Assalamualaikum semua. Ada sebuah cerita yang sebenarnya jadi pengajaran buat aku sampai sekarang.
Aku yakin ramai kita ni yang membesar asal usul memang serba kekurangan. Aku pun sama.
Korang pernah tengok filem P.Ramlee yang rumah panjang tandas/tempat mandi berkongsi dengan berkongsi dapur lagi.
Macam tulah rumah zaman aku kanak-kanak dulu. Rumah kayu panjang dalam bilik tu pula ada meja kecik, kerusi, cermin.
Tidur pula pakai toto mak satu, ayah satu aku satu tak pakai katil/tilam sebab nak senang kemas dan space besar sikit. Orang sebelah berbual kuat sikit bilik sebelah dah boleh dengar.
Aku dulu sebenarnya agak jealous. Bukan apa dekat tempat tu aku sorang anak tunggal. Lain tu semua ada adik, akak, abang.
Jiran-jiran selalu juga tanya mak dengan ayah aku bila nak kasi aku adik mak dengan ayah aku cuma cakap belum ada ‘rezeki’ lagi.
Sampai sekali ni aku tanya mak dengan ayah aku. Kenapa aku tak ada adik beradik aku siap kasi tahu kawan sekeliling aku semua ada adik.
Mak aku pun dia tunjuk bilik kami tinggal tu dan cakap, “kita tinggal tempat macam ni nak oi makan pun cukup cukup saja nak bayar duit sewa lagi, makan lagi, untuk masak lagi. Kalau mak ni terberanak lagi satu adik kau nak makan apa”
Sambil tu mak suruh aku tengok macam mana kawan aku yang ada adik beradik dia ramai. Bila aku tengok tu memang nampak sangat. Dari baju, seluar, makan banyak yang tak cukup.
Dekat tempat kami tinggal tu kalau jiran bilik kami minta nasi sikit, lauk sikit, beras sikit tu benda dah biasa sangat.
Selalu sangat jiran sini datang ketuk bilik cakap dengan mak ayah aku, “ina, man nak minta nasi sikit boleh kesian anak diorang lapar lagi” selalunya mak aku ada kasi ada juga tidak. Sebab itu mak aku dia memang masak awal dan simpan.
Ayah aku pun kalau ada bawa benda sedap jajan ke apa dia balut habis dan mak memang suruh aku makan dalam bilik habiskan baru keluar jangan orang nampak.
Kalau aku bawa keluar nak menunjuk mak aku memang akan cakap, “lepasni ayah tak payah belikan dia lagi”.
Dari situ aku perlahan-lahan faham hidup kami ni sebab ber-3 jadi masih elok bertahan. Sebab cukup untuk kami sekeluarga.
Mungkin sebab itu mak dengan ayah aku jarang bergaduh. Kalau orang lain bab bergaduh pasal tak cukup duit, tak cukup makan, anak lapar memang setiap hari.
Akhirnya, kami keluar dari rumah tu pindah negeri lain sebab ayah aku kerja ikut kawan dia yang gaji double.
Dekat sini baru kami duduk rumah sebiji bukan bilik. Rasa teruja bila first time ada rumah walaupun sewa. Ayah aku pula first time dapat beli motor merasa kami 3 beranak naik motor.
Waktu ni lah baru aku dapat adik perempuan umur memang jauh beza. Selang beberapa tahun dapat lagi sorang adik perempuan. Tak lama lepastu ayah beli rumah dan kali ni baru betul selesa sebab ada 3 bilik dan memang luas.
Lagi satu hal rumah ni dulu murah bayangkan rumah yang kami membesar tu ayah aku beli cuma dalam 30 ribu ringgit Malaysia kalau tak silap aku.
Bayangkan sekarang ni harga rumah yang sama beratus ribu. Mak dengan ayah aku ni diorang kahwin muda sebab mak ayah dah tak ada jadi kahwin.
Bila aku dah habis sekolah, sambung belajar dan lebih expose kepada dunia luar pada aku apa yang mak ayah aku rancang tu sangat menjadi. Hidup kami ni waktu aku kecik tak senang mana tapi cukup pakai, minum, makan sebab tak berkongsi.
Contoh paling dekat isteri aku, dia ni adik beradik 9 orang jarak semua beza setakat setahun ada 2 tahun.
Selalu dia dengan ipar aku semua cerita hidup dia susah makan tak cukup sebab yang kerja sorang ayah dia. Bayangkan telur goreng 4 biji kerat kasi 9 orang rumah pula setakat ada 2 bilik.
Waktu aku kahwin, mak aku sendiri ada nasihat dekat aku dan isteri “enjoy dulu hidup kahwin berdua perlahan-lahan rancang” side mak mentua aku pula hari-hari isteri aku tekan suruh beranak banyak.
Isteri aku sendiri dia faham pentingnya nak merancang selalu dia share dekat aku hidup dia kecik susah memang ye pengajaran tapi dia cakap kalau boleh taknak anak anak dia melalui situasi yang sama.
Jadi kepada pasangan suami isteri yang bakal menjadi mak dan ayah, rancang dengan baik iya anak itu rezeki tapi kalau boleh cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak kita membesar.
– Zul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulilah mak ayah Zul memang pandai merancang untuk kesejateraan hidup anak-anak. Anak dapat membesar dengan sempurna tanpa melalui trauma yang menyakitkan
Itulah pentingnya family planning.
setuju sangat. Anak tu rezeki, bukan alat atau jaminan rezeki masuk tanpa berusaha. Kena pastikan anak membesar serba serbi cukup, bukan lahir anak pastu biar terkontang kanting pastu esok besar kena pulak jaga mak ayah derhaka