu perempuan yang sanggup dan sudi jaga bukan anak perempuan sendiri,
Tapi tulah kadang hati yang hitam memang tak akan pernah terima hakikat apatah lagi bersyukur kan? Saya doakan semoga yang baik2 je untuk biras.
Semoga dia sentiasa sabar menghadapi kerenah dan perangai bukan2 mak mertua. Semoga jadi iktibar kita.
Satu hari kita akan jadi emak mertua, janganlah kita beza2 kan kasih sayang anak dan menantu. Allah tu maha kaya yang kita tak suka, yang kita pilih2 kasih tu lah akhirnya menjaga kita sampai hujung nyawa.
Semoga kita jadi emak / emak mertua yang terbaik yang takkan pernah beza2 kan.
– Madam MiFaa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit