Ikut Kemampuan, Bukan Trend

Admin, tolong hide profile saya.

Saya dan tunang bakal berkahwin tak lama lagi.

Saya bercadang untuk buat yang mana wajib iaitu akad nikah sahaja dan paling kuat pun kenduri doa selamat.

Bila saya ceritakan planning saya ni pada kawan-kawan, respon mereka tak begitu memberangsangkan. Ada yang cakap patut bersanding, tempah dewan apa semua dan yang paling saya tak boleh terima suruh buat personal loan.

Saya ni orang jenis realistik dan ukur baju di badan sendiri. Saya sedar tunang saya bukan orangnya berada, duit yang dia ada ngam ngam je.

Bab hantaran dan mas kahwin pun saya tak bagi family interfere. Kiranya serba serbi perjalanan pernikahan kami diuruskan oleh saya.

Tunang saya memang sedih bila dia tak mampu sediakan wedding grand macam pasangan lain. Saya cuma respon ada apa pada persandingan? Majlis grand yang berhabis beribu kalau kita kena tanggung hutang lepas habis semua tu. Kita kena ingat masuk alam perkahwinan duit lagi banyak nak kena pakai.

Planning nikah saya teramatlah simple.

Baju nikah saya ambik yang boleh dipakai semula bila-bila nanti. Cost baju untuk saya dan tunang dalam RM 200 plus.

Make up nipis je. Cukuplah bakal suami yang tengok saya cantik. Orang lain nak pandang macam mana pun lantak la.

Akad nikah di masjid sekian.

Tak upah photographer cuma mintak tolong member ambik gambar pakai handphone dia (Iphone 7) bukan handphone saya.

Buah tangan tetamu? Nota thank you tulis pakai tangan attach dengan one small piece of chocolate.

Dek kerana saya tak boleh pakai emas (ada alergi) jadi banyak save duit dekat situ. Tunang belikan cincin perak untuk disarungkan nanti.

Semua ni saya ikut kemampuan saya dan tunang saya.

Mak ayah setuju tak? Memang tak la mereka nak setuju tapi saya bagi satu ayat power ni. Nak wedding grand boleh tapi lepas tu mohon tolong bayarkan segala hutang. Jangan nak wedding grand tapi kami yang kena tanggung sampai makan pakai anak kami nanti terabai.

Terus mereka tak campur tangan. Bukan nak kurang ajar tapi dalam lembut ada masa kena tegas. Yang nak hidup kita bukan mereka.

Pada saya bahagia itu bukan terletak pada mewahnya majlis tapi toleransi, kepercayaan dan kasih sayang antara kita.

Saya nak perkahwinan yang tak membebankan. Saya taknak suami saya hari-hari kusut kepala fikir nak cari duit untuk bayar hutang.

Perkahwinan itu untuk jangka panjang bukan? Adalah lebih baik fikir long term planning.

– R.I

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit