Ikut Orang Atau Ikut Diri Sendiri?

Assalamualaikum semua.. Harap korang semua dalam keadaan baik dan sihat sejahtera hendaknya. Selama ni aku sekadar reader je untuk page ni, Tapi sekarang, aku nak try confess pula masalah aku kat sini.

Sebelum tu aku nak minta maaf sebab coretan aku sedikit panjang. Jadi terima kasih kepada korang semua yang sanggup baca sampai habis, dan terima kasih kepada korang yang bagi nasihat kat komen nanti.

Aku merupakan seorang juruteknik di sebuah institusi di Malaysia, bakal mencecah 30 series dalam beberapa tahun lagi. Agak lama juga aku dalam company ni lebih kurang nak dekat 10 tahun aku kerja disini.

Kerjaya aku tak sama macam orang lain, tapi mungkin ada rakan yang mengalami nasib yang sama dengan aku. Sekiranya ada, mohon tinggalkan pengalaman kita di komentar agar jadi motivasi kepada aku dan juga rakan yang senasib seperti kita.

Permulaan pekerjaan aku tak berjalan begitu baik, lepas aku habis pengajian aku melalui intern seorang diri. Silap aku, aku sangkakan hidup di dunia pekerjaan tidaklah sesusah mana pun. Jadi aku fikir aku boleh handle internship aku seorang diri since aku memang suka buat kerja sorang sorang.

Final Year Project aku juga pada awalnya bercadang nak buat seorang diri tetapi ada rakanku yang tidak bernasib baik untuk mencari pasangan project, aku yang kesihan ni pun offer lah dia jadi rakan project aku. Turns out it going well, alhamdulillah.

Berbalik kepada permulaan internship aku, menjadi salah seoang yang pendiam dalam society dan memilih unutk jalani internship sendirian merupakan kesilapan terbesar dalam hidup aku. Aku yang tiada pengalaman bekerja tiba tiba disuruh melakukan pekerjaan yang ibaratnya aku culture shock.

Bukanlah aku zero knowledge dalam internship tu since internship tu pun memang parallel dengan bidang course aku.

It just, aku assume dan expect yang internship ini kita kena belajar dan observe macam mana orang bekerja dan macam mana environment pekerjaan itu sendiri. Rupa-rupanya kita yang ‘jadi’ pekerja tu sendiri. Kita yang kena bekerja dan bukan kita yang the one kena observe benda tu.

Turns out, aku jadi terkial kial, lembab, macam orang bodoh dan dihina rakan sekerja serta dimarahi bos. Setiap hari nak bekerja aku rasa cemas dan berdebar-debar. Setiap hari internship aku, aku berharap aku kemalangan waktu nak pergi dan balik kerja supaya aku tak dapat jalani internship tu.

Biarpun begitu masih ada lagi rakan sekerja yang masih Bersama aku dan tetap bersabar dengan aku. Aku bersyukur tapi disebabkan situasi waktu tu aku jadi guilty and aku decide nak lost contact dengan dorang. I already guess with my action, dorang mesti akan anggap aku sombong.

But issokay aku faham why dorang akan fikir macam tu dan kalau boleh aku nak minta maaf sangat sangat kat dorang diatas action aku. Dorang tak salah, aku yang salah putuskan conection dengan dorang disaat dorang dah treat aku better dari rakan sekerja yang lain.

Bukan aku nak, tapi nak berhadapan dengan dorang pun aku tak sanggup sebab malu dengan kelembapan aku yang menyusahkn dorang selaku team untuk bekerja. Nak ikutkan aku tak habis internship aku, sebab aku mintak cuti yang agak lama kat HR sebab aku buat saringan kesihatan mental yang mengatakan aku ni ada masalah cepat cemas.

HR aku faham and dia lepaskan, aku walaupun takdelah sampai aku tamat intership, tapi lepas aku inform kat HR yang aku boleh bekerja, HR hold aku sampai habis internship.

Aku tak tau nape tapi maybe sebab HR takut kalau lecturer aku melawat pastu tanya aku kenapa tak hadir. Ataupun takut aku ngadukan lecturer aku. So end up dia hold aku dan lecturer aku untuk berjumpa sampai habis internship.

Aku rahsiakan dari lecturer aku sebab aku taknak dorang nampak aku lemah and kalau boleh memang aku nak cepat graduate. Indeed, lecturer memang tanya aku kenapa HR asyik kata tak boleh buat lawatan sebab busy. Aku diamkan aje.

Habis ja internship tu, aku memang lost contact dengan rakan rakan tempat study aku dulu sebab aku takde semangat nak jumpa dorang. Kalau boleh aku nak elakan dari jumpa sesiapa. Macam macam perasaan bercampur dalam diri aku.

Aku cut connection dengan dorang sebab malu ada, sebab takde semangat pun ada. Tapi kalau boleh memang aku taknak contact sesiapa dah. Yang aku tau aku nak duduk dalam bilik for the rest of my life. Rasa kosong, pelik juga rasa tu.

Tapi aku yang dah start bekerja ni tetap kena bekerja sebab aku dah dilatih oleh parent aku untuk tidak meminta duit lagi. Of courselah kena jadi independent since kita dah habis belajar en. Aku pun malu jugak kalau nak mintak dorang so nak taknak, aku terpaksa bekerja jugak. Tapi kenapa… entah kenapa aku rasa berdebar dear event nak hantar resume.

Bukan takat hantar resume, aku pasang niat bekerja pun aku berdebar debar. Rasa takut, tiap kali ada niat tu, pengalaman lepas dan bayangan kena marah dengan bos, kena tolak kepala oleh rakan sekerja, kena marah semua kembali terpapar dalam kaca mata aku.

Aku tak suka macam ni tapi aku terpaksa, aku terpaksa bekerja. So aku plan nak buat kerja yang ringan ringan an easy dulu. Macam cleaner ke tukang cashier ke jadi guard ke.

Tapi bila aku cerita kat kawan aku ni terus dia pelik dan dia perkecilkan tindakkan aku. Untuk pengetauan korang walaupun aku cut connection dengan rakan rakan aku, tapi tetap ada yang still keep in touch aku. Agak annoying tapi sebab dia jugaklah aku boleh sampai ke tahap sekarang.

Macam biasalah, manusia ada kelebihan kekurangan dia. Dan antara kekurangan dia itulah, bila aku plan yang aku nak kerja ringan dan senang tu dia perlekehkan aku. Katanya aku ada sijil asal nak kerja situ.

Aku? Of course kecik hati, marah but at the same time aku faham sebab dia tak tau side story aku yang aku tak cerita.

Ya, memang story aku ni aku tak pernah cerita kat sesiapa pun. Oh kecuali ex aku and end up dia pandang aku lelaki yang lembik and apa yang aku nak buat lepastu terus dia macam, “mana boleh, nanti you jadi itu ini, nanti you yang stress, nanti you yang depress nanti you yang kalah, tak mampu lawan,” and such thing.

Yeah, aku rasa point of view dia mesti tengok aku ni lelaki yang lemah dan lembik. So pasni if ada rezeki untuk mengenali soulmate aku, aku takkan cerita pasal kelemahan aku ni lagi. Betulah lelaki memang kena jadi kuat di depan orang. Aku kena sorok kelemahan aku atau tak, orang akan take advantage.

So even so member aku macam tu tapi dia still baik sebab dia banyak suggest aku kerja yang selari dengan bidang aku. Berkat dia aku dapat kerja semula. But that isn’t a good ending. Even so dah dapat kerja baru, aku still dengan masalah lembab aku.

Tapi kalini bukan sebab yang sama macam aku assume waktu internship dulu. Tapi kalini aku lembab sebab tiap kali kerja aku takleh focus.

Aku terlampau takut, aku terlampau cemas. Dalam otak aku just, “aku tak boleh salah, aku tak boleh silap. Nanti perkara sama akan berulang,” but end up, 2×5 je sebab aku takleh focus menyebabkan aku takleh nak buat kerja dengan betul, ada je benda tak kena dengan aku buatkan ramai tak suka aku.

But I know it’s all my fault. So nak marah ke nak salahkan sesapa ke at the end aku tau tetap salah aku. But as the times far goes, bertahun lama selepas aku dapat kerja baru yang lebih simple tapi still dalam bidang juruteknik.

Alhamdulillah, aku semakin better. Dulu nya aku tak boleh terima aku sebab diri aku lembab sekarang aku dah boleh terima dah. Memang diri aku lembab, tapi bukan lembab for all the things.

Aku jadi lembab untuk something position yang aku tak suka. Dalam hal penyelenggaraan macam service atau cuci aku memang boleh on, kalua 5 ke 10 tingkat nak suruh aku buat dalam masa sehari aku pun aku sanggup.

Tapi bila sampai ke position yang mana aku kena memasang, troubleshoot atau kerja yang berkaitan dengan kekuatan fizikal aku memang takleh. Satu sebab aku tak kreatif dan aku tak boleh nak plan untuk pasang sesuatu mesin tu dalam otak aku.

Dalam otak aku kalau pasal hal memasang ni macam “macam mana nak pasang ni,” “nak pasang yang mana dulu?”, “ nak buat apa dulu?” Aku memang tak berkenan sangat dalam bidang memasang ni. Lagi satu sebab aku ni lelaki lembik, nak angkat benda berat takleh lama, aku cepat penat.

After through a long time now aku dah kenal diri aku ni takde physical strength, but aku ada dari segi stamina. Sekarang aku dah mula mengenali kemampuan aku, walau tak seberapa tapi dapat tau kekurangan dan kelebihan aku sekurang-kurangnya.

And now the problem is, setelah beberapa tahun dalam Syarikat tu aku rasa aku kena move out dari company sekarang. Kerja okay je, environment pun okay. Cuma bila dah jadi orang tua kat sana, of course rakan sekerja kita banyak dah pindah dan benda tu buat aku rasa macam very unwelcoming kat sini.

Bayangkan rakan sekerja kau dari 6 orang, sorang demi sorang keluar dan yang ada tinggal Cuma pekerja baru. So bila ramai pekerja baru masuk, environment dulu takkan sama dah.

Rakan sekerja kat sini semua okay. Tak kurang juga, yang baru ni pun okay. Cuma suasana bila team yang dulunya ada dengan kita dah takde rasa macam takde emangat dah kat sana. My collages juga ada nasihat sampai bila aku nak menetap kat sini? Kau takkan berkembang. Kau kena sambung carrier kau bagi lebih berjaya bagi dapat hidup yang lebih baik.

But dengan past aku yang tak berapa nak cheerful tu, boleh ke aku pindah lagi? Boleh ke aku teruskan lagi? Betul ke kata orang kata kalau nak dapat hidup yang lebih baik, aku kena cari pengalaman baru kat tempat kerja lain. Apa jadi if aku keluar dari company ni and end up not well? Aku taknak Sejarah lama berulang, kalau boleh aku taknak ulangi.

To me, apa yang aku nak kan Impian aku semua dah tercapai dekat company ni. Apa yang aku nak dalam hidup ni bukanlah kerjaya. Pada aku, Bangun pagi pergi kerja, balik kerja, luangkan masa aku dengan future family aku. Itu je Impian aku.

Sebab pada aku, kerja is kerja, hidup ni bukan pasal kerja but luangkan masa dengan yang tersayang is really are, as long aku boleh sara keluarga aku, dorang hidup selesa bagi aku itu je Impian aku, and Impian aku dah separuh tercapai, separuh lagi takde sebab masih takde calon lagi sebab tu aku kta future family hahhaahah.

Kerja kat sini dah okay dah, gaji okay, kerja lima hari. Yang kurang sekarang ni environment je. Tapi memang aku sedar yang aku kena move out dari situ sebab company tu memang Nampak macam dah tak lama since masalah management.

Kami-kami yang kat bawah ni takde masalah, cuma masalah yang kat atas tu buatkan company ni macam tak lama. Macam lah tapi. Sebab sepanjang aku kerja sini memang banyak je ura ura company ni akan tutup but here we are, company masih wujud sehingga kini.

So I’m wondering if, kalau aku dapat kerja yang better lepas ni. Boleh tak aku nak stay je? Aku taknak lompat mana-mana as long company tu okay. Sebab hati aku takde dalam kerjaya.

Aku lagi suka kerja servis buat benda yang sama macam sekarang ni daripada kerja nak pelan, kerja nak pasang itu ini. Aku tak suka nak serabutkan kepala aku. Aku lagi suka pergi kerja, servis balik kerja, luangkan masa dengan future family aku. Tu je Impian aku.

Aku sanggup kerja servis je tak kisahlah banyak mana selagi kerja tu kerja yang sama kena ulang ulang aku sanggup. Lagipun after lompat kerja baru, aku dapat demand 3k. Tak banyak tapi, bagi aku cukup bersyukur dah.

(Actually memang dapat dah, cuma aku minta delay sebab aku nak confess kat sini nak minta pendapat korang sebelum aku accept.)

Tapi aku risau orang akan kata aku takde masa depan sebab aku tak lompat lompat kerja atau gain more pengalaman kat tempat kerja lain. Jadi perlukah aku follow kata kata society? Atau aku ada hak untuk hidup aku?

– Mat aesthetic (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *